Sunday, February 9, 2020

Banyak rupanya manfaat bermain dengan 'lacing beads'!!😱



Inilah rupa budak yang pukul sepuluh malam pun belum mahu tidur. Sebab petangnya dia dah tidur banyak, dekat maghrib baru bangun👻

Dahlah tak nak tidur, Aisyah kacau pulak kakaknya nak tidur. Jadi terpaksalah Cik Nur 'kuarantin' dia dan bagi dia main lacing beads ni. Tengok tu bersungguh rupa dia cuba masukkan jarum kayu melalui lubang beads😁

Main beads ni bagus tau. Kalau tak ada lacing beads yang khas macam ni pun boleh guna apa yang ada kat rumah macam straw yang dah dipotong, macaroni siku atau apa-apa jelah yang berlubang ditengah dan boleh dimasukkan melalui tali/benang.

Antara kelebihan utama bermain lacing beads ni adalah:
✔ melatih kemahiran motor halus yang penting untuk kemahiran menulis nanti. Ini termasuklah koordinasi antara mata dan tangan serta kawalan otot kecil (stringing beads uses hand movements similar to gripping a pencil)

✔meningkatkan konsentrasi, kreativiti dan planning skills

✔melatih kemahiran matematik seperti mengira, mengenal pasti warna, membina pattern dan memahami simmetri.

Itu jelah yang Cik Nur boleh kongsi sikit-sikit. Cik Nur bukannya expert tau. Kalau ada salah maafkanlah🙏. Yang penting Aisyah terhibur dan tak mengamuk🙈👻👻👻

#diariAisyah
#Aisyahmaindenganciknur
#babysittertakbertauliah
#ciknurcuba

Wednesday, January 29, 2020

Aktiviti simple untuk melatih fokus anak kecil

Hari ni Cik Nur bagi Aisyah main batang aiskrim dengan kotak je😂

Takpe yang penting Aisyah enjoy. Aisyah sekarang ni memang suka keluar masukkan benda berulang kali.

Walaupun aktiviti ni nampak simple, tapi sebenarnya dapat membantu
1) melatih anak-anak untuk fokus
2) melatih kemahiran motor halus
3) melatih koordinasi antara mata dan tangan
4) melatih kemahiran menyelesaikan masalah
5) mengenal warna
6) meningkatkan kosa kata
7) meningkatkan self-esteem bila anak berjaya menyelesaikan task yang diberi
8) mengenal konsep 'object permanance'

Tapi tujuan utama Cik Nur
memang lebih kepada untuk build daya fokus Aisyah (sebab aktiviti ni sebenarnya terlalu mudah untuk Aisyah). Aisyah boleh fokus untuk aktiviti ini sahaja lebih dari tujuh minit which is good enough for her age (2 tahun). So yeayy untuk Aisyah!!😆😄😄😄



JOM BELAJAR IKAT TALI KASUT DAN BUTANG BAJU!



"RISAULAH, ANAK SAYA MASIH TAK PANDAI URUS DIRI SENDIRI. NAK BUTANG BAJU PUN TAK BOLEH😥"

Ada tak ibu-ibu yang punya masalah macam ni? Janganlah risau, mungkin anak anda perlukan lebih banyak praktis. Apa kata berikan mereka sesuatu yang boleh membantu mereka belajar kemahiran tersebut.

Macam kuda belang yang comel ni. Sambil bermain mereka boleh berlatih memasang butang baju, membuka zip dan juga mengikat tali kasut. Lama-lama pandailah adik nanti. Practice makes perfect kan, betul tak ibu?😊


 DRESSING ZEBRA
RM59 FREE POSTAGE SM
✔ZIPPER
✔BUTTON
✔SNAP BUTTON
✔BUCKLE
✔SHOE LACES
✔CRINKLY EAR
✔BB SOUND (LEFT HAND)
✔LENGHT APP. 41CM

WHATSAPP 0196821227!

#permainanpendidikan
#perkembanganawalkanakkanak #terapicarakerja