Monday, November 3, 2014

Kenapa kanak-kanak harus diajar menggunakan gunting

Gunting dan anak-anak kecil, bunyinya macam agak menakutkan kan?? Mungkin terbayang difikiran anda kepingan-kepingan kertas bersepah, cebisan langsir, 'fesyen' rambut baru anak-anak ataupun tangisan dan darah! Mengerikannn...Mungkin sebab itu jugalah ramai ibu bapa yang mengisytiharkan gunting sebagai barang terlarang untuk disentuh oleh anak-anak, sehinggalah mereka masuk tadika atau sekolah.

Tapi hari ini jom ubah persepsi kita terhadap gunting sebagai  benda berbahaya.Sebenarnya gunting boleh menjadi satu alat yang baik untuk meransang perkembangan anak-anak. Kata pakar, anak-anak yang berada pada 'right developmental track' seharusnya mula belajar menggunting seawal usia 2 TAHUN! Biar betulll???? 

Betul,,nak tahu kenapa? Sebab yang pertama, bila anak-anak menggunakan gunting, ia akan melibatkan penggunaan otot-otot kecil pada tangan mereka. Jadi penggunaan gunting amat baik untuk melatih otot-otot kecil ini. Ini dipanggil 'fine motor skill'..kemahiran motor halus. Kemahiran ini amat diperlukan apabila anak belajar menulis, melukis (memegang pensil/pen/berus) atau dalam melakukan aktiviti seharian seperti memegang berus gigi, menggunakan sudu garfu dan sebagainya.

Sebab yang kedua? 'EYE-HAND COORDINATION'. Aktiviti menggunting kertas misalnya sangat bagus untuk meningkatkan penggunaan koordinasi mata-tangan. Ini bermakna mereka harus menggunakan penglihatan mereka, proses apa yang mereka lihat dan seterusnya boleh menggerakkan tangan mereka sambil melihat kearah objek. Kelihatan simple tapi ia sebenarnya sesuatu yang rumit kerana memerlukan otak melakukan dua proses yang berbeza!

Sebab yang ketiga pula, aktiviti menggunting menggalakkan anak-anak menggunakan koordinasi bilateral (bilateral coordination) dimana mereka seharusnya berupaya menggunakan kedua-dua belah bahagian anggota badan pada masa yang sama. Apabila menggunting, sebelah tangan harus memegang dan menggerakkan gunting, manakala sebelah lagi pula perlu memegang kertas. Aktiviti yang melibatkan 'bilateral coordination' ini juga banyak terdapat dalam kerja-kerja seharian kita seperti membasuh pinggan mangkuk, memandu dan menaip. 

Jadi sekarang kita dah tahu kan, kenapa kita patut melatih anak kita menggunakan gunting sejak dari awal lagi? Tapi bagaimana cara yang betul untuk melatih anak-anak ya? 

Pada usia 2 tahun, latih anak menggunting hujung kertas
2 setengah tahun, gunting sehingga penghujung kertas
3 hingga 3 setengah tahun, gunting garisan gelap selebar 1/2" (tidak boleh melebihi garisan lebih dari tiga kali)
3 setengah hingga 4 tahun, menggunting garisan berbentuk bulatan (harus berada pada garisan sekurang-kurangnya 3/4 dari bulatan)
4 setengah hingga 5 tahun, menggunting garisan berbentuk segiempat (bucu haruslah tajam)

Apabila anak telah mahir satu dari setiap langkah diatas, pastikan dia berupaya menggunting pelbagai jenis ketebalan material, Material yang lebih tebal adalah lebih senang untuk digunting berbanding material yang nipis. Jadi boleh mulakan dengan menggunting 'playdoh' (ya, playdoh boleh digunting) kemudian kertas manila, kertas biasa dan akhirnya gunting tisu. Ini bagi memastikan yang anak-anak benar-benar mahir menggunting! Pastikan juga apabila anak mengunting mengikut garisan, garisan tersebut berwarna gelap dan lebar sekurang-kurangnya 1/4-1/2" bagi memudahkan mereka. Gunakan juga gunting yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak mempunyai muncung yang tajam.

Untuk keselamatan, pastikan anda mengawasi anak anda sepanjang masa ya. Dan pastikan anda selalu mengingatkan mereka yang gunting hanya boleh digunakan apabila anda ada. 

Sekarang saya nak kongsi beberapa gambar semasa saya melakukan aktiviti menggunting dengan Hidayah. Saya confident nak bagi Hidayah pegang gunting sebab dia memang seorang yang agak berhati-hati sejak dari baby lagi hehe...dan saya selalu remind yang gunting hanya boleh guna bila CikNur, Umi atau Ayah ada. Semasa menggunting juga, saya akan perhatikan dimana kedudukan jari Hidayah, supaya tidak ada adegan tergunting tangan. Jangan terlepas pandang ya!

Sebelah tangan pegang gunting, sebelah lagi pegang kertas

Pastikan jari berada dikawasan selamat ya, hati-hati!

Yang pastinya, Hidayah sangat excited dengan aktviti ini

Bangga dengan hasil kerjayanya 

Ok, now it's time to play! ^_^

Sumber : the importance of teaching your child how to use scissor



6 comments: