Wednesday, November 19, 2014

Puzzle oh puzzle



Salam semua. Hari ini saya cuma nak kongsi beberapa idea macam mana nak pelbagaikan kegunaan puzzle abc ni. Kalau parents yang pernah belikan puzzle ni untuk anak-anak, mesti notice kan bila anak dah makin membesar, puzzle ni pun jadi terlalu mudah dan membosankan bagi diorang. Kalau ada adik-adik, boleh lah nak passkan kat mereka, tapi kalau tak ada takkan nak biarkan puzzle ni tersadai kesepian macam tu aje kan.

Ha..hari ni saya nak kongsi a few ideas macam mana kita boleh guna puzzle ni untuk ajar anak-anak yang dah 'terror' sangat ABC tu..kita ke peringkat seterusnya yang lebih advance..hehe


Ini salah satu contoh permainan yang boleh dimainkan dengan kepingan puzzle ni. "Complete the alphabet". Suruh anak-anak isikan tempat-tempat kosong untuk lengkapkan urutan huruf.





Yang ini pulak "first letter of the word"


Atau boleh gunakan huruf-huruf untuk bina '3 letters word'..kalau nak bina perkataan panjang-panjang tak cukup pulak kepingan puzzle tu hehe...Yang ini dah ada huruf, cuma matchkan aje..

Ini yang kosong..kena teka sendiri :)

Semua worksheet ni boleh buat sendiri atau lebih senang google je..berlambak free printable worksheet yang kita boleh guna. Yang macam dalam gambar dekat atas tu semua yang sedia ada dari internet saya cuma download je..senang :)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat..yang penting kena kreatif je untuk menarik minat anak-anak. Orang kata 'it is not about what we have, but how we used it!' Jom jadikan belajar sesuatu yang menyeronokkan ^_^


5 comments:

  1. salam puan.sangat menarik perkongsian puan dalam blog ini.Alhamdulillah.saya ingin bertanya jika puan ada mengambil agen dropship untuk educational toys yang dijual? terima kasih semoga terus maju jaya, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...terima kasih sudi lawat blog ni...buat masa ni pihak kami belum buat dropship lg..kami baru bermula..inshaaAllah in future maybe :)

      Delete