Wednesday, November 19, 2014

Puzzle oh puzzle



Salam semua. Hari ini saya cuma nak kongsi beberapa idea macam mana nak pelbagaikan kegunaan puzzle abc ni. Kalau parents yang pernah belikan puzzle ni untuk anak-anak, mesti notice kan bila anak dah makin membesar, puzzle ni pun jadi terlalu mudah dan membosankan bagi diorang. Kalau ada adik-adik, boleh lah nak passkan kat mereka, tapi kalau tak ada takkan nak biarkan puzzle ni tersadai kesepian macam tu aje kan.

Ha..hari ni saya nak kongsi a few ideas macam mana kita boleh guna puzzle ni untuk ajar anak-anak yang dah 'terror' sangat ABC tu..kita ke peringkat seterusnya yang lebih advance..hehe


Ini salah satu contoh permainan yang boleh dimainkan dengan kepingan puzzle ni. "Complete the alphabet". Suruh anak-anak isikan tempat-tempat kosong untuk lengkapkan urutan huruf.





Yang ini pulak "first letter of the word"


Atau boleh gunakan huruf-huruf untuk bina '3 letters word'..kalau nak bina perkataan panjang-panjang tak cukup pulak kepingan puzzle tu hehe...Yang ini dah ada huruf, cuma matchkan aje..

Ini yang kosong..kena teka sendiri :)

Semua worksheet ni boleh buat sendiri atau lebih senang google je..berlambak free printable worksheet yang kita boleh guna. Yang macam dalam gambar dekat atas tu semua yang sedia ada dari internet saya cuma download je..senang :)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat..yang penting kena kreatif je untuk menarik minat anak-anak. Orang kata 'it is not about what we have, but how we used it!' Jom jadikan belajar sesuatu yang menyeronokkan ^_^


Tuesday, November 11, 2014

Aktiviti kanak-kanak: DIY kolam memancing

Salam semua. Kali ni nak kongsi satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan anak-anak. Tak perlu belanja mahal, barang-barang pun mudah nak dapat. Guna je apa yang dah sedia ada dirumah. Yang menariknya aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan malah boleh menjadi satu sesi pembelajaran buat anak-anak. 

Jom kita tengok cara- cara nak buat kolam memancing ikan!


Bahan-bahan yang diperlukan. Ini yang paling basic. Bekas plastik berisi air sebagai kolam, pensel, benang dan magnet berbentuk 'ring' sebagai batang pancing dan apa-apa sahaja yang diperbuat daripada besi sebagai 'ikan'. Macam saya, saya guna klip kertas je.

Dah selesai setup kolam memancing, apa tunggu lagi, jom pancing ikan!

Yang seronoknya, bukan setakat seekor, dua tiga ekor pun boleh tangkap sekaligus hehe..

Tengok macam Hidayah ni..banyaknya 'ikan' Hidayah dapat pancing ^_^

Tiba-tiba teringat pulak ada batu yang hias akuarium tu..apa lagi..masuk sekali! Barulah cantik kolam ikan kita.

Kanak-kanak pasti lebih teruja bila tengok sesuatu yang berwarna-warni macam ini.

Lepas tu teringat pulak benda ni. Tak tahu la apa nama dia, tapi boleh dapat dekat kedai-kedai craft. Potong kecil-kecil. Boleh jadi sotong, ketam,, udang :P

Tadaaaa,,tiga sekali Hidayah pancing. Sebab dekat dalam dia ada besi, jadi dia boleh melekat pada magnet

Aktiviti ni sangat sesuai untuk melatih daya tumpu anak-anak. Bagus untuk eye-hand coordination juga! Selain tu boleh sesuaikan dengan peringkat umur, kita boleh terangkan mengenai konsep daya tarikan magnet kepada anak-anak. Campurkan bahan-bahan yang boleh dan tidak boleh ditarik oleh magnet seperti kayu dan guli dan biarkan anak-anak membuat uji kaji. Untuk anak-anak yang lebih kecil, boleh guna peluang ini untuk ajar anak mengira dan juga mengenal warna.

Ok..last but not least..terimalah gambar yang diambil sendiri oleh Hidayah ni ^_^



Sunday, November 9, 2014

Kongming lock - Puzzle traditional China


Sesiapa yang suka bermain sesuatu yang mencabar minda mesti dah biasa dengar pasal rubik cube kan? Tapi pernah dengar tak tentang Kongming Lock? Saya sendiri baru tahu pasal puzzle ni..itupun secara kebetulan. Kakak saya beli sebab nampak menarik walaupun tak tahu apa yang dibeli :D Kemudian saya google dan terjumpalah info pasal Kongming Lock ni...memang menarik!

Kongming Lock ni adalah bongkah-bongkah kayu yang dipotong mengikut bentuk-bentuk tertentu. Sama seperti puzzle-puzzle yang lain, kita harus menyusun bongkah-bongkah kayu ini supaya kembali kepada bentuk asalnya. Kongmin Lock sendiri terdapat beberapa jenis yang berbeza, cuma yang saya ada hanyalah 3 jenis sahaja. 

Kongming lock merupakan puzzle traditional dari China. Ia dikatakan dicipta oleh Zhuge Kongming lebih kurang 2000 tahun yang lalu menggunakan prinsip metafizik. Hebat kan! Yang pastinya, nak menyelesaikan satu-satu puzzle ni memang mencabar minda (dan juga kesabaran) Kalau anda boleh selesaikan tanpa lihat tutorial, saya tabik!! hehe (saya main tipu, tengok tutorial kat youtube :P)

Apapun memang seronok sangat main benda ni. Dan saya rasa saya perlu kongsi dengan anda semua. Mungkin ada yang pernah nampak tapi tak tahu apa dia kan. Ha..sekarang dah tahu, sanggupkah anda menyahut cabaran untuk menyelasaikan puzzle ni??? Bermain puzzle sangat bagus untuk  meransang minda dan meningkatkan kemahiran berfikir. Juga sesuai untuk latihan jari jemari. Yang penting semua peringkat umur boleh cuba. Kalau orang-orang tua pun bagus, terutama yang ada dementia dan cognitive disorder. Minda pun perlukan exercise juga!

tukarkan ini..

kepada ini

yang ini..

kepada yang ini.

dan ini pula

menjadi begini!


Monday, November 3, 2014

Kenapa kanak-kanak harus diajar menggunakan gunting

Gunting dan anak-anak kecil, bunyinya macam agak menakutkan kan?? Mungkin terbayang difikiran anda kepingan-kepingan kertas bersepah, cebisan langsir, 'fesyen' rambut baru anak-anak ataupun tangisan dan darah! Mengerikannn...Mungkin sebab itu jugalah ramai ibu bapa yang mengisytiharkan gunting sebagai barang terlarang untuk disentuh oleh anak-anak, sehinggalah mereka masuk tadika atau sekolah.

Tapi hari ini jom ubah persepsi kita terhadap gunting sebagai  benda berbahaya.Sebenarnya gunting boleh menjadi satu alat yang baik untuk meransang perkembangan anak-anak. Kata pakar, anak-anak yang berada pada 'right developmental track' seharusnya mula belajar menggunting seawal usia 2 TAHUN! Biar betulll???? 

Betul,,nak tahu kenapa? Sebab yang pertama, bila anak-anak menggunakan gunting, ia akan melibatkan penggunaan otot-otot kecil pada tangan mereka. Jadi penggunaan gunting amat baik untuk melatih otot-otot kecil ini. Ini dipanggil 'fine motor skill'..kemahiran motor halus. Kemahiran ini amat diperlukan apabila anak belajar menulis, melukis (memegang pensil/pen/berus) atau dalam melakukan aktiviti seharian seperti memegang berus gigi, menggunakan sudu garfu dan sebagainya.

Sebab yang kedua? 'EYE-HAND COORDINATION'. Aktiviti menggunting kertas misalnya sangat bagus untuk meningkatkan penggunaan koordinasi mata-tangan. Ini bermakna mereka harus menggunakan penglihatan mereka, proses apa yang mereka lihat dan seterusnya boleh menggerakkan tangan mereka sambil melihat kearah objek. Kelihatan simple tapi ia sebenarnya sesuatu yang rumit kerana memerlukan otak melakukan dua proses yang berbeza!

Sebab yang ketiga pula, aktiviti menggunting menggalakkan anak-anak menggunakan koordinasi bilateral (bilateral coordination) dimana mereka seharusnya berupaya menggunakan kedua-dua belah bahagian anggota badan pada masa yang sama. Apabila menggunting, sebelah tangan harus memegang dan menggerakkan gunting, manakala sebelah lagi pula perlu memegang kertas. Aktiviti yang melibatkan 'bilateral coordination' ini juga banyak terdapat dalam kerja-kerja seharian kita seperti membasuh pinggan mangkuk, memandu dan menaip. 

Jadi sekarang kita dah tahu kan, kenapa kita patut melatih anak kita menggunakan gunting sejak dari awal lagi? Tapi bagaimana cara yang betul untuk melatih anak-anak ya? 

Pada usia 2 tahun, latih anak menggunting hujung kertas
2 setengah tahun, gunting sehingga penghujung kertas
3 hingga 3 setengah tahun, gunting garisan gelap selebar 1/2" (tidak boleh melebihi garisan lebih dari tiga kali)
3 setengah hingga 4 tahun, menggunting garisan berbentuk bulatan (harus berada pada garisan sekurang-kurangnya 3/4 dari bulatan)
4 setengah hingga 5 tahun, menggunting garisan berbentuk segiempat (bucu haruslah tajam)

Apabila anak telah mahir satu dari setiap langkah diatas, pastikan dia berupaya menggunting pelbagai jenis ketebalan material, Material yang lebih tebal adalah lebih senang untuk digunting berbanding material yang nipis. Jadi boleh mulakan dengan menggunting 'playdoh' (ya, playdoh boleh digunting) kemudian kertas manila, kertas biasa dan akhirnya gunting tisu. Ini bagi memastikan yang anak-anak benar-benar mahir menggunting! Pastikan juga apabila anak mengunting mengikut garisan, garisan tersebut berwarna gelap dan lebar sekurang-kurangnya 1/4-1/2" bagi memudahkan mereka. Gunakan juga gunting yang sesuai untuk kanak-kanak dan tidak mempunyai muncung yang tajam.

Untuk keselamatan, pastikan anda mengawasi anak anda sepanjang masa ya. Dan pastikan anda selalu mengingatkan mereka yang gunting hanya boleh digunakan apabila anda ada. 

Sekarang saya nak kongsi beberapa gambar semasa saya melakukan aktiviti menggunting dengan Hidayah. Saya confident nak bagi Hidayah pegang gunting sebab dia memang seorang yang agak berhati-hati sejak dari baby lagi hehe...dan saya selalu remind yang gunting hanya boleh guna bila CikNur, Umi atau Ayah ada. Semasa menggunting juga, saya akan perhatikan dimana kedudukan jari Hidayah, supaya tidak ada adegan tergunting tangan. Jangan terlepas pandang ya!

Sebelah tangan pegang gunting, sebelah lagi pegang kertas

Pastikan jari berada dikawasan selamat ya, hati-hati!

Yang pastinya, Hidayah sangat excited dengan aktviti ini

Bangga dengan hasil kerjayanya 

Ok, now it's time to play! ^_^

Sumber : the importance of teaching your child how to use scissor