Thursday, September 1, 2016

Bila mak ayah bergaduh, apa terjadi pada anak-anak?


Allahyarham P.Ramlee ada kata...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah lah kan kalau suami isteri bergaduh, kalau kata tak pernah bergaduh langsung itu bohong. Mungkin dia kahwin dengan tiang lampu. Tapi kalau gaduh yang bercakaran macam harimau itu yang kita tak mahu. Hari-hari kerja dia asyik bergaduh aje..asal nampak muka bergaduh, asal ada salah sikit bergaduh. Baling-baling pinggan, hentak-hentak kaki..Suara tak payah cakaplah, orang kampung sebelah pun boleh dengar.

Masalahnya sekarang bukan setakat pada suami isteri..lebih malang lagi kalau ada anak-anak. Hari-hari tengok mak ayah bergaduh, bermasam muka..pernahkah kita terfikir kesannya pada anak-anak. Mungkin dihadapan anak-anak yang dah besar, yang dah mengerti..ibu bapa fikir dua tiga kali juga bila nak berperang. Tapi bagaimana pula dengan anak yang masih bayi..yang gigi pun belum tumbuh lagi, adakah bermakna kita boleh bercakaran sesuka hati?

Kalau anda jawab ya..anda silap besar. 
Alah..diorang kecil lagi, mana faham lagi..

Tahukah anda ada kajian yang mendapati bayi kurang dari 6 bulan sudah boleh mengesan ketegangan yang berlaku antara mak dan ayah? Ini boleh kita tengok pada perubahan fisiologi pada bayi tersebut -tekanan darah naik, kadar denyutan jantung naik, kadar hormon stress dalam tubuh mereka pun ikut sama naik, sama seperti yang berlaku pada orang dewasa apabila mereka stress. Bayi mungkin tidak faham apa yang mak ayah gaduhkan, tetapi mereka  tahu ada sesuatu yang tidak kena!

Bukan hanya perubahan fisiologi, kesan negatif juga boleh dilihat pada perubahan sikap anak kecil anda. Bayi yang dibesarkan dalam keadaan rumahtangga yang tidak harmoni selalunya kurang berkemampuan  untuk memberi tindak balas yang positif pada ransangan baru, lebih sukar untuk menenangkan diri sendiri dan juga untuk pulih dari tekanan. Pendek kata, anak-anak yang mak ayah mereka kaki gaduh ini mengalami masalah untuk mengawal emosi. Yang lebih mengejutkan, kadang-kadang kaki mereka juga mengalami masalah untuk membesar dengan sempurna kerana hormon stress dapat menganggu proses pembentukan tulang (bone mineralization)! Apabila anak-anak ini mencecah usia 4 tahun, tahap hormon stress mereka boleh mencapai 2 kali ganda berbanding dengan anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga yang aman bahagia.

Dan kalau itulah yang berlaku, sangatlah sedih. Sebab apa? Semua proses ini sebenarnya adalah reversible..seandainya ibu bapa mengambil langkah untuk bertindak matang dan berhenti bercakaran. 

Tetapi sebaliknya yang akan berlaku kalau peperangan antara mak ayah ini berpanjangan. Perang belum tamat katanya. Antara kesan yang boleh kita lihat:
- Anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda long-term stress pada tingkahlaku mereka. 
- Risiko untuk mereka mendapat anxiety disorder dan depression adalah lebih tinggi. 
- Lebih senang dijangkiti penyakit (stress dapat melemahkan sistem pertahanan badan) 
- Mereka lebih antagonis terhadap rakan-rakan sebaya
- Sukar untuk menumpukan perhatian
- Sukar untuk mengawal perasaan
- Boleh mengurangkan IQ. Anak-anak ini biasanya mempunyai IQ 8 points lebih rendah berbanding anak-anak lain dan kebiasaanya mempunyai tahap pencapaian akademik yang juga lebih rendah.

Tak sangka banyak kan kesan negatif? Perbalahan dalam rumahtangga sebenarnya boleh memberi effect yang mendalam terhadap anak-anak, apatah lagi yang melibatkan kepada perceraian. Seringkali anak-anak ini mengalami masalah di sekolah, terlibat dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Malah anak-anak yang ibu bapanya bercerai juga mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami kegagalan dalam rumahtangga mereka kelak...Parut yang ditinggalkan kadang-kadang lebih dalam dari apa yang kita dapat lihat. Adakah ini 'emotional damage' yang kita mahu beri pada zuriat yang kononnya lahir hasil dari pohon cinta kita?

Jadi mak dan ayah, sebelum buka mulut dan angkat senapang untuk berperang, fikir-fikirkanlah...



sumber rujukan: John Medina, Brain Rules For Baby


................................................................................................................................................

Anda suka artikel ini? Jangan lupa klik like pada page Shaznur ya. Terima kasih ^_^

Berminat nak dapatkan educational toys yang berkualiti pada harga yang rendah?
Whatsapp 010-9152658 atau lawat page fb Shaznur Stationery & Educational Toys sekarang.

No comments:

Post a Comment