Friday, September 7, 2018

PERMAINAN PEMBELAJARAN UNTUK BAYI - STACKING CUP


RAINBOW STACK
Stacking cup with light and sound
Batteries included
RM29 excluding postage
Recommended age 10months +

For any inquiries, click links below
www.wasap.my/60196821227/rainbowstack

Nak cari permainan yang selamat untuk bayi anda? Mahukan sesuatu yang dapat membantu perkembangan anak kecil anda?

Stacking cup adalah permainan asas yang patut anak anda ada. Boleh dimainkan daripada bayi sehinggalah usia mereka 5-6 tahun.

Ia membantu melatih
📌Kemahiran menyelesaikan masalah
📌Kemahiran visual-spatial
📌Kemahiran motor dan koordinasi antara mata dan tangan

Stacking cup juga membantu anak kecil
📌mengenal warna
📌mengira dan
📌membezakan saiz mengikut turutan.

Pendek kata ia merupakan permainan yang bermanfaat untuk mereka👍

Apa beza stacking cup yang kami tawarkan dengan yang ada dipasaran?

Rainbow stack mempunyai lampu dan bunyi pada bahagian paling atas (top berbentuk haiwan). Ia dapat menarik perhatian anak kecil untuk bermain. 😊

Rainbow stack juga mempunyai lubang-lubang halus pada dasar setiap cawan. Boleh menjadi sprinkler dan dijadikan water toy/bath toy.

Selain itu kelebihan yang lain adalah cawan Rainbow Syack boleh dijadikan sebagai pasu untuk menanam tumbuhan kecil apabila anak tidak lagi bermain dengan permainan ini. Satu usaha 'reuse' yang bagus untuk alam sekitar.

Berminat? Tekan link whatsapp dibawah👇😊
www.wasap.my/60196821227/rainbowstack

Thursday, August 2, 2018

STACKING RINGS - PERMAINAN RINGKAS TAPI BERMANFAAT!

Stacking rings antara permainan klasik yang memang dah wujud zaman berzaman lagi. Silap-silap atok nenek kita pun ada permainan ni😅

Stacking rings antara permainan yang cukup simple, cuma masukkan gegelung pada tiang yang tersedia mengikut saiz. Paling besar dibawah dan paling kecil di atas. 

Walaupun nampak ringkas dan mudah tapi permainan ni besar manfaat buat anak-anak tau. Sesuai dimainkan anak-anak berusia setahun ke atas (atau seawal usia bayi sudah boleh duduk), antara manfaat permainan ini ialah:

✅ membantu melatih kemahiran motor halus melalui manipulasi gegelung
✅ melatih kecekapan koordinasi antara mata dan tangan
✅ melatih kemahiran menyelesaikan masalah
✅ melatih kemahiran visual-spatial
✅ membantu anak mengenal warna
✅ membantu anak belajar mengira
✅ belajar mengenai perbezaan saiz dan turutan kecil-besar
✅ melatih daya fokus dan konsentrasi

Ha..banyak kan kelebihan stacking ring ni? Sebab itulah ia merupakan antara permainan edukasi yang popular sejak dulu lagi. Rugi tau kalau tak manfaatkan😉



Berminat nak dapatkan wooden stacking ring dan permainan pembelajaran yang lain, klik link whatsapp dibawah ya👇😊
www.wasap.my/60196821227

Monday, May 7, 2018

14 KELEBIHAN MARBLE RUN. JOM KENAL SEBELUM BELI!




Hi semua..kali ni Shaznur nak bercerita tentang Marble Run. Tentang kelebihan serta manfaat yang bakal anak anda perolehi dengan permainan ini. Supaya nanti anda tidaklah membeli secara membuta tuli dan value Marble Run ini hilang begitu sahaja.

Sebabnya Marble Run ini adalah satu permainan yang sangat bagus. Kalau anda pernah dengar tentang 'STEM toy' (science, technology, engineering, math) Marble Run adalah salah satu contohnya. Walaupun berunsurkan pendidikan, Marble Run masih lagi menawarkan keseronokan yang berganda bukan sahaja kepada anak-anak malahan kita sebagai ibu bapa.

Ok, sekarang jom kita tengok kelebihan Marble Run satu persatu

1) Engineering/pembinaan
Marble Run adalah satu permainan yang dapat memberi pendedahan awal dalam konsep engineering. Permainan ini membolehkan anak-anak membina dan merekabentuk track laluan guli.


2)Melatih kemahiran menyelesaikan masalah dan juga mengajar konsep 'trial and error'
(adakah ia akan berjaya kalau saya buat begini? Apa akan jadi kalau saya ubah yang ini)


3)Belajar untuk mengikut panduan dan arahan (mengikut kertas instruction yang diberikan atau arahan orang yang lebih dewasa)

4)Melatih kesabaran.
Membina track Marble Run bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Sama ada mengikut instruction yang diberikan atau membina track sendiri kesabaran yang tinggi diperlukan bagi memastikan ianya berjaya seperti yang dikehendaki.


5)Melatih kesungguhan dan sikap tidak berputus asa.
Anak-anak mungkin tersilap langkah dan pembinaan track tidak berjaya. Guli tersekat dan tidak dapat keluar. Disinilah perlunya sikap tidak berputus asa dan anak-anak perlu mencuba lagi sehingga berhasil.


6)Membina kreativiti
Marble Run adalah open-ended toy. Anak-anak boleh membina track dengan bermacam-macam cara, terserah saja pada kreativiti dan imaginasi mereka.


7) Memupuk sikap bekerjasama
Apabila bermain bersama rakan-rakan ataupun ibu bapa, masing-masing sudah semestinya mempunyai idea tersendiri. Disinilah wujudnya peluang untuk melatih sikap bekerjasama dan saling bertoleransi.


8)Melatih anak berfikir dan mengendalikan tugasan dengan cara yang berbeza. 
Ini dapat dipelajari melalui penyelesaian masalah dan pemerhatian terhadap cara orang lain bekerja.


9) Matematik
Bergantung pada usia anak, banyak konsep matematik yang boleh diselitkan semasa bermain Marble Run. Contohnya berapa ketinggian menara yang dibina, atau mengira berapa laju guli menuruni track.


10) Koordinasi antara mata dan tangan.
Ketepatan amat diperlukan semasa pembinaan track Marble Run. Justeru permainan ini dapat membantu meningkatkan koordinasi antara mata dan tangan.


11)Melatih visual tracking
Mengikuti pergerakan guli yang bergerak laju menuruni track sangat baik untuk penglihatan anak-anak. Visual tracking yang lemah boleh menganggu proses pembelajaran terutamanya dalam membaca dan menulis.


12) Kemahiran visual spatial
Untuk membina sesuatu kita harus membayangkan bagaimana hasilnya apabila siap nanti. Kita juga harus menyesuaikan dan mengubah rancangan kita sekiranya perlu semasa kerja-kerja pembinaan. Dalam pembinaan track Marble Run, anak-anak perlu mengambil kira keluasan ruang yang ada, berapa jumlah atau jenis kepingan yang mereka ada, dan apa tujuan atau langkah seterusnya yang mahu mereka capai . Ini semua adalah kemahiran spatial yang dapat membantu anak-anak terutamanya dalam pembelajaran sains dan matematik.


13) Kemahiran motor halus
Memasang kepingan track Marble Run serta mengendalikan guli semestinya memerlukan penggunaan otot-otot kecil pada jari dan juga tangan. Ini dapat melatih kemahiran motor halus anak-anak.


14) Melatih kemahiran bahasa
Semasa bermain dengan Marble Run anak-anak boleh diperkenalkan dengan istilah-istilah seperti bawah, atas, laju, perlahan, turun, graviti dan sebagainya. Galakkan juga anak mereka jalan cerita mengikut imaginasi mereka. Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa.


Baiklah, cukup rasanya 14 kelebihan Marble Run ini Shaznur singkap. Harap ia dapat membantu ibu bapa dalam membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Belilah sesuatu permainan bukan kerana ia popular atau terlihat cantik sebaliknya fikirkan apa nilai tambah yang ia mampu bawa dalam pembelajaran anak kita.

Untuk ibu bapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh segera whatsapp Shaznur ya. InsyaaAllah ilmu yang ada kita boleh kongsi.

www.wasap.my/60196821227

MARBLE RUN
RM32 tak termasuk postage
105 pieces
Age 3+




#shaznuredutoys #jombijakbersamashaznur