Sunday, February 9, 2020

Banyak rupanya manfaat bermain dengan 'lacing beads'!!😱



Inilah rupa budak yang pukul sepuluh malam pun belum mahu tidur. Sebab petangnya dia dah tidur banyak, dekat maghrib baru bangun👻

Dahlah tak nak tidur, Aisyah kacau pulak kakaknya nak tidur. Jadi terpaksalah Cik Nur 'kuarantin' dia dan bagi dia main lacing beads ni. Tengok tu bersungguh rupa dia cuba masukkan jarum kayu melalui lubang beads😁

Main beads ni bagus tau. Kalau tak ada lacing beads yang khas macam ni pun boleh guna apa yang ada kat rumah macam straw yang dah dipotong, macaroni siku atau apa-apa jelah yang berlubang ditengah dan boleh dimasukkan melalui tali/benang.

Antara kelebihan utama bermain lacing beads ni adalah:
✔ melatih kemahiran motor halus yang penting untuk kemahiran menulis nanti. Ini termasuklah koordinasi antara mata dan tangan serta kawalan otot kecil (stringing beads uses hand movements similar to gripping a pencil)

✔meningkatkan konsentrasi, kreativiti dan planning skills

✔melatih kemahiran matematik seperti mengira, mengenal pasti warna, membina pattern dan memahami simmetri.

Itu jelah yang Cik Nur boleh kongsi sikit-sikit. Cik Nur bukannya expert tau. Kalau ada salah maafkanlah🙏. Yang penting Aisyah terhibur dan tak mengamuk🙈👻👻👻

#diariAisyah
#Aisyahmaindenganciknur
#babysittertakbertauliah
#ciknurcuba

No comments:

Post a Comment