Monday, September 26, 2016

10 LANGKAH ELAK ANAK DARI KETAGIH PADA GADGETS

pic source: wordstospeak08113.wordpress


Zaman sekarang memang zaman teknologi. Itu memang tak siapa boleh nafi lagi. Semua orang pun kena celik dan bijak IT kalau tak mahu ketinggalan. Anak-anak zaman ini dari lahir lagi sudah terdedah dengan segala macam gadget elektronik..tak kiralah handset, komputer, tablet, video games dan  macam-macam lagilah. Nak tak nak kita memang tak boleh halang anak-anak dari menggunakan teknologi.

Tapi dalam pada itu, kita sebagai ibu bapa tetap kena kawal penggunaan gadgets di kalangan anak-anak. Jangan sampai jadi suatu ketagihan. Tak ada gadget tak boleh hidup. Banyak kesan buruk penggunaan gadget yang berlebihan pada anak-anak kecil. Antaranya yang meliputi kemahiran sosial, emosi, pembelajaran dan juga fizikal. 

Hari ini kita bukan mahu bercerita details pada kesan negatif penggunaan gadgets yang berlebihan, cuma mahu berkongsi tips bagaimana ibu bapa boleh bantu mengawal penggunaan gadgets elektronik dalam kehidupan seharian anak-anak. 

Ini saranan pakar tentang 'screen time' yang sesuai dengan usia anak-anak
- bawah 2 tahun : NONE
- 2-5 tahun : tidak melebihi SATU JAM pada setiap hari
- 5-18 tahun: tidak melebihi DUA JAM pada setiap hari.

Nampak macam sedikit kan? Kalau anak-anak perlukan lebih masa terutama untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah anda boleh berikan kelonggaran. Tetapi kalau sekadar untuk berhibur dan bermain games, itu sudah cukup. Banyak perkara lain yang anak-anak boleh lakukan pada masa yang terluang.

Bagaimana nak tahu kalau anak anda sebenarnya sudah ketagih pada teknologi? Perhatikan kalau anak anda ada ciri-ciri yang berikut:

1. penggunaan gadget yang kerap dan berterusan, menyebabkan social withdrawal
2. selalu meminta untuk menggunakan gadget, memberontak apabila kehendak tidak dipenuhi ataupun apabila gadget diambil daripadanya
3. tidak berminat dengan aktiviti lain, selalu mengajak pulang ke rumah kerana hendak menggunakan gadget, tidak mahu melakukan rutin harian (seperti tidur dan kerja rumah) semata-mata mahu terus bermain dengan gadget
4. terlalu obses dengan sesuatu karakter yang terdapat dalam games atau video, meluangkan terlalu banyak masa dan sumber untuk perkara tersebut


Sekarang kita masuk ke bab yang penting. Bagaimana mengawal penggunaan gadget pada anak-anak dan mengelakkan mereka dari ketagihan. Semuanya memerlukan disiplin, peraturan dan ketegasan dari ibu bapa sendiri. Antara langkah-langkah yang anda boleh buat adalah:

1.Hadkan penggunaan tv, komputer dan segala macam peralatan elektronik yang ada dirumah anda. Pastikan tidak lebih dari 30 minit setiap kali penggunaan dan total tidak melebihi had masa yang disarankan mengikut umur.

2. Buat jadual bila masa yang dibenarkan untuk menggunakan alat elektronik

3. Rancang aktiviti fizikal yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak lakukan. Kadang-kadang anak-anak menggunakan gadgets untuk menghiburkan hati kerana mereka bosan. Hilangkan kebosanan mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

4. Tetapkan 'tech-free time' pada waktu-waktu tertentu seperti waktu makan, waktu buat kerja rumah dan sewaktu hendak tidur.

5. Ibu bapa juga boleh buat 'tech-free zone' iaitu kawasan larangan penggunaan gadget seperti di bilik tidur, meja makan dan juga dalam kereta.

6. Kawal akses anak dengan menggunakan peralatan elektronik bersama-sama. Ambil peluang ini untuk berinteraksi dan berkongsi nilai-nilai penting dalam keluarga.

7. Letakkan password pada komputer dan peralatan elektronik yang lain. Rahsiakan password dari anak-anak.

8 Selalu ingat bahawa anda adalah 'boss'. Jangan terlalu mudah mengalah pada pujuk rayu anak-anak. Kalau anda sudah tetapkan peraturan pastikan semua orang ikut peraturan tersebut.

9. Bagi contoh yang baik buat anak-anak. Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan, larang anak main ipad tapi anda sendiri handset tak lepas dari tangan.

10. Jangan guna alat elektronik sebagai baby sitter. Selalu terjadi bila berada di restoran, di dalam  kereta dan bila ibu bapa sibuk dengan kerja lain. Jangan biasakan anak sejak dari awal lagi.

Mungkin ada lagi langkah-langkah lain yang berkesan. Kalau anda ada idea yang baik boleh kongsi di ruangan komen. Semoga ada ibu bapa yang dapat mengambil manfaat daripadanya. Jom kita semua tekadkan dalam diri kita untuk melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Walaupun mungkin ada diantaranya yang anak-anak tidak suka, demi masa depan mereka kuatkan hati anda. :)




=================================================



Nak tahu tak di mana anda boleh dapat EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!

2 comments:

  1. kadang-kadang timbul masalah bila parents beria tak bagi tapi anak genius pergi menyendeng kat sepupu sepapat untuk guna gadget ni. tak pun, orang lain pula yang seronok bagi tengok itu ini dari gadget diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..masyarakat kita kena lebih belajar untuk menghormati other people's parenting choice. Sama juga macam masalah gula-gula dan coklat :)

      Delete