Wednesday, January 29, 2020

Aktiviti simple untuk melatih fokus anak kecil

Hari ni Cik Nur bagi Aisyah main batang aiskrim dengan kotak je😂

Takpe yang penting Aisyah enjoy. Aisyah sekarang ni memang suka keluar masukkan benda berulang kali.

Walaupun aktiviti ni nampak simple, tapi sebenarnya dapat membantu
1) melatih anak-anak untuk fokus
2) melatih kemahiran motor halus
3) melatih koordinasi antara mata dan tangan
4) melatih kemahiran menyelesaikan masalah
5) mengenal warna
6) meningkatkan kosa kata
7) meningkatkan self-esteem bila anak berjaya menyelesaikan task yang diberi
8) mengenal konsep 'object permanance'

Tapi tujuan utama Cik Nur
memang lebih kepada untuk build daya fokus Aisyah (sebab aktiviti ni sebenarnya terlalu mudah untuk Aisyah). Aisyah boleh fokus untuk aktiviti ini sahaja lebih dari tujuh minit which is good enough for her age (2 tahun). So yeayy untuk Aisyah!!😆😄😄😄



No comments:

Post a Comment