Wednesday, August 31, 2016

4 RAHSIA HASILKAN ANAK BIJAK DARI DALAM KANDUNGAN


Siapa nak anak yang bijak dan pandai, sila angkat tangan!!! Seorang, dua, tiga..empatbelas...dua ratus lima puluh sembilan..empat ribu enam belas...ok..ok...rasanya semua orang dalam dunia ni nak anak-anak mereka bijak dan pandai, tak ada seorang pun yang terkecuali kan? Anda pasti nak anak anda menjadi yang nombor satu dalam semua bidang..paling kurang pun ranking sepuluh ke atas. SPM straight A's, masuk Universiti Harvard, dapat ijazah doktor falsafah. Fuhhh...tinggi harapan ibu dan ayah. Tapi tak ada yang salah pun nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak hairanlah kalau ada ibu bapa yang sejak anak dalam kandungan lagi dah train bayi mereka untuk menjadi genius. Maka macam-macam produk dan caralah yang mereka gunakan untuk memastikan anak-anak mereka lahir-lahir dah pandai membaca (ok..slightly exaggerate). 

Pernah lihat atau terbaca pasal muzik mozart..ala..yang pasang cd lagu mozart tiap hari bagi baby dalam kandungan dengar tu. Haaa..yang tulah. Itu antara method yang paling popular untuk menghasilkan anak-anak genius. Tetapi tahukah anda kebanyakan daripada method-method anak genius ini hanyalah mitos semata-mata, tidak ada (atau mungkin belum ada) kajian saintifik yang dapat membuktikan kebenarannya. Tapi jangan susah hati dulu, masih ada caranya bagaimana anda dapat membantu anak genius anda sejak dari kandungan lagi. Dan jangan terperanjat, cara ini sebenarnya sangat simple dan mudah, hampir semua orang dapat melakukannya. Tak perlu keluar belanja yang besar pun. Lebih penting lagi semua method ini disokong oleh bukti-bukti kajian saintifik. Semua yang bakal saya senaraikan ini anda boleh baca lebih lanjut dalam buku tulisan Dr John Medina, Brain Rules For Baby. 

Sebelum tu, pesanan khidmat masyarakat khas buat ibu-ibu mengandung dan wanita yang sedang merancang kehamilan, jangan lupa ambil vitamin b-complex folik asid. Ia sebenarnya adalah langkah pertama yang anda boleh buat untuk membantu perkembangan otak bayi genius anda. Kenapa ia penting? Folik asid membantu pembentukan neural tube. Apa benda alah pula neural tube? Dari neural tubelah nanti akan terbentuknya saraf tunjang dan juga otak bayi genius anda. Apa akan jadi kalau neural tube tidak dapat membentuk dengan sempurna? Yup, ia boleh membawa kepada keabnormalan pada saraf tunjang bayi anda, atau lebih dikenali sebagai spina bifida. Ataupun bayi boleh lahir tanpa otak yang sempurna, dikenali sebagai anencephaly. Sebab itulah pentingnya folik asik, ibu-ibu yang mengambil folik asid semasa proses conception (errmm..proses nak buat baby) dan juga beberapa minggu awal kehamilan adalah 76% kurang berkemungkinan untuk menghasilkan janin dengan neural tube defect berbanding dengan mereka yang tidak mengambil folik asid. Jadi, makanlah folik asid walau apa pun rasa dan bentuknya, demi kesejahteraan bayi genius anda. 


Baiklah, kembali kepada topik kita..bagaimana anda dapat membantu perkembangan otak bayi genius anda sejak dalam kandungan lagi..Sebenarnya ada empat cara mudah, cara yang sudahpun terbukti melalui kajian-kajian yang dijalankan. Anda dah bersedia? Sebelum tu, tolak ketepi dulu cd mozart anda tu (atau anda yang sedang berkira-kira nak pergi beli, mungkin tak payah dulu kot) Cara yang pertama... 

1. Pastikan anda tidak terlebih (atau terkurang) berat badan semasa mengandung 
Ya..anda sedang mengandung..anda makan untuk dua orang, tapi awas jangan terlebih makan ya.IQ bayi berkait rapat dengan volume otak bayi. Volume otak bayi pula berkait rapat dengan berat bayi semasa lahir. Ini bermakna lebih besar bayi, lebih bijak lah dia..sehinggalah pada satu tahap tertentu! Peningkatan ini mula perlahan apabila berat bayi mencecah 6.5 pounds, lebih kurang 2.9kg(hanya 1 IQ point berbeza bagi bayi berat 6.5 pound dan 7.5 pound). Apa yang anda makan menyumbang kepada berat bayi. Jadi ibu-ibu kenalah pastikan anda makan sekadar secukupnya dan peningkatan berat badan anda semasa mengandung adalah pada kadar yang normal. Jangan sampai overweight ataupun underweight ya. 



2.Perhatikan apa yang anda makan 
Semasa mengandung ni jugalah ibu-ibu mula mengidam nak makan yang macam-macam..daging untalah..telur raksasa lah...yang mengidam nak makan sabun dan aluminium foil pun ada..ishk ishk ishk..(mengidam yang jenis ni dipanggil PICA ya..mengidam nak makan benda yang bukan makanan). Bukanlah tak boleh layan lansung keinginan ibu mengandung ni (takut bayi keluar nanti air liur meleleh hehe) tapi pastikan ibu-ibu mendapat nutrient yang cukup ya. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang.Ingat, apa yang anda makan akan pergi kepada bayi anda. Kalau sampah yang anda makan, maka sampahlah juga yang bayi anda dapat (metafora je..ada ke yang makan sampah?ishk). Untuk pembesaran yang sihat, bayi anda memerlukan 45 jenis nutrients yang berbeza. Dan 38 daripadanya penting dalam pembentukan sistem saraf bayi genius anda! Jadi kalau nak bayi bijak, baja kenalah cukup. Jangan lupa juga folik asid dan omega-3!Makanlah banyak ikan..ingat kisah che det? 



3.Elakkan stress terlampau 
Kalau ibu stress adakah anak dalam perut boleh ikut rasa? Jawapannya ya dan ya. Maternal stress boleh mempengaruhi prenatal development. Ibu-ibu yang mengalami kemurungan yang teruk ataupun berpanjangan semasa mengandung kesannya boleh dilihat pada kelakuan bayi mereka kelak!
- ia boleh menyebabkan bayi anda menjadi lebih irritable dan lebih sukar untuk ditenangkan 
- boleh merendahkan IQ bayi.Pengurangan sebanyak 8 points biasa dilihat dalam pengukuran sesetengah mental dan motor inventories pada tahun pertama usia bayi. 
- boleh mempengaruhi perkembangan motor, daya tumpu dan kemampuan bayi untuk fokus. Perbezaan masih dapat dilihat walau pada usia 6 tahun 
- merosakkan sistem stress-response bayi 
- mengurangkan saiz otak bayi 

Stress tak baca? Janganlah stress sangat. Sebenarnya stress sikit-sikit itu takpe (mana ada hidup tak ada stress), ia baik untuk bayi anda. Stress kebiasaanya menyebabkan manusia bergerak, dan ini sebenarnya membantu memperkayakan persekitaran bayi. Rahim wanita memang sudah diciptakan sedia istimewa, ia cukup kuat untuk melindungi bayi, melainkan pada ancaman yang kuat dan berpanjangan (high level stress). Jadi bapa-bapa yang penyayang, bantulah isteri-isteri anda yang sedang hamil dengan kasih sayang dan sokongan padu agar dapat mengurangkan stress mereka. 



4. Bersenam 
Jangan ingat orang mengandung tak perlu bersenam ya. Bersenam dapat membantu anda bila nak melahirkan nanti. Umumnya semua tahu proses melahirkan adalah proses yang sangat sukar dan menyakitkan. Nak 'push' bayi keluar tu bukannya senang. Tapi ada kajian yang mengatakan wanita yang tak 'in shape'/ tak 'fit' mengambil masa 2 kali lebih lama untuk pergi ke fasa meneran berbanding ibu-ibu yang sihat dan kuat. Malah mereka juga biasanya merasai kurang kesakitan berbanding ibu-ibu yang malas bersenam ni. Bagaimana perkara ini dapat membantu bayi genius anda? Lebih pendek masa yang diperlukan untuk meneran bayi keluar, lebih kuranglah kemungkinan untuk bayi mendapat brain damage akibat kekurangan oksigen semasa lahir. Selain itu ibu yang sihat juga berkemungkinan untuk melahirkan anak yang lebih bijak berbanding ibu yang obese.Senaman (terutamanya aerobic exercise) mempunyai kesan langsung kepada perkembangan otak bayi.Sesetengah jenis senaman juga dapat bertindak sebagai pelindung daripada kesan negatif stress.

Tapi awas ya, jangan melakukan senaman yang melampau batas. Senaman yang anda lakukan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung dan juga pernafasan bayi dalam kandungan anda.Kata kuncinya adalah bersederhana dalam melakukan apa-apa aktiviti. Bincanglah dan dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang merawat anda sepanjang kehamilan, mereka pasti dapat memberikan panduan terbaik untuk anda. 



Inilah dia empat perkara yang anda boleh lakukan sepanjang kehamilan untuk membantu perkembangan otak bayi anda. Mudah kan tapi tak ramai yang ambil berat tentang perkara ini. Selalu fikir yang payah-payah, yang rumit-rumit sedangkan perkara asas terabai. Tak perlu dah buang duit dengan benda-benda yang belum terbukti kesahihannya. Memanglah tak salah mencuba (lebih-lebih lagi kalau anda mampu,ada duit juta-juta), semua orang nak yang terbaik untuk bayi mereka. Cuma pastikan anda dah cover bab-bab yang basic ni ya. Kalau ibu bapa bijak dalam membuat keputusan dan tindakan, barulah dapat lahirkan bayi yang bijak dan genius macam Enstein jugak kan. Kemanalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Untuk bacaan lanjut bolehlah baca buku John Medina, Brain Rules For Baby ya. Kalau malas tunggulah artikel seterusnya dari saya (itupun kalau saya tak ikut malas sama) 

Sekian, terima kasih. Kalau sudi silalah like page Shaznur Stationery & Educational Toys ya. Nantikan update-update terbaru dari saya. 

Yang benar, 
bukan Dr John Medina

..........................................................................................................................................................

Nak tahu kat mana nak dapat educational toys yang murah untuk anak-anak? Shaznur Stationery & Educational Toys ada macam-macam jenis dan pilihan untuk simanja anda. Lawat fb page kami sekarang atau whatsapp 0109152658 untuk sebarang pertanyaan


No comments:

Post a Comment