Friday, March 6, 2015

Build, create & play :18 kelebihan construction play kepada anak-anak

Semasa saya kecil-kecil dahulu saya suka bina sesuatu tak kiralah guna plastic blocks macam lego tu ke, kotak, buku, ataupun benda-benda semulajadi seperti batu dan pasir. Bina bangunan, robot, keretapi dan macam-macam lagi. Orang putih panggil 'construction play'. Satu permainan yang mudah, no specific rule, no specific toys needed..yang penting guna imaginasi and be creative.

Walaupun dah besar tak jadi arkitek atau engineer, saya percaya permainan seperti ini sebenarnya banyak membantu sel-sel otak saya berkembang. Dan saya percaya ia juga dapat membantu anak-anak kita juga. Walaupun banyak permainan-permainan yang canggih dah dicipta, permainan yang melibatkan construction ini masih tetap popular dikalangan ibu bapa dan juga pendidik kan? Sebenarnya banyak nilai dan manfaat yang terkandung dalam permainan seperti ini. Antaranya

1) membina kekuatan otot jari dan tangan
2) melatih koordinasi mata dan tangan anak-anak
3) mengalakkan anak-anak menggunakan imaginasi dan menghasilkan idea-idea baru
4) meningkatkan kreativiti
5) mengalakkan anak-anak berkawan dan membina hubungan sosial dengan kanak-kanak lain
6) memberi peluang untuk anak-anak berinteraksi sesama mereka dengan berbincang, berkongsi dan menyelesaikan masalah bersama-sama
7) peluang untuk anak-anak meningkatkan kemahiran bahasa mereka melalui penerangan 'hasil kerja' mereka
8) belajar kemahiran matematik melalui aktiviti tambah, tolak, grouping, matching dan sequencing
9) belajar kemahiran yang melibatkan modular reasoning, perspektif, logarithm, algorithm dan creative reasoning
10) belajar mengenai sains dan fizik melalui aktiviti yang melibatkan graviti, berat, keseimbangan, dan kestabilan
11) belajar mengenai cause dan effect (sebab dan akibat)
12) meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
13) melatih kemahiran berfikir secara kritis
14) memupuk rasa percaya pada diri dan sense of achievement apabila berjaya melakukan sesuatu yang diingini
15) mengajar anak-anak bereksperimentasi melalui 'trial and error'
16) mengajar anak-anak meletakkan matlamat dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka
17) meningkatkan 'spatial-awareness' (visual-spatial skills, penting untuk persediaan anak-anak belajar membaca)
18) melatih anak-anak untuk fokus dan bersabar dalam menghasilkan binaan mereka

Banyak kan benefits yang boleh diperolehi melalui construction play ni. Tapi ada ibu bapa yang kurang suka dengan permainan ni sebab masalah utamanya ialah ia menyebabkan rumah bersepah! Yelah, kebanyakan permainan ni kecil-kecil, banyak pieces pulak tu..lagi-lagi macam lego atau blocks..Itu belum lagi bila anak-anak punggah segala jenis tupperware dan kotak-kotak yang ada kat rumah tu untuk create masterpiece mereka. Apapun pesan saya, rumah bersepah boleh kemas, tapi pengalaman yang anak-anak dapat tak boleh dijual beli. Let them play and enjoy their childhood (macam anak-anak dalam gambar dibawah ni) ^_^













p/s: Anda suka artikel ini? Jangan lupa like dan support page kami ya ^_^ ( shaznur stationery & educational toys) 


No comments:

Post a Comment