Mendidik anak-anak memang bukan kerja mudah. Tidak cukup sekadar memberi makan dan pakai, mak ayah juga perlu lengkapkan anak-anak untuk menghadapi cabaran dunia luar. Biar anak jadi insan yang hebat, berwibawa dan baik akhlaknya. Namun pasti ada cabaran apabila mendidik insan-insan kecil ini. Salah satunya tentang keyakinan diri. Nak didik anak-anak supaya membesar dengan keyakinan diri yang cukup pastinya bukan kerja mudah. Tetapi tidak juga ia sesuatu yang mustahil. Malah terdapat banyak tips-tips yang terdapat diluar sana yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Di sini saya kongsi dengan anda 9 rahsia bagaimana nak didik anak supaya mempunyai keyakinan diri. Jom kita baca..
1. Jangan puji anak sebarangan
Memang anak-anak perlu diberikan galakan, tak kiralah apa pun yang mereka lakukan. Baik ketika mereka belajar merangkak,
mengayuh basikal mahupun membaca.Tapi awas, jangan terlalu banyak melontarkan pujian terhadap anak-anak.Sikit-sikit
"Bagus!","Sayang memang pandai!","Bijaknya anak mak!" Lama-lama mereka pun jadi kalis terhadap pujian, sampai tak tahu nak
bezakan mana pencapaian mereka yang memang patut untuk diraikan. Anak-anak pun tahu ya kalau mak ayah puji
berlebih,"Memang lukisan Amin nilah yang tercantik sekali ayah pernah tengok". Puji anak biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Daripada puji hasil, tukar kepada
puji usaha!
2.Jangan selamatkan anak anda
Macam kejam sangat bunyinya tu kan. Manalah ada mak ayah yang sanggup tengok anak terluka, sedih, kecewa. Tapi ada
perkara-perkara yang anda tak perlu masuk campur. Biarkanlah anak-anak belajar dan alami sendiri. Kawan tak ajak mereka
bermain? Anak tak terpilih masuk dalam acara lari dalam guni? Tak perlu menghadap guru besar dan desak mereka pilih anak
kita.Anda sebenarnya tak membantu mereka pun. Kata Robert Brooks, penulis bersama buku Raising Resilient Children, kanak-
kanak perlu tahu yang tak mengapa kalau mereka gagal, bahawa perasaan sedih, cemas dan marah itu normal.Mereka belajar
untuk berjaya dengan menghadapi cabaran, bukannya dengan mengalihkan halangan itu bagi pihak mereka. Pendek kata, jangan
balut anak-anak dengan bubble wrap, berikan mereka peluang untuk mengambil risiko.
3. Biarkan anak-anak membuat keputusan
Latihlah anak-anak untuk belajar membuat keputusan sendiri sejak dari kecil. Beri peluang untuk mereka membuat pilihan
dalam perkara-perkara tertentu yang melibatkan mereka, contohnya baju apa nak pakai hari, sarapan pagi nak makan apa. Tapi
pilihan yang bagaimana? Kalau mak ayah beri sepenuh kuasa kepada anak-anak pun tak boleh juga, nanti haru biru jadinya.
Berilah dua atau tiga pilihan tertentu yang boleh anak pilih daripadanya. Contohnya jangan tanya terus "Adik nak makan apa
pagi ni?" tapi tanyalah "Pagi ni adik nak makan roti bakar atau nasi goreng?" Pada masa yang sama juga, pastikan anak-anak
tahu yang sesetengah perkara lain adalah tertakluk di bawah kuasa anda. Contohnya perlu atau tidak mereka ke sekolah hari
ini!
4. Fokus pada gelas separuh penuh
Kalau anak-anak jenis yang mudah berasa kecewa apabila gagal, bantulah mereka untuk jadi lebih optimistik. Tapi jangan
hanya sekadar ucap kata-kata indah " Dik, pandanglah ke sisi positif, jangan lemah." Sebaliknya galakkan anak-anak
berfikir mencari penyelesaian bagaimana caranya untuk memperbaiki keadaan dan mencapai impian mereka. Kalau mereka kecewa
kerana tidak terpilih memegang watak dalam pementasan drama sekolah, katakan kepada mereka, "Papa tahu Anis rasa sedih,
apa kata kita fikir macam mana caranya supaya peluang Anis untuk terpilih lain kali lebih tinggi."
5. Suburkan minat mereka
Cuba dedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis aktiviti berbeza. Apabila mereka dah ketemui apa yang mereka suka, galakkan
mereka. Kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda, tak kiralah apa pun, sama ada memasak,
bermain skateboard ataupun menari selalunya berasa bangga dengan kepakaran mereka dan mempunyai kemungkinan yang lebih
tinggi untuk berjaya dalam bidang-bidang yang lain. Hobi-hobi aneh juga dapat membantu anak-anak yang menghadapi kesukaran
untuk menyesuaikan diri di sekolah, malah anda boleh membantu anak-anak menggunakan minat mereka untuk berhubung dengan
kawan-kawan yang lain. Contohnya, jika anak anda minat melukis tetapi kebanyakkan kawan-kawannya minat bersukan, galakkan
anak anda untuk melukis sesuatu yang berkaitan dengan sukan dan tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain.
6. Latih anak menyelesaikan masalah
Menurut penulis buku Raising a Thinking Child, Dr.Myrna Shure "Kanak-kanak berasa yakin apabila mereka dapat berunding untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan." Kajian beliau mendapati kita sebenarnya boleh mendidik anak kecil untuk menyelesaikan sendiri masalah mereka. Caranya? Zip mulut anda. Sekiranya mereka datang mengadu kepada anda apa yang terjadi, jangan terlalu cepat memberikan mereka penyelesaian. Tanya mereka akan cara terbaik yang mereka rasa patut dibuat. Rangsang minda mereka untuk berfikir dengan bertanyakan soalan yang tepat
7. Cari jalan untuk membantu orang lain
"Apabila kanak-kanak berasa bahawa mereka menyumbang kepada perubahan, tak kiralah sama ada membahagi-bahagikan gelas di taman asuhan ataupun membawakan biskut ke rumah orang tua, mereka akan berasa lebih berkeyakinan," kata Dr.Brooks. Memang bagus kalau anak-anak diberikan tugas sendiri dirumah, tetapi lagi baik kalau anda meminta anak kecil untuk membantu dalam sesuatu projek."Umi memang perlukan bantuan kakak!" Mereka dapat melihat sendiri bahawa kerja orang dewasa memerlukan usaha, dan ini dapat membantu mereka agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri di masa depan kelak, kata Dr.Hirsh-Pasek
8. Beri peluang untuk anak-anak meluangkan masa dengan orang yang lebih dewasa
Kanak-kanak memang suka berkawan dengan rakan-rakan seusia mereka, tapi jangan lupa yang bergaul dengan orang yang lebih dewasa juga penting untuk mereka. Meluangkan masa disamping orang dewasa dapat meluaskan dunia anak-anak, mengalakkan mereka untuk berinteraksi dengan orang yang lebih besar (selain anda) dan memberikan mereka cara lain untuk berfikir.Kajian mendapati bahawa hubungan rapat anak kecil dengan orang-orang dewasa tertentu (seperti bapa saudara, guru, kawan ibu ayah) menjadikan anak-anak lebih berdaya tahan.
9.Berfantasi tentang masa depan
Jika anak-anak dapat membayangkan diri mereka melakukan sesuatu yang penting pada masa depan, ia dapat membantu menambah keyakinan mereka.Berceritalah dengan anak-anak tentang bagaimana anda, pasangan anda atau orang lain yang mereka kenal memilih karier. Mungkin anak anda bercita-cita ingin menjadi angkasawan ataupun pelakon terkenal, tak mengapa. Jangan perlecehkan impian mereka. Walaupun dia mungkin bertukar fikiran nanti, apa yang penting adalah dia berfikir tentang matlamatnya.
Itulah 9 tips dalam mendidik anak berkeyakinan tinggi. Diharapkan apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mak dan ayah dalam mendidik anak-anak. Ambillah apa yang sesuai dan tinggalkanlah apa yang dirasakan tak perlu. Semoga anak-anak mak ayah semua membesar menjadi insan yang punya keyakinan tinggi dan tak gentar dengan cabaran. :)
Sumber rujukan: parents.com
............................................................................................................................................................
Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Terdapat lebih daripada 50 permainan untuk anda pilih :)
No comments:
Post a Comment