Wednesday, April 15, 2015

Bermain - bukan hanya untuk anak kecil!




Apabila disebut perkataan bermain, barangkali yang sering terlintas di fikiran kita adalah imej anak-anak kecil, usia 3,4 tahun sedang seronok bersama permainan mereka. Jarang barangkali kita membayangkan anak-anak yang lebih besar, yang sudah di peringkat sekolah sedang bermain. Mungkin apabila disebut sahaja perkataan anak-anak sekolah yang terbayang adalah imej mereka sedang menghadap buku, belajar dengan tekun di dalam kelas. 

Ini tidak salah, tetapi saya harap kita tidak melupakan hakikat bahawa mereka masih lagi anak-anak yang juga perlu punya waktu untuk bermain. Malah mereka masih lagi mendapat manfaat melalui konsep 'bermain sambil belajar'. Free, unstructured playtime sebenarnya dapat mengimbangkan pembelajaran formal disekolah dan juga membantu anak-anak untuk melepaskan tekanan daripada rutin dan peraturan sekolah. 

Apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya sedang sibuk menyelesaikan masalah, berfikir, bereksperimentasi, mereka, membina dan juga belajar. Pendek kata, bermain penting untuk perkembangan kognitif anak-anak.


Antara bentuk permainan yang sesuai bagi kanak-kanak peringkat sekolah khususnya yang dapat meransang minda mereka adalah seperti:
- bermain puzzle
- bermain board games seperti monopoli, scrabbles
- belajar 'magic tricks'
- menyelesaikan teka silangkata dan word finders
- bermain 'building and construction games' (terdapat banyak construction games dan blocks yang sesuai dengan usia anak-anak sekolah)
- bermain card games
- melakukan aktiviti art dan craft
- beading and lacing
- bermain musical instruments


Aktiviti yang melibatkan fizikal juga baik untuk perkembangan mereka. Galakkan anak-anak untuk bermain diluar rumah dan meneroka alam sekitar. Bermain bola, berbasikal, bermain badminton antara aktiviti-aktiviti ringkas yang boleh dilakukan. Malah bermain bersama rakan-rakan dapat membantu perkembangan sosial dan melatih interaksi dan pergaulan mereka.

Selain itu, jangan lupa hadkan 'screentime' anak-anak. Ini termasuklah waktu menonton televisyen, bermain komputer, electronic games, handphone dan juga tablet. Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga sepatutnya menghadkan screentime mereka.. Luangkan masa bermain bersama anak-anak, bukan sahaja ketika anak-anak masih kecil malah anak-anak yang semakin membesar juga mungkin rindu untuk bermain dan bergurau senda dengan ibu bapa mereka. Wujudkan quality family time dan libatkan semua ahli keluarga. Kestabilan dan keharmonian dalam keluarga juga mempunyai pengaruh besar dalam proses pembelajaran dan perkembangan anak-anak. ^_^




p/s: Jom lawat page fb kami. Terima kasih ^_^ Shaznur Stationery & educational toys



Sunday, April 5, 2015

KENAPA ANAK-ANAK PERLUKAN MASA BERMAIN BERSENDIRIAN



Salam semua. Kali ni jom kita bercerita mengenai 'Independent play' pulak. Apa itu independent play dan apa manfaatnya terhadap anak-anak. Walaupun sebelum ni kita kerap ditekankan dengan kepentingan bermain bersama anak-anak, tahukah kita bahawa anak-anak juga perlukan waktu untuk bermain bersendirian. Malah sesi bermain secara solo ini sebenarnya turut mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jom kita tengok kenapa kanak-kanak adakalanya perlu dibiarkan bermain sendiri.

1) mengajar anak-anak berdikari
Bermain bersendirian memberi peluang untuk anak-anak  berdikari. Mereka perlu belajar untuk tidak bergantung pada orang lain untuk menghiburkan dan melayani mereka pada setiap masa.

2) membantu meluaskan imaginasi
Bermain bersendirian membuka ruang untuk anak-anak melebarkan sayap imaginasi mereka. Tiada orang lain yang akan menyekat atau mengkritik idea mereka dan mereka juga tidak perlu malu-malu untuk meluahkan kreativiti mereka!

3) membentuk kebebasan sosial (social independence)
Bermain bersendirian juga menjadikan anak-anak lebih yakin dengan diri sendiri dan mereka tidak perlukan orang lain untuk sentiasa menemani mereka. Bermain bersendirian tidak menjadikan anak-anak pemalu, sebaliknya ia membantu mereka untuk berasa selesa tidak kira dalam situasi apa sekalipun.

4) memberi ruang untuk ketenangan
Aktiviti diluar dan interaksi bersama kawan-kawan boleh meransang anak-anak. Bermain bersendirian boleh membawa mereka kembali ke dalam mood tenang.

5) mengajar anak-anak bagaimana menenangkan diri sendiri (soothe themselves)
Bermain bersendirian dapat mengajar anak-anak bagaimana untuk menenangkan diri dan mengawal emosi. Mereka belajar untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Anak-anak akan belajar untuk lebih memahami perasaan mereka sendiri dan mengawalnya dengan lebih baik.

6) menyediakan mereka untuk ke sekolah
Bagi anak-anak kecil, anda mungkin teman bermain mereka yang paling rapat. Walaubagaimana pun anda perlu memberi ruang untuk mereka bermain bersendirian. Lama kelamaan, mereka akan memahami bahawa anda tidak akan selalu ada disisi mereka. Apabila anda meninggalkan mereka pada hari pertama persekolahan, mereka tidak akan berasa terabai. Malah mereka sudahpun mempunyai keupayaan untuk mengawal emosi dan menenangkan diri mereka sendiri.

7) membuka banyak peluang untuk belajar (learning opportunities)
Bermain bersendirian memberi peluang untuk anak-anak meneroka mengikut rentak dan keselesaan mereka sendiri. Mereka belajar untuk fokus, bergantung pada diri sendiri, menyelesaikan masalah dan juga belajar dari kesilapan sendiri.

8) memberi ruang untuk ANDA bersendirian
Semua orang berhak mempunyai masa untuk diri sendiri, begitu juga anda. Mengajar anak-anak bermain bersendirian memberikan anda masa yang anda perlukan. Malah apabila anak-anak melihat anda seronok melakukan aktiviti yang anda sukai bersendirian, mereka akan belajar bahawa kita tidak memerlukan perhatian orang setiap masa untuk merasa gembira.

Apapun semasa sesi independent play ini jangan lupa pastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjaga ya. Wujudkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk mereka bermain. Happy playing ^_^



p/s: terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis. Jangan lupa support dan like page shaznur ya (shaznur stationery & educational toys)