Thursday, October 2, 2014

Hidayah dan Lagu - Learning through music

Salam semua. Kali ni nak bercerita tentang Hidayah lagi. Kalau nak tahu, salah satu aktiviti kegemaran Hidayah adalah mendengar lagu di youtube! 

Hidayah dengar lagu sambil berpura-pura main piano 
(piano kertas tu salah satu aktiviti Hidayah dengan CikNur..kebetulan pulak gambar piano...kanak-kanak memang kaya dengan imaginasi :)

Tepuk tangan pulak...sama macam dalam video klip

Nak tahu antara channel youtube kegemaran Hidayah?

Kalau lagu versi Bahasa Melayu, Hidayah suka Didi & friends



BINGO...favourite Hidayah


Untuk lagu versi Bahasa Inggeris pulak Super Simple Learning Song

 
Kalau lagu yang ini, mesti tak cukup dengar sekali je..


Yang ini pulak lagu yang baru Hidayah discover hari tu

Macam biasa, ulang 4,5 kali sampai CikNur pun surrender!

Kenapa CikNur surrender? Sebabnya Hidayah kalau dengar lagu tak cukup sekadar dengar, Hidayah akan menari dan ikut pergerakan dalam video dan PASTIKAN orang yang teman Hidayah pun menari sama! Mana tak semput. Siapa nak kurus, tak payah exercise, boleh cuba cara ni ya :D

Tapi selalunya saya tak halang pun Hidayah dengar lagu di youtube (asalkan bukan sepanjang hari). Kenapa? Kerana lagu juga adalah salah satu cara kanak-kanak belajar. Kalau nak tahu, ada banyak kelebihan mendengar lagu dan muzik untuk kanak-kanak (walaupun saya tahu ada yang tak bersetuju sebab muzik boleh melalaikan, bagi saya setiap sesuatu ada limitnya, selagi masih dalam batas, InshaaAllah okey. Lagipun, parents Hidayah dah pastikan Hidayah diajar hafal doa dan surah dalam al-Quran ^_^) 

Ok sambung balik...bab kelebihan mendengar muzik pada kanak-kanak. Ini antara kelebihannya ya..
1) muzik membantu meningkatkan kemahiran mendengar
2) muzik melahirkan intuitive response ( kebolehan memahami sesuatu perkara secara semulajadi/instinct)
3) meningkatkan kemahiran membezakan bunyi (aural discrimination)
4) menguatkan memori
5) membantu anak-anak bercakap lebih jelas
6) melatih anak menumpukan perhatian
7) membantu kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah 
8) meningkatkan kemahiran bahasa/ vocabulary
9) mengalakkan anak-anak bergerak aktif (melalui pergerakan dalam lagu)
10)keseronokan yang berganda! 

Kalau nak tahu lebih lanjut..boleh baca artikel ni..Learning through music: the support of brain research...satu artikel yang sangat bagus (dan tak terlalu komplikated, inshaaAllah mudah difahami)
Yang saya senaraikan cuma intipati, details ada dalam artikel ni.

Baiklah itu sahaja perkongsian buat kali ini ya..semoga bermanfaat :)



No comments:

Post a Comment