Friday, December 5, 2014

Persediaan masuk ke sekolah!






Zaman sekarang ni kebanyakan ibu bapa memang sangat-sangat mementingkan pendidikan kan? Ada yang seawal usia 1 atau 2 tahun pun sudah mula dihantar ke 'sekolah'. Persiapan untuk 'straight A's mula dilakukan sejak bayi baru lahir lagi! Nak kata salah, memang tak salah. Siapa yang boleh menafikan kepentingan pendidikan, betul tak? Tapi pada masa yang sama, jangan sampai membunuh keriangan zaman kanak-kanak mereka. We are only a child once. Dan apa yang kanak-kanak paling suka buat? Semestinya bermain!

Kita tak boleh halang kanak-kanak daripada bermain. Itu memang dunia mereka. Malah dengan bermain juga mereka belajar banyak perkara. Dari A hinggalah Z. Mereka belajar tentang diri mereka, alam sekeliling, mengira, membaca, adab, cara bergaul dan sebagainya. Siapa kata kita perlu belajar dengan hanya menghadap buku dan serius sepanjang masa? Ada banyak cara yang menyeronokkan untuk menambah ilmu. Nah..cuba tengok di pasaran sekarang, macam-macam alat permainan pendidikan yang ada. Cuma tinggal pilih dan bayar je..hehe..Yang pastinya anak gembira, mak ayah pun gembira.

Tapi masalahnya, dengan terlalu banyak pilihan, mana satu yang perlu kita pilih? Ada yang canggih, ada yang mahal, ada yang murah, ada yang biasa-biasa sahaja. Pening juga kepala di buatnya. Untuk tidak memeningkan lagi kepala anda, hari ni saya nak kongsi serba-sedikit jenis-jenis permainan yang sesuai untuk 'preschooler' sebagai persediaan untuk mereka sebelum melangkah ke sekolah nanti. Apa permainan yang bagus untuk mereka dan apa kemahiran-kemahiran yang perlu kita fokuskan. Jom kita tengok!

1) Kemahiran motor halus
kenapa penting? Sebab nak menulis dan pegang pensil nanti memang perlukan kemahiran motor halus. Kalau latih dari awal, inshaaAllah nanti tulisan anak-anak pun cantik. Selain tu koordinasi mata dan tangan juga penting ya.

Permainan yang sesuai?
Puzzle (terutamanya yang ada knob), lacing bead, lacing card, blocks, modelling clay, anything yang melibatkan pergerakan aktif jari jemari kecil mereka.

2) Kemahiran motor kasar
Mestilah penting. Anak yang bijak adalah anak yang aktif. Melompat, berlari, menari...let them run free. Macam iklan milo dulu-dulu tu, badan sihat otak cerdas.

Permainan yang sesuai? 
Basikal, roller skate, basketball hoop, soccer goal, apa-apa yang melibatkan pergerakan aktif. Kereta yang bergerak pakai bateri tu tak termasuk ya :)

3) Kemahiran literasi awal
Ajar anak-anak mencintai buku dari awal. Kenalkan mereka dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan bacakan mereka cerita-cerita yang menarik dan bersesuaian. Bercakap dan berbual dengan mereka. Gunakan laras bahasa yang mudah difahami dan gunakan perkataan yang betul. Anak-anak seperti span, mereka mudah menyerap dari sekeliling mereka. Anak saudara saya contohnya bercakap bahasa baku kerana belajar dari cerita kartun di tv.

Permainan yang sesuai?
Permainan yang melibatkan pengenalan kepada huruf, nombor dan perkataan. Puzzle abc dan 123 seharusnya ada di setiap rumah. It's a great tool untuk mengenalkan anak-anak dengan huruf dan nombor. Block abc, soft book, flash card. Biasakan anak-anak mengenal bentuk, nama dan bunyi setiap huruf . Bila tiba masanya nanti untuk belajar membaca, ia akan jadi lebih mudah!

4) Konsep dan tema
Ajar anak-anak tentang kumpulan haiwan, kenderaan, buah-buahan, sayur-sayuran, pekerjaan dan sebagainya. Banding dan bezakan! Permainan yang melibatkan role play pasti menarik minat mereka.

Permainan yang sesuai?
Sorting games, puzzle, toy kitchen, costume set, tool set, animal set dsb.


Apa yang paling penting adalah interaksi dengan anak-anak semasa mereka sedang bermain, Kita boleh serapkan pelbagai benda melalui alat permainan yang mereka ada. Yang penting ibu bapa mesti kreatif  dan pandai mencuri peluang. Contohnya, apabila anak sedang bermain sesuatu, sebutkan warna permainan tersebut. Kira berapa permainan yang mereka ada. Sebutkan nama-nama gambar atau objek yang ada. Atau ketika bermain 'restaurant' dengan anak, selitkan adab yang kita mahu anak ikut, seperti ucapan terima kasih, 'tolong', makan guna tangan kanan dan sebagainya. 

Nak mengajar anak-anak kecil bukanlah susah, tetapi tidaklah juga mudah. Yang penting ada kesungguhan dan hormati hak mereka sebagai anak kecil yang memang suka bermain! Sekian perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.


p/s: jangan lupa jenguk dan like  facebook page shaznur stationery & educational toys

ya ^_^





1 comment: