Thursday, October 9, 2014

5 'white board games' untuk kemahiran vocabulary

Kanak-kanak dan gajet sekarang ni memang tak boleh dipisahkan, betul tak? Umur setahun dua pun dah pandai tekan-tekan ipad. Nak larang pun tak boleh, sebab memang zaman mereka zaman teknologi. Kenalah mengikut arus kalau tak nak jadi macam katak kan? :D

Tapi walau macam mana sekalipun, anak-anak kecil jangan dibiasakan 'melekat' pada skrin komputer atau handphone. Pastikan anda hadkan 'screen time' mereka. Apa kata cuba cari aktiviti-aktiviti lain yang tidak melibatkan gajet atau teknologi canggih. Lagi simple lagi bagus. Macam kita zaman kecik-kecik dulu. Tak perlu gajet, tak perlu permainan canggih, still kita menjalani masa kanak-kanak dengan riangnya kan?

Siapa ingat lagi permainan yang biasa kita main dulu? Macam bingo, tictactoe..Sebenarnya melalui permainan mudah macam ni pun kita boleh mendidik anak-anak kita. Yang penting perlu kreatif dan sedikit effort untuk meluangkan masa dengan anak-anak.

Kali ini saya nak kongsi games yang dapat tingkatkan perbendaharaan kata anak-anak. Tak perlu tablet, tak perlu ipad, tak perlu samsung galaxy. Cuma white board dan marker. Atau boleh jugak guna black board dan kapur atau pen dan kertas atau kalau tak ada sangat arang dan batu pun boleh! Hei..menarik jugak tu, bawa anak-anak pergi berkhemah dalam hutan dan guna arang dan batu untuk main games ni. Let's enjoy the nature :D

Okey, jom kita tengok apa dia games yang sesuai dimainkan untuk tambah vocabulary anak-anak. Games ni boleh main dalam bahasa inggeris atau pun melayu. Ikut suka. Main ramai-ramai lagi seronok. 

1) KEMBANGKAN AYAT


kemahiran : menulis, vocabulary

Dalam permainan ini ibu bapa mula dengan satu perkataan. Contoh macam dalam gambar saya pilih perkataan 'ayah'. Kemudian suruh anak-anak sambung menggunakan 2-3 patah perkataan. Boleh sambung di depan atau pun dibelakang perkataan. Untuk setiap perkataan yang berjaya disambung boleh bagi 'point' atau markah.


2) PICTIONARY

Kemahiran: vocabulary, bercakap

Yang ini senang. Cuma lukis gambar dan suruh anak-anak teka apa dia. Ambil giliran, mungkin anak-anak juga boleh menyoal ibu bapa? Kita tengok siapa yang lebih pandai melukis dan lebih luas kosa katanya :D


3) HANGMAN

Kemahiran: bercakap, vocabulary, mengeja

Haa..yang ini pulak pasti semua orang pernah main. Dalam komputer pun ada games ni kan. Tapi ingat, kita tak nak guna komputer ya. Tutup sekejap laptop tu :)

Kita boleh pilih perkataan mengikut kategori contohnya negara, binatang, kenderaan. Apa-apa sahaja. Untuk anak yang lebih kecil berikan perkataan yang mudah dan seterusnya tingkatkan level mengikut keupayaan mereka.


4) WHITE BOARD SCRABBLE

Kemahiran: vocabulary, menulis, mengeja

Permainan scrabble yang tidak melibatkan 'scrabble'. Tak perlu runsing huruf-huruf scrabble yang kecil-kecil tu hilang. Yang ini guarantee tak hilang. Ibu bapa mula dengan satu perkataan juga, dan kemudian suruh anak-anak cari perkataan yang boleh dibina menggunakan huruf pertama atau akhir perkataan yang kita pilih tadi.



5) Tic tac toe

 
kemahiran : bercakap, vocabulary, mengeja

Ok yang ini berbeza sedikit dengan tictactoe yang biasa kita main. Suruh anak-anak pilih mereka mahu 'X' atau 'O'. Kalau lebih dari dua orang, boleh bahagikan ikut team. Kemudian ibu bapa perlu memberikan soalan kepada anak-anak, tidak kisahlah suruh mereka beri maksud perkataan, mengeja, translation dari english ke bahasa melayu dan sebagainya. Jika mereka menjawab dengan betul mereka boleh tanda dengan 'X' atau 'O' mengikut apa yang mereka pilih sebelumnya. Bagi mereka soalan sampailah salah seorang berjaya menyambung tiga tanda. Itulah dia pemenangnya :D


Macam mana? Mudah kan? Sambil-sambil uji minda anak-anak, permainan yang melibatkan interaksi antara ibu bapa, anak-anak dan adik beradik ini amatlah bagus untuk merapatkan hubungan antara kita. Jimat pulak tu, tak perlu gajet mahal-mahal,tak perlu nak caj bateri sentiasa. Sometimes, simple is better. 

Selamat beraktiviti dengan anak-anak. Semoga bermanfaat :)




No comments:

Post a Comment