Monday, May 7, 2018

14 KELEBIHAN MARBLE RUN. JOM KENAL SEBELUM BELI!




Hi semua..kali ni Shaznur nak bercerita tentang Marble Run. Tentang kelebihan serta manfaat yang bakal anak anda perolehi dengan permainan ini. Supaya nanti anda tidaklah membeli secara membuta tuli dan value Marble Run ini hilang begitu sahaja.

Sebabnya Marble Run ini adalah satu permainan yang sangat bagus. Kalau anda pernah dengar tentang 'STEM toy' (science, technology, engineering, math) Marble Run adalah salah satu contohnya. Walaupun berunsurkan pendidikan, Marble Run masih lagi menawarkan keseronokan yang berganda bukan sahaja kepada anak-anak malahan kita sebagai ibu bapa.

Ok, sekarang jom kita tengok kelebihan Marble Run satu persatu

1) Engineering/pembinaan
Marble Run adalah satu permainan yang dapat memberi pendedahan awal dalam konsep engineering. Permainan ini membolehkan anak-anak membina dan merekabentuk track laluan guli.


2)Melatih kemahiran menyelesaikan masalah dan juga mengajar konsep 'trial and error'
(adakah ia akan berjaya kalau saya buat begini? Apa akan jadi kalau saya ubah yang ini)


3)Belajar untuk mengikut panduan dan arahan (mengikut kertas instruction yang diberikan atau arahan orang yang lebih dewasa)

4)Melatih kesabaran.
Membina track Marble Run bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Sama ada mengikut instruction yang diberikan atau membina track sendiri kesabaran yang tinggi diperlukan bagi memastikan ianya berjaya seperti yang dikehendaki.


5)Melatih kesungguhan dan sikap tidak berputus asa.
Anak-anak mungkin tersilap langkah dan pembinaan track tidak berjaya. Guli tersekat dan tidak dapat keluar. Disinilah perlunya sikap tidak berputus asa dan anak-anak perlu mencuba lagi sehingga berhasil.


6)Membina kreativiti
Marble Run adalah open-ended toy. Anak-anak boleh membina track dengan bermacam-macam cara, terserah saja pada kreativiti dan imaginasi mereka.


7) Memupuk sikap bekerjasama
Apabila bermain bersama rakan-rakan ataupun ibu bapa, masing-masing sudah semestinya mempunyai idea tersendiri. Disinilah wujudnya peluang untuk melatih sikap bekerjasama dan saling bertoleransi.


8)Melatih anak berfikir dan mengendalikan tugasan dengan cara yang berbeza. 
Ini dapat dipelajari melalui penyelesaian masalah dan pemerhatian terhadap cara orang lain bekerja.


9) Matematik
Bergantung pada usia anak, banyak konsep matematik yang boleh diselitkan semasa bermain Marble Run. Contohnya berapa ketinggian menara yang dibina, atau mengira berapa laju guli menuruni track.


10) Koordinasi antara mata dan tangan.
Ketepatan amat diperlukan semasa pembinaan track Marble Run. Justeru permainan ini dapat membantu meningkatkan koordinasi antara mata dan tangan.


11)Melatih visual tracking
Mengikuti pergerakan guli yang bergerak laju menuruni track sangat baik untuk penglihatan anak-anak. Visual tracking yang lemah boleh menganggu proses pembelajaran terutamanya dalam membaca dan menulis.


12) Kemahiran visual spatial
Untuk membina sesuatu kita harus membayangkan bagaimana hasilnya apabila siap nanti. Kita juga harus menyesuaikan dan mengubah rancangan kita sekiranya perlu semasa kerja-kerja pembinaan. Dalam pembinaan track Marble Run, anak-anak perlu mengambil kira keluasan ruang yang ada, berapa jumlah atau jenis kepingan yang mereka ada, dan apa tujuan atau langkah seterusnya yang mahu mereka capai . Ini semua adalah kemahiran spatial yang dapat membantu anak-anak terutamanya dalam pembelajaran sains dan matematik.


13) Kemahiran motor halus
Memasang kepingan track Marble Run serta mengendalikan guli semestinya memerlukan penggunaan otot-otot kecil pada jari dan juga tangan. Ini dapat melatih kemahiran motor halus anak-anak.


14) Melatih kemahiran bahasa
Semasa bermain dengan Marble Run anak-anak boleh diperkenalkan dengan istilah-istilah seperti bawah, atas, laju, perlahan, turun, graviti dan sebagainya. Galakkan juga anak mereka jalan cerita mengikut imaginasi mereka. Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa.


Baiklah, cukup rasanya 14 kelebihan Marble Run ini Shaznur singkap. Harap ia dapat membantu ibu bapa dalam membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Belilah sesuatu permainan bukan kerana ia popular atau terlihat cantik sebaliknya fikirkan apa nilai tambah yang ia mampu bawa dalam pembelajaran anak kita.

Untuk ibu bapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh segera whatsapp Shaznur ya. InsyaaAllah ilmu yang ada kita boleh kongsi.

www.wasap.my/60196821227

MARBLE RUN
RM32 tak termasuk postage
105 pieces
Age 3+




#shaznuredutoys #jombijakbersamashaznur

Saturday, October 22, 2016

APA ITU SENSORY PLAY, MANFAAT SERTA MATERIAL YANG BOLEH DIGUNAKAN



Mungkin kita biasa dengar sensory play, sensory play..tapi apa benda sensory play ni sebenarnya? Mungkin ada yang kurang faham apa itu sensory play. Tak apa.. kita belajar pelan-pelan..

Sensory play dalam bahasa mudahnya adalah apa-apa aktiviti yang meransang dan membantu perkembangan deria anak-anak kita. Tak kiralah sama ada deria sentuh, bau, rasa, penglihatan ataupun pendengaran. 

Contoh paling senang adalah bermain playdoh..Bermain playdoh dapat meransang deria sentuh anak kita. Jadi bermain playdoh adalah termasuk dalam sensory play.

Seperti juga namanya, sensory play mestilah baik untuk perkembangan sensori anak-anak kita kan. Ia membolehkan anak-anak untuk meneroka deria mereka dalam environment yang terkawal dan selamat. Tapi ada lagi 5 kelebihan sensory play yang saya nak kongsikan dengan anda.

1) meningkatkan keyakinan
Sensory play memberikan anak-anak challenges baru dan masalah untuk diatasi. Jadi tidak hairanlah ia dapat membantu menambahkan keyakinan diri anak-anak.

2) Mengajar anak-anak self-control
Ha..kadang-kadang anak-anak boleh jadi terlalu 'overwhelm' dengan persekitaran mereka kan. Itu yang mudah nak mengamuk tu. Sensory play mempunyai soothing effect dan dapat menjadikan anak-anak lebih tenang serta membantu mereka untuk mengatur pemikiran dan perasaan mereka.

3) Mencetus kreativiti
Sensory play adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Bayangkan berapa banyak benda yang mereka boleh buat dengan pasir ataupun playdoh!

4) Melatih social skill
Ini kalau anak-anak bermain dengan rakan-rakan. Bayangkan anak-anak bermain air ataupun lumpur dengan kawan-kawan mereka. Ia dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga sosial mereka.

5) Membina kemahiran fizikal
Sensory play juga dapat membantu membina kemahiran fizikal anak-anak seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor-planning skills. Mengguli doh, menggunakan penyepit (tongs), melukis dengan jari dan sebagainya adalah sangat bagus untuk perkembangan anak-anak.


Antara CONTOH BAHAN-BAHAN yang boleh digunakan untuk sensory play adalah:
- playdoh
- kinetic sand
- slime
- flubber
- sand foam (sand+shaving foam)
- floam
- soapy foam
- oobleck
- cloud dough
- ais
- popcorn kennel
- jelly
- lemon, lavender, basil (untuk bau)
- light box
- fabrik dengan pelbagai texture yang berbeza
- kekacang, oats, pasta (kalau tak kisah anak-anak main dengan food items, kalau rasa ia satu pembaziran makanan tak apa...semua orang ada pendapat berbeza..kita raikan)
- bubble wrap
- edible finger paint (boleh bantu juga ransang deria rasa, terutama pada bayi)

Kebanyakkannya anda boleh buat sendiri dirumah. Ini termasuklah kinetic sand yang tengah popular sekarang ini. Cuma perlu rajin google sahaja atau tengok di youtube. 

Banyak idea-idea menarik yang boleh anda tiru dan buat dengan anak-anak dirumah. Semuanya ada dihujung jari..yang penting rajin, tak gitu..

Tapi saya tahu anda semua ibu bapa yang hebat..Memang rajin buat semua ni kan..Kalau tak, takkanlah anda baca artikel ni sampai habis. Oklah..selamat beraktiviti dengan anak-anak, lain kali kita cerita lain pula. Byeee ^_^




=====================================

Artikel ini dibawa  khas oleh Shaznur ^_^

'Shaznur edutoys - permainan terbaik untuk anak anda'

Whatsapp 010-9152658


Friday, October 21, 2016

COMBO EDUTOYS RM100


Assalamualaikum semua ^_^
Kali ni kami nak bagi tawaran istimewa untuk anda tau

COMBO EDUTOYS RM100

Ya hanya RM100 sahaja!!!


Apa yang anda dapat dengan RM100 ini?

1) SHAPE PILLARS (np RM39)
2) MEDIAN BEAD MAZE (np RM38)
3) SHAPE PAIR BOARD (np RM27)


Memang anda JIMAT BANYAK sebab harga ni dah TERMASUK KOS PENGHANTARAN tau (untuk semenanjung Malaysia)
Rugi kalau anda lepaskan peluang ini!

Set ini telah merangkumi semua kemahiran penting yang perlu anak-anak kecil pelajari seperti:
- kemahiran motor halus
- koordinasi mata dan tangan
- pengenalan asas mengenal warna dan bentuk
- kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
- latihan fokus dan konsentrasi
- kesedaran ruang (spatial awareness)


Best kan set combo ni? 

Kalau nak dapatkan set combo ni bolehlah hubungi kami seperti berikut ya:

WHATSAPP 010-9152658



"SHAZNUR EDUTOYS - PERMAINAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA!"

Thursday, October 20, 2016

EDUCATIONAL TOYS MURAH - BEAD MAZE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ^_^

Sedang mencari PERMAINAN PENDIDIKAN ke? 
Tak syak lagi, anda berada di tempat yang betul! 
Tahniah Shaznur ucapkan kerana anda ibu bapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak.


Kali ini kami nak perkenalkan untuk anda permainan BEAD MAZE!
Ia didatangkan dalam dua saiz yang berbeza, 
yang kecil (ANIMAL BEAD MAZE
dan yang sederhana (MEDIAN BEAD MAZE)


Antara KELEBIHAN bermain bead maze kepada anak-anak adalah:
- melatih kemahiran motor halus (fine motor skill)
- melatih kecekapan koordinasi mata dan tangan (hand-eyes coordination)
- melatih daya fokus dan konsentrasi anak-anak
- melatih kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
- pengenalan kepada warna
- pengenalan kepada asas mengira


BEAD MAZE ini tapak asasnya dan juga manik adalah diperbuat daripada kayu. Gegelung pula adalah daripada dawai besi tahan lasak. 


JOM KITA LIHAT SATU PERSATU BEAD MAZE NI YA


ANIMAL BEAD MAZE:

3 designs (PENGUIN, GIRAFFE, DOLPHIN)
ukuran: 10cm x 6cm x 13cm
HARGA: RM19 tak termasuk pos
(boleh combine pos dengan items lain untuk lebih penjimatan)



ANIMAL BEAD MAZE PENGUIN
RM19

ANIMAL BEAD MAZE GIRAFFE
RM19

ANIMAL BEAD MAZE DOLPHIN
RM19


MEDIAN BEAD MAZE
ukuran: 17cm x 12cm x 19cm
harga: RM38 tak termasuk pos




Kepada ibu bapa yang berminat boleh terus 
WHATSAPP 010-9152658 
untuk tempahan ya. 

Atau boleh lihat laman facebook kami 


Jangan risau untuk membeli dengan kami. Kepuasan anda adalah jaminan kami ^_^

"SHAZNUR EDUTOYS - PERMAINAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA!"


Thursday, October 13, 2016

Apa itu kemahiran motor halus dan kenapa ia penting?

Apa itu kemahiran motor halus?

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan tangan, jari dan ibu jari. 

Dengan berkembangnya kemahiran ini, anak-anak akan mampu melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju dan membuka serta menutup zip pada pakaian. 

Kemahiran ini berkembang melalui pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai jenis permainan, material malahan juga makanan (seperti kismis, bijirin dsb)


Kenapa kemahiran motor halus ini penting?

Tangan kecil perlu dilatih bagi membina ketangkasan dan kekuatan. Kita sebagai ibu bapa ataupun pengasuh, boleh membantu proses ini dengan menggalakkan anak-anak untuk meneroka dan berinteraksi dengan pelbagai jenis benda. 

Permainan, pengepit baju, gunting dan play dough merupakan contoh peralatan yang dapat membantu membentuk kemahiran motor halus. Malah membantu kerja-kerja didapur (yang bersesuaian dengan umur) juga merupakan cara yang baik untuk membina kemahiran ini. 

Aktiviti seperti ini serta kemahiran memanipulasi membantu menyiapkan anak-anak untuk memegang dan menggunakan pensil. Ini merupakan langkah pertama dalam mempelajari bagaimana untuk mewarna, melukis dan akhirnya menulis.



Antara contoh aktiviti yang dapat membantu melatih kemahiran motor halus:
- mengambil makanan dengan jari (finger feeding)
- finger painting
- bermain dengan playdoh
- mengikat tali kasut
- memasang butang baju
- menggunakan penyepit baju
- aktiviti menggunting kertas
- mewarna

Antara contoh permainan yang dapat membantu kemahiran motor halus:
- lacing beads
- blocks
- puzzle (knob puzzle, jigsaw puzzles)
- bead maze
- play doh
- modeling sand
- permainan memasak
- construction toys
















============================

Instagram: Shaznur Edu Toys
Whatsapp: 010-9152658

Tuesday, October 11, 2016

TIPS BELAJAR DENGAN PATTERN BLOCKS




Kali ni Shaznur nak bawa anda berkenalan dengan PATTERN BLOCKS. Apa itu pattern blocks? Ia merupakan satu set blocks yang terdiri daripada 6 jenis bentuk geometry iaitu segitiga, segiempat sama, hexagon, trapezoid, rhombus dan juga parallelograms. Bentuk-bentuk ini mempunyai sudut dan ukuran yang spesifik yang membolehkan ia 'padan' antara satu sama lain. 

Seperti namanya, fungsi utama pattern blocks adalah untuk membantu anak-anak membina, mengenal pasti dan mengembangkan sesuatu pattern.

Untuk peringkat awal, anak-anak boleh diperkenalkan terlebih dahulu dengan setiap bentuk-bentuk yang ada. Mereka boleh menggunakan pattern block untuk lebih memahami konsep hubungan spatial (spatial relation). Anak-anak boleh meniru pattern-pattern melalui template yang sudah tersedia. Pelbagai template untuk pattern block boleh didapati secara percuma melalui sumber internet.



Walaupun pada peringkat ini anak-anak cuma meniru pattern yang sedia ada, ia tetap memberikan manfaat kepada mereka. Ia melatih anak-anak untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan serta membantu perkembangan bahasa mereka khususnya yang berkaitan dengan konsep geometri.

Anak-anak juga digalakkan untuk membina pattern mereka sendiri. Ini dapat mengasah kreativiti dan daya imaginasi anak-anak.

Selain itu, fungsi utama pattern blocks adalah untuk membantu anak-anak untuk lebih memahami dan mendalami konsep matematik. Antaranya seperti konsep simetri, luas, perimeter, kongruens,corak, dan juga pecahan. Pattern blocks merupakan alat bantuan belajar yang bagus dalam membantu mereka untuk menyelesaikan masalah dan juga berfikir secara kritis. 

Di bawah merupakan contoh-contoh template bagi pattern blocks dan juga antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan pattern blocks ini. Klik pada link untuk sumber asal.





















==========================================

Berminat untuk dapatkan pattern blocks?
Jom ke page shaznur stationery & educational toys
atau
WHATSAPP terus ke 010-9152658


Tuesday, October 4, 2016

10 CIRI-CIRI IBU BAPA YANG KOMPETEN




Analisis saintifik oleh Robert Epstein (Scientific American report) menyenaraikan 10 ciri-ciri ibu bapa yang kompeten. 

Ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap ibu bapa dalam menentukan kemahiran manakah yang paling penting dalam membesarkan anak yang sihat, gembira dan berjaya dalam kehidupan.

Berikut merupakan 10 senarai tersebut:

1. kasih sayang
Anda menerima anak anda seadanya dan memberi sokongan padu kepada mereka, menunjukkan kasih sayang secara fizikal dan meluangkan 'one-on-one time' yang berkualiti

2. pengurusan stress
Anda mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan stress pada diri anda dan juga anak-anak, melakukan relaxation technique dan melihat setiap kejadian yang berlaku dari sisi positif

3. kemahiran perhubungan
Anda mengekalkan hubungan yang sihat dengan pasangan anda dan menunjukkan contoh perhubungan yang baik dengan orang lain

4. autonomi dan berdikari
Anda melayan anak anda dengan perasaan hormat dan melatih mereka untuk berdikari dan mampu bergantung pada diri sendiri

5. pembelajaran
Anda mengalakkan pembelajaran dan mencipta peluang untuk anak-anak belajar

6. kemahiran hidup
Anda mempunyai sumber kewangan yang stabil, mampu menyara anak-anak dan merancang untuk masa depan

7. kesihatan
Anda mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat seperti bersenam secara rutin dan mengambil nutrisi yang sepatutnya.

8. pengurusan sikap
Anda menekankan penggunaan positif reinforcement dan hanya menghukum apabila cara-cara lain gagal

9. keagamaan
Anda menyokong perkembangan spiritual dan keagamaan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti agama

10. keselamatan
Anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi anak-anak dan mengambil tahu setiap aktiviti dan siapa rakan anak-anak

Adakah anda setuju dengan senarai ini? Mungkin anda ada pendapat lain, boleh kongsikan di ruang komen :)




------------------------------------------------------------------------


 Nak tahu tak di mana nak dapatkan EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!