Monday, November 5, 2018

BERMAIN SAMBIL BELAJAR : BEAD MAZE




Apa itu bead maze?
Bead maze adalah permainan dengan lingkaran gegelung dawai dan juga manik pelbagai bentuk. Selalunya diperbuat daripada kayu

Bagaimana cara bermain dengan bead maze?
1)biarkan anak anda meneroka sendiri. Anda pasti dapat lihat jemari kecil mereka cuba menggerakkan manik mengikut laluan gegelung
2)mengenal bentuk dan warna. Sambil bermain anda boleh menyebut warna dan bentuk setiap manik.
3)mengira. Manik-manik pada bead maze juga boleh digunakan untuk aktiviti mengira.
4)bahasa. Sambil menggerakkan manik, anda boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar anak kosa kata baru seperti kiri, kanan, atas, bawah dan sebagainya.

Apa kelebihan bermain dengan bead maze?
Walaupun ia permainan yang ringkas, sebenarnya terdapat banyak kelebihan bermain dengan bead maze. Antaranya:
1) melatih kemahiran motor halus
2) melatih koordinasi antara mata dan tangan
3) melatih visual tracking
4) melatih kemahiran visual-spatial
5) melatih kemahiran menyelesaikan masalah
6) melatih fokus dan konsentrasi
7) mengenal bentuk dan warna
8) latihan awal mengira

Berapa usia yang sesuai untuk bermain bead maze?
Bead maze sesuai diperkenalkan apabila bayi sudah boleh duduk sendiri. Pilih bead maze dengan design yang lebih ringkas. Bead maze dengan rekaan gegelung yang lebih kompleks sesuai untuk anak yang lebih besar.

Dimana saya boleh dapatkan bead maze?
Berita baik, anda boleh dapatkan bead maze secara online dengan Shaznur Edutoys. Whatsapp kami pada nombor yang tertera dibawah👇
www.wasap.my/60196821227

Kami mempunyai beberapa rekaan bead maze yang boleh anda pilih seperti dibawah:

 Multifunctional toy box - RM68sm/71ss inc. postage

 Traffic bead maze - RM50sm/RM52 ss inc.postage

 Space bead maze - RM64 sm/ RM67 ss inc.postage

No comments:

Post a Comment