Monday, January 7, 2019

DIY PLAY KITCHEN - VERSI SHAZNUR😊

Hi semua..kali ni Shaznur nak kongsi gambar-gambar play kitchen yang kami buat sendiri dari almari lama. Mana tahu boleh jadi sumber inspirasi buat ibu bapa yang lain kan.

Nak buatnya taklah susah mana. Yang penting ada kesungguhan. Yang bestnya bila buat sendiri kita boleh ubah suai ikut kesesuaian dan keperluan anak-anak kita, baik dari segi ukuran, material yang digunakan dan 'features' yang kita nak. Contohnya yang Shaznur buat ikut saiz ketinggian yang sesuai untuk anak seawal usia setahun.

Material pula kami gabungkan sebanyak mungkin material yang berbeza seperti plastic, besi, kayu, dan fabriks yang berlainan. Tujuannya untuk meransang sensori anak kecil.

Kami juga cuba menjadikannya se'realistik' yang mungkin dengan menggunakan peralatan memasak yang betul. Tungku dapur, paip, papan pemotong,pinggan mangkuk dan most of the kitchen utensils kebanyakkannya dari kedai eco dan mr diy. Pilih yang bersaiz kecil dan selamat untuk digunakan anak-anak( If you notice, penyepit kami berbalut dengan selotep hitam sebab risau tepinya tajam. Ini kes tak jumpa penyepit plastik bersaiz kecil😅)

Untuk pretend food pula boleh guna yang diperbuat dari plastik atau kayu. Kalau rajin boleh buat sendiri guna felt (banyak tutorial di youtube😉) atau paling mudah dengan cardboard. Guna playdoh pun boleh.

Pendek kata gunakan kreativiti anda dalam merekacipta. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. Tak ada salah betulnya selagi kita mencapai matlamat asal, iaitu menggalakkan anak-anak untuk bermain😊

Kelebihan pretend play
1) memberi peluang untuk anak-anak berlatih new life skills
2) menggalakkan interaksi sosial dikalangan kanak-kanak (belajar berkongsi, bertolak ansur, sabar)
3) meningkatkan kemahiran bahasa (belajar vokabulari baru)
4) melatih kemahiran motor halus, motor kasar dan visual perceptual skill
5) meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak

Shaznur harap perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Jom galakkan anak-anak kita untuk bermain, kerana bermain=belajar!!😘😘

Sebelum dan selepas. Shaznur guna almari kiub lama yang dah nak reput😅

Ambil masa dalam tiga hari nak siapkan. Berpeluh la juga😂

Close up kitchen counter

Bahagian dalam. Sebab almari kiub ni dah hampir reput maka kenalah balut dengan wallpaper 


  1. Pisau plastik. Papan pemotong kayu. Both dari kedai eco.

Mangkuk besi untuk sinki dan kepala paip plastik dari kedai eco 

Terlebih rajin melabel bekas condiments

Botol sos dari kedai eco. Boleh isi dengan kekacang, beras, pasir etc dan seal penutup dengan selotep atau gam. Jadilah sensory bottle.

Tungku dapur dari kedai eco

Periuk besi dari kedai eco. Pilih saiz paling kecil. Senduk kayu dari mr diy

Ketinggian dapur dibuat sesuai untuk anak usia setahun. Yang lebih besar boleh main sambil duduk😆

Bermain masak-masak bukan hanya untuk anak perempuan. Anak lelaki pun patut digalakkan. Banyak kemahiran yang boleh mereka pelajari.

Jangan lupa ajar anak kecil tentang kebersihan. Basuh tangan bersih-bersih tau.

Sticker timbul-timbul macam ni pun bagus untuk menarik minat anak kecil. Lihat dan sentuh😊


#shaznuredutoys #diyplaykitchen

Permainan pendidikan dan pembelajaran
Ig: shaznur_edutoy
Fb: Shaznur Stationery & Educational Toys

No comments:

Post a Comment