Orang kata, tak kenal maka tak cinta! Jadi pada kali ini saya nak bawa anda semua mengenali bayi anda sendiri! Jom kita belajar peringkat perkembangan bayi dari lahir sehinggalah dia menyambut ulang tahun hari lahirnya yang pertama. Tapi sebelum itu saya nak ingatkan yang semua bayi adalah berbeza-beza tahap perkembangannya. Ada yang cepat dalam satu aspek, tetapi agak ketinggalan dalam aspek yang lain. Jangan cepat melatah dan terus mengatakan 'there's something wrong with my baby!!!' Ingat, yang penting bukan bila masanya, tapi perkembangannya. Selagi anak anda menunjukkan perkembangan yang positif, InshaaAllah he should be okay. Walau bagaimanapun, kalau anda rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak anda, bawalah dia berjumpa dengan pakar. Lebih cepat kita mengesan masalah, lebih cepatlah pula kita dapat mencari jalan penyelesaiannya!
Okey, mari kita lihat apa yang anda boleh expect bayi anda lakukan pada peringkat umurnya.
Perkembangan bayi: dari lahir sehingga tiga bulan
Pada peringkat perkembangan yang pertama ini, bayi anda sedang belajar bagaimana untuk hidup di luar rahim ibu. Pendek kata, dia baru belajar mengenal dunia! Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula:
1) Senyummm!!! Pada mulanya bayi mungkin hanya akan tersenyum pada diri sendiri tapi dalam masa tiga bulan dia akan mula belajar senyum kepada anda dan berusaha membuatkan anda senyum kembali kepadanya. Senyuman bayi adalah yang paling manis :)
2) mengangkat kepala dan dada apabila diletakkan dalam keadaan meniarap. It's a tummy time!
3) mengikut arah pergerakan objek dengan matanya. Mata ya, bukan kepala! Anda juga akan dapati juling pada mata bayi anda berkurangan! (cross-eyed pada newborn baby adalah normal, kedua belah mata mereka belum dapat berkoordinasi dengan baik)
4) membuka dan menutup genggaman tangan. Bayi juga mula belajar membawa tangan ke mulutnya.(jangan biasakan bayi menghisap tangan atau jari, nanti jadi habit!)
5)mengenggam objek dalam tangannya. Cuba letakkan jari anda dalam tangan bayi, mereka akan mengenggam dengan kuat seolah-olah tidak mahu melepaskan!
6) cuba menggapai objek yang tergantung, walau selalunya mereka tidak berjaya. Tak apa, usaha tangga kejayaan, dik!
Perkembangan bayi: 4 hingga 6 bulan
Pada usia ini, bayi mula mahir menggunakan tangan mereka. Mereka juga mula discover sesuatu yang baru. suara mereka! Dari usia 4 hingga 6 bulan bayi anda mungkin akan mula:
1) belajar berpusing dari meniarap kepada baring dan baring kepada meniarap. Kebiasaanya mereka bermula dari baring kepada meniarap dahulu.
2) mengeluarkan bunyi-bunyi comel dari mulut mereka. Kadang-kadang kedengaran seperti mereka betul-betul bercakap!
3) ketawa!
4) mencapai dan mengambil objek. Awas dengan rambut anda!
5) duduk dengan sokongan dan dapat mengawal kepala dengan baik. Kepala mereka tidak lagi teroleng ke kiri dan ke kanan!
Perkembangan bayi: 7 hingga 9 bulan.
Setelah belajar berpusing, bayi akan mula memikirkan bagaimana hendak bergerak kehadapan dan kebelakang! Mereka akan menjadi lebih 'mobile'...ingat, sentiasa awasi anak anda, malang tidak berbau! Pada peringkat ini mereka akan mula:
1) belajar untuk meniarap (army crawling), mengengsot (scooting) atau merangkak (crawling). Semua bayi adalah berbeza, ada yang langsung tidak merangkak, dari mengengsot terus belajar berjalan. Jangan terkejut ya!
2) Duduk sendiri tanpa sokongan
3) Memberi tindak balas pada perkataan yang biasa mereka dengar seperti nama mereka. Bayi anda juga mungkin mula menyebut 'mama' atau 'dada'
4) Menepuk tangan dan bermain permainan 'peek a boo'
5) Belajar utk berdiri!
Perkembangan bayi: 10 hingga 12 bulan
Ini adalah peringkat yang terakhir dalam tahun pertama usia bayi. Mereka kini bukan lagi 'newborn' but not yet a 'toodler'! Pada tahap ini mereka mula belajar untuk:
1) menyuap makanan sendiri. Bayi anda juga sudah mula memegang objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
2) melangkah sambil berpaut pada perabot seperti sofa atau meja kopi.
3) menunjuk dengan jari pada objek yang mereka mahu
4) Menyebut satu atau dua patah perkataan. Kebiasaanya pada usia setahun kebanyakan bayi boleh menyebut tiga patah perkataan atau mungkin juga lebih! Mereka juga memanggil ibu bapa dengan panggilan 'mama' dan 'dada'
5) Mula belajar untuk meniru aksi anda dan boleh menggunakan sesetengah objek dengan betul. Contohnya mereka meletakkan telefon di telinga dan berpura-pura sedang bercakap dengan seseorang.
6) Melangkah buat kali pertama! Biasanya pada usia sekitar satu tahun.Tapi ingat, semua anak adalah berbeza! Don't be too alarm kalau anak anda belum menunjukkan tanda hendak berjalan.
Artikel ini hanyalah sekadar garis panduan kasar untuk ibu bapa. Dalam menilai perkembangan anak-anak banyak aspek yang perlu diambil kira. Setiap kanak-kanak adalah unik dan hanya kerana mereka lambat untuk merangkak atau bercakap tidak semestinya ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Mungkin mereka memerlukan lebih masa untuk belajar sesuatu yang baru. Apapun ibu bapa boleh membantu dengan melakukan aktivit-aktiviti yang dapat meransang perkembangan anak-anak.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih risau akan perkembangan anak anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pandang pakar. Kadang-kadang gerak hati ibu bapa ada juga benarnya. Hanya anda yang lebih mengetahui perihal anak anda. Better safe than sorry!
p/s: untuk artikel akan datang saya akan kongsikan pula perkembangan anak-anak pada setiap bulan untuk gross motor, fine motor, bahasa dan kemahiran sosial. Jangan ketinggalan!
disclaimer: artikel ini hanyalah sebagai garis panduan umum buat ibu bapa. Untuk maklumat lanjut dan info yang lebih tepat sila rujuk pada pakar kanak-kanak.
sumber rujukan: Baby development stages : the first year (WebMD)
artikel ini ditulis dan diterjemah oleh Shaznur An. Penulis berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Sains Malaysia.
No comments:
Post a Comment