Thursday, September 15, 2016

10 TIPS MEMBESARKAN ANAK MENJADI INDIVIDU PERIANG (HAPPY PERSON)



Apabila ditanya kepada ibu bapa, apa yang mereka mahukan untuk anak-anak, antara jawapan yang paling kerap diterima adalah "Saya hanya mahukan anak-anak saya gembira". Betul tak mak ayah sekalian? 

Saya pasti semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka menjadi seorang yang ceria, gembira dan berjiwa positif. Anak-anak yang membesar dengan gembira juga lebih berkemungkinan untuk berjaya apabila dewasa kelak berbanding dengan rakan-rakan mereka yang sentiasa stress dan murung. 

Sememangnya tiada yang percuma di dunia ini. Kegembiraan juga harus dicari dan dibentuk. Cara didikan ibu bapa banyak mempengaruhi peribadi anak-anak. Jika mahu anak membesar menjadi 'happy person' ada langkah-langkah tertentu yang boleh ibu bapa ikut. Disini saya kongsikan beberapa tips yang dapat dijadikan panduan dalam membesarkan anak-anak:

1. Gembirakan diri anda dahulu
Emosi ibu dan ayah mempunyai pengaruh yang besar terhadap anak-anak. Ada kajian yang mendapati terdapat hubungkait antara ibu yang mengalami kemurungan dengan kesan negatif terhadap anak mereka (seperti masalah tingkahlaku). Dan hal ini bukanlah disebabkan oleh genetik.

Jika ibu bapa berasa gembira, anak-anak kebiasaannya akan turut gembira. Jadi ibu bapa semua jangan lupa untuk mengambil waktu untuk diri anda sendiri, lakukan hobi-hobi yang anda minat dan luangkan masa bersama teman-teman anda!

2. Ajar mereka cara membina hubungan
Tiada siapa yang dapat menafikan kepentingan hubungan antara sesama manusia, tetapi berapa ramaikah antara kita yang mengambil masa untuk mengajar anak-anak cara yang betul untuk membina perhubungan. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Mulakan dengan mengajar anak-anak untuk melakukan kebaikan-kebaikan kecil kepada orang lain. Perbuatan ini dapat mengajar mereka tentang empati dan dalam jangka masa yang panjang dapat menjadikan mereka individu yang lebih gembira.

3. Pentingkan usaha, bukan kesempurnaan
Kajian juga mendapati ibu bapa yang terlalu menekankan kepada pencapaian lebih cenderung untuk menghasilkan anak-anak yang mempunyai masalah depression, anxiety dan penyalahgunaan bahan terlarang. Ibu bapa disarankan agar memuji usaha, bukannya kebolehan atau kejayaan mereka. Walaupun anak-anak gagal sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa usaha mereka dihargai.

4. Ajar anak menjadi optimis
Didik anak-anak untuk berfikir dan melihat dunia ini secara optimis dan sentiasa memandang ke sisi yang positif. Penulis Christine Carter menegaskan bahawa ' optimism sangat berhubung rapat dengan kegembiraan sehinggakan kedua-duanya boleh dikatakan benda yang sama'.

Beliau juga membuat perbandingan antara individu yang optimis dengan individu yang pesimis. Carter mendapati bahawa orang yang optimis mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk:
-lebih berjaya di sekolah, tempat kerja dan bidang sukan
-lebih sihat dan hidup lebih lama
-menemui kebahagiaan dalam rumahtangga mereka
-kurang berkemungkinan untuk mengalami masalah kemurungan dan anxiety

5. Ajar anak-anak emotional intelligence (EQ)
Emotional intelligence adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari, bukannya trait yang diwarisi. Jangan fikir anak-anak secara semulajadinya dapat memahami perasaan mereka sendiri (apatah lagi orang lain).

Apabila anak-anak berasa kecewa atau marah, langkah pertama yang ibu bapa boleh buat adalah 'Emphatize, label and validate'. Fahami anak-anak (empathize), bantu mereka untuk mengenal pasti apa yang mereka rasa (label) dan biarkan mereka tahu bahawa tidak mengapa berperasaan seperti itu (validate). Yang tidak elok adalah perbuatan buruk mereka (seperti mengamuk membaling barang, mengeluarkan perkataan tidak baik dan sebagainya) bukannya perasaan. Ajar mereka bagaimana untuk mengawal emosi dengan cara yang betul.

6.Bentuk tabiat yang dapat membawa kepada kegembiraan
Bantu anak-anak untuk membina tabiat positif dengan melakukan perkara seperti berikut:
- singkirkan rangsangan: alihkan perkara-perkara yang dapat menjadi gangguan dan godaan kepada anak-anak
- biar diketahui umum: wujudkan matlamat dan biarkan ia diketahui orang lain untuk memastikan adanya social support dan juga social pressure
- satu matlamat pada satu masa: terlalu banyak benda yang ingin dicapai dalam satu masa dapat melemahkan tekad kita. Kukuhkan satu tabiat sebelum memulakan yang lain
- teruskan usaha: jangan mengharapkan kesempurnaan dalam masa yang singkat. Semuanya perlukan masa. Kadang-kadang kita kembali semula ke asal. Tidak mengapa, teruskan berusaha lagi dan jangan cepat mengalah

7. Ajar anak disiplin diri
Jika mahu lihat kejayaan anak pada depan, disiplin diri adalah kayu ukur yang lebih tepat bebanding dengan kebijaksanaan. Kanak-kanak yang dapat belajar menahan godaan akan juga dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan berasa lebih gembira.

8.Lebih banyak masa bermain
Bermain bukan hanya membantu anak-anak untuk belajar tetapi ia turut mempengaruhi perkembangan emosi mereka. Kanak-kanak umumnya berasa gembira apabila mereka dapat bermain. Sayangnya kanak-kanak pada zaman ini terlalu dibebankan dengan perkara yang bersifat akademik sehingga kurang waktu untuk mereka bermain sedangan bermain adalah aktiviti yang besar manfaatnya buat mereka.

9.Kawal persekitaran anak-anak
Diri kita ini sebenarnya sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Apakah cara yang paling simple untuk mengawal persekitaran anak-anak dalam memastikan usaha untuk mencapai kegembiraan beroleh kesan yang maksimum? Jawapannya mudah, kurangan menonton television!

Kajian mendapati terdapat hubungkait yang erat antara kegembiraan dengan tidak menonton television. Memang tidak diketahui sama ada television kah yang menjadikan seseorang berasa kurang gembira ataupun sememangnya individu yang kurang gembira yang lebih banyak menonton television. Tetapi kita tahu bahawa terdapat banyak aktiviti lain yang dapat membantu anak-anak kita berkembang menjadi individu yang riang dan senang menyesuaikan diri. Dan aktiviti ini pastinya tidak dapat dilakukan jika anak-anak sibuk  menonton tv!

10. Makan bersama
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang selalu makan malam bersama dengan keluarga mempunyai emosi yang lebih stabil dan kurang berkemungkinan untuk menyalahgunakan dadah dan alkohol. Mereka juga mendapat gred yang lebih bagus dalam pelajaran, mempunyai kurang tanda-tanda kemurungan terutamanya di kalangan remaja perempuan serta kurang berkemungkinan untuk menjadi obese ataupun menghidapi gangguan tabiat pemakanan.
Makan bersama adalah antara resepi penting dalam membina keluarga bahagia. Sayangnya dalam kesibukan ibu bapa bekerja ramai yang mengabaikan perkara ini.


Itulah antara 10 cara yang boleh diterapkan dalam membesarkan anak-anak untuk menjadikan mereka individu yang bahagia, gembira dan berjaya. Diharapkan ia dapat membantu para ibu bapa semua. Mendidik anak bukanlah perkara mudah, tetapi anda telah diberikan amanah oleh Tuhan maka galaslah ia sebaik-baiknya. Lakukanlah yang terbaik untuk mereka. Semoga ibu bapa semua berjaya, InshaaAllah. :)



...................................................................................


Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Pelbagai pilihan tersedia untuk anda  :)


No comments:

Post a Comment