Sunday, September 18, 2016

DARI KERANA MATA


Tahukah anda kebanyakan masalah mata adalah asymptomatic (tidak mempunyai simptom)? Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak mereka mempunyai masalah pada penglihatan. Selalunya juga, kanak-kanak tidak akan mengadu kepada anda kerana mereka sendiri belum membentuk 'sensory awareness' untuk mengenalpasti penglihatan normal (pendek kata mereka tidak dapat membezakan penglihatan mereka itu normal atau pun tidak). Kanak-kanak juga sangat senang beradaptasi (menyesuaikan diri) dengan keadaan mereka, jadi mereka mungkin tidak sedar kalau salah satu mata mereka sebenarnya tidak berfungsi sepenuhnya.
Malangnya, ramai anak-anak yang mempunyai penglihatan yang lemah disalah anggap sebagai mempunyai masalah pembelajaran atau kelakukan. Padahal, kajian mendapati 70% kanak-kanak dengan masalah kelakuan sebenarnya mempunyai masalah penglihatan yang tidak di diagnose (gagal dikesan). Jika masalah ini dapat dikesan, kemungkinan besar ia boleh diperbetulkan oleh optometrist ataupun opthalmologist. Selalunya dengan penggunaan kanta mata ataupun terapi penglihatan. anak-anak kecil yang mempunyai masalah penglihatan ini dapat 'mengejar semula' rakan-rakan yang lain. Lebih cepat masalah ini dikesan dan dirawat, maka lebih kecillah impaknya kepada perkembangan kanak-kanak tersebut.
Masalah penglihatan yang tidak diperbetulkan boleh membawa kepada:
- kadar pembelajaran yang lebih perlahan daripada kanak-kanak lain
- 'frustration' dengan pembelajaran
- masalah kelakuan dan disiplin
- berkemungkinan memerlukan pendidikan khas atau yang berkaitan dengannya.

Intervensi awal dapat membantu anak-anak. Sebab itulah pentingnya pemeriksaan mata secara berkala.Jika berkemampuan bawalah anak-anak membuat pemeriksaan mata. Anda boleh rujuk kepada doktor anda bila dan dimana anda boleh melakukan pemeriksaan mata untuk anak-anak. Jika anak-anak mempunyai masalah dalam pembelajaran atau kelakuan mereka, pertimbangkan faktor-faktor penting lain. Ia tidak semestinya hanya berkait dengan otak mereka. Bagaimana penglihatan atau pendengaran mereka? Adakah ia di tahap normal? Kalau mereka tidak dapat melihat dengan baik bagaimana mereka hendak menyalin apa yang guru tulis di papan hitam? Kalau mereka tidak dapat mendengar anda memanggil bagaimana mereka hendak menyahut? Jangan terlalu cepat menuduh anak degil, malas atau tidak mendengar kata. Berlaku adillah pada mereka.
Semoga bermanfaat untuk kita semua. Kongsi-kongsikan juga dengan rakan-rakan lain ya. Terima kasih :)
p/s: kita yang dah dewasa,yang rabun ni pun sering dikata sombong bila tak senyum atau menyapa..padahal memang kita tak nampak hehe..



sumber gambar: kingswayeyecare
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Terdapat lebih daripada 50 permainan menarik untuk anda pilih :)


No comments:

Post a Comment