Wednesday, September 28, 2016

4 CARA MUDAH UNTUK MEMAHAMI ANAK-ANAK (understanding children)



Kadang-kadang didik anak-anak ni sama juga macam jawab soalan matematik. Kalau anda tak faham soalan, anda tak akan dapat cari jawapan. Macam tulah dengan anak-anak. Kalau tak faham dan tak kenal anak-anak, macam mana nak cari jalan terbaik untuk didik mereka. Setiap anak-anak adalah unik, maka cara mendidik mereka juga unik. Tak boleh guna satu skript yang sama.

Jadi apa caranya untuk ibu bapa nak faham anak-anak ni? Kadang kala pening kepala dengan karenah dan perangai mereka yang pelbagai ni kan? Dah..toksah rungsing-rungsing, jom kita baca tips ringkas ni:

1. Buat pemerhatian
Perhatikan mereka ketika mereka tidur, makan ataupun bermain. Lihat apa yang mereka paling suka buat. Aktiviti kegemaran mereka. Sikap dan tabiat mereka. Bagaimana pula bila ada perubahan? Adakah mereka senang untuk menyesuaikan diri ataupun sebaliknya. Kalau anda punya ramai anak-anak, anda mesti dapat lihat perbezaan karakteristik antara setiap anak-anak ini.

2. Luangkan masa untuk berbual
Sama macam kita dengan kawan-kawan kita juga, nak korek rahsia kenalah rajin berbual-bual. Luangkan masa sebanyak mungkin untuk bercakap-cakap dengan anak-anak. Ini merupakan langkah penting untuk mendapatkan maklumat dan memahami anak-anak. Kalau anak masih kecil, belum berapa pandai bercakap lagi perhatikan facial expression dan body language mereka. Selalu selalulah bertanya perihal mereka. InshaaAllah, nanti mereka akan mudah dan selesa untuk berkongsi perasaan dan masalah dengan anda.

3. Perhatikan persekitaran anak-anak
Kalau ada perangai anak-anak yang mungkin tak berapa elok, cuba perhatikan persekitaran mereka. Ini termasuklah saudara mara, pengasuh, jiran tetangga, kawan-kawan, cikgu, suasana dalam rumah dan tak terkecuali diri sendiri dan juga pasangan anda. Faktor persekitaran sangat mempengaruhi kelakuan anak-anak.

Contoh, kalau anak anda menunjukkan sikap yang agresif terhadap kawan-kawan yang lain (pukul atau gigit kawan-kawan) cari dan selidik sumber-sumber yang mungkin jadi penyebab kepada sikap tersebut. Adakah dia meniru apa yang dia lihat dalam tv? Atau belajar dari kawan-kawan? Atau mungkinkah anak-anak ada melihat ibu bapa bergaduh kebelakangan ini?  Semuanya boleh jadi faktor penyumbang.

4. Perhatikan rakan-rakan sebaya mereka
Perhatikan anak-anak yang usianya sebaya dengan anak kita. Selalunya anak-anak yang sedang melalui 'stage' yang sama ini, perangai dan kelakuannya mesti ada sedikit-sedikit yang serupa (contoh macam terrible two, tantrum). Baca buku-buku dan cari ilmu untuk lebih memahami tentang perkembangan kanak-kanak.

Kalau dah kenal, dah faham anak-anak barulah senang sedikit kerja kita untuk susun strategi bagaimana nak didik mereka. Barulah kita tahu apa yang mereka perlu dan apa yang tidak. Aktiviti apa yang sesuai dan perlu diperbanyakkan. Permainan mana yang dapat bantu perkembangan serta menyiapkan mereka untuk ke peringkat pembesaran yang seterusnya dsb.Pada masa yang sama, kita sebagai ibu bapa juga dapat set expectation dan limit yang munasabah terhadap anak-anak.

Walaupun bukan senang pada zaman sekarang ni nak cari masa untuk anak-anak, kita kena cuba sedaya upaya kita. Tahu, semua orang pun sibuk dengan kerja dan tugas masing-masing. Tapi anak-anak ini adalah tanggungjawab dan amanah Allah buat kita. Kalau tak dapat luangkan banyak masa, tak apa. Tapi pastikan setiap saat anda bersama anak-anak adalah masa yang berkualiti. Fahami anak-anak, dan penuhi setiap keperluan mereka, baik fizikal, mental apatah lagi emosi.

Semoga bermanfaat untuk kita semua, InshaaAllah :)


rujukan: Child Development Institute





==============================================================

 Nak tahu tak di mana nak dapatkan EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!

No comments:

Post a Comment