Monday, May 7, 2018

14 KELEBIHAN MARBLE RUN. JOM KENAL SEBELUM BELI!




Hi semua..kali ni Shaznur nak bercerita tentang Marble Run. Tentang kelebihan serta manfaat yang bakal anak anda perolehi dengan permainan ini. Supaya nanti anda tidaklah membeli secara membuta tuli dan value Marble Run ini hilang begitu sahaja.

Sebabnya Marble Run ini adalah satu permainan yang sangat bagus. Kalau anda pernah dengar tentang 'STEM toy' (science, technology, engineering, math) Marble Run adalah salah satu contohnya. Walaupun berunsurkan pendidikan, Marble Run masih lagi menawarkan keseronokan yang berganda bukan sahaja kepada anak-anak malahan kita sebagai ibu bapa.

Ok, sekarang jom kita tengok kelebihan Marble Run satu persatu

1) Engineering/pembinaan
Marble Run adalah satu permainan yang dapat memberi pendedahan awal dalam konsep engineering. Permainan ini membolehkan anak-anak membina dan merekabentuk track laluan guli.


2)Melatih kemahiran menyelesaikan masalah dan juga mengajar konsep 'trial and error'
(adakah ia akan berjaya kalau saya buat begini? Apa akan jadi kalau saya ubah yang ini)


3)Belajar untuk mengikut panduan dan arahan (mengikut kertas instruction yang diberikan atau arahan orang yang lebih dewasa)

4)Melatih kesabaran.
Membina track Marble Run bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Sama ada mengikut instruction yang diberikan atau membina track sendiri kesabaran yang tinggi diperlukan bagi memastikan ianya berjaya seperti yang dikehendaki.


5)Melatih kesungguhan dan sikap tidak berputus asa.
Anak-anak mungkin tersilap langkah dan pembinaan track tidak berjaya. Guli tersekat dan tidak dapat keluar. Disinilah perlunya sikap tidak berputus asa dan anak-anak perlu mencuba lagi sehingga berhasil.


6)Membina kreativiti
Marble Run adalah open-ended toy. Anak-anak boleh membina track dengan bermacam-macam cara, terserah saja pada kreativiti dan imaginasi mereka.


7) Memupuk sikap bekerjasama
Apabila bermain bersama rakan-rakan ataupun ibu bapa, masing-masing sudah semestinya mempunyai idea tersendiri. Disinilah wujudnya peluang untuk melatih sikap bekerjasama dan saling bertoleransi.


8)Melatih anak berfikir dan mengendalikan tugasan dengan cara yang berbeza. 
Ini dapat dipelajari melalui penyelesaian masalah dan pemerhatian terhadap cara orang lain bekerja.


9) Matematik
Bergantung pada usia anak, banyak konsep matematik yang boleh diselitkan semasa bermain Marble Run. Contohnya berapa ketinggian menara yang dibina, atau mengira berapa laju guli menuruni track.


10) Koordinasi antara mata dan tangan.
Ketepatan amat diperlukan semasa pembinaan track Marble Run. Justeru permainan ini dapat membantu meningkatkan koordinasi antara mata dan tangan.


11)Melatih visual tracking
Mengikuti pergerakan guli yang bergerak laju menuruni track sangat baik untuk penglihatan anak-anak. Visual tracking yang lemah boleh menganggu proses pembelajaran terutamanya dalam membaca dan menulis.


12) Kemahiran visual spatial
Untuk membina sesuatu kita harus membayangkan bagaimana hasilnya apabila siap nanti. Kita juga harus menyesuaikan dan mengubah rancangan kita sekiranya perlu semasa kerja-kerja pembinaan. Dalam pembinaan track Marble Run, anak-anak perlu mengambil kira keluasan ruang yang ada, berapa jumlah atau jenis kepingan yang mereka ada, dan apa tujuan atau langkah seterusnya yang mahu mereka capai . Ini semua adalah kemahiran spatial yang dapat membantu anak-anak terutamanya dalam pembelajaran sains dan matematik.


13) Kemahiran motor halus
Memasang kepingan track Marble Run serta mengendalikan guli semestinya memerlukan penggunaan otot-otot kecil pada jari dan juga tangan. Ini dapat melatih kemahiran motor halus anak-anak.


14) Melatih kemahiran bahasa
Semasa bermain dengan Marble Run anak-anak boleh diperkenalkan dengan istilah-istilah seperti bawah, atas, laju, perlahan, turun, graviti dan sebagainya. Galakkan juga anak mereka jalan cerita mengikut imaginasi mereka. Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa.


Baiklah, cukup rasanya 14 kelebihan Marble Run ini Shaznur singkap. Harap ia dapat membantu ibu bapa dalam membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Belilah sesuatu permainan bukan kerana ia popular atau terlihat cantik sebaliknya fikirkan apa nilai tambah yang ia mampu bawa dalam pembelajaran anak kita.

Untuk ibu bapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh segera whatsapp Shaznur ya. InsyaaAllah ilmu yang ada kita boleh kongsi.

www.wasap.my/60196821227

MARBLE RUN
RM32 tak termasuk postage
105 pieces
Age 3+




#shaznuredutoys #jombijakbersamashaznur