Wednesday, September 14, 2016

BAGAIMANA CARA TINGKATKAN 'SELF-ESTEEM' ANAK-ANAK



Selamat datang semua ke blog Shaznur. Kalau dalam artikel yang lepas saya berkongsi mengenai keyakinan diri, kali ini saya mahu bercerita tentang self-esteem pula. Atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil harga diri.

Self-esteem ini terbentuk melalui pengalaman dan situasi-situasi yang telah kita lalui dan ia dapat mempengaruhi tindakan, pemikiran dan keyakinan diri seseorang. Individu yang memiliki self-esteem yang rendah selalu berasa inferior dan canggung.

Adalah penting bagi manusia untuk mempunyai harga diri yang positif. Mereka ini lebih cenderung untuk mencapai kejayaan. Jadi bagaimanakah kita sebagai ibu dan bapa dapat membantu anak-anak kita agar mereka nanti dapat membesar sebagai individu yang memiliki self-esteem yang tinggi? Tips-tips berikut mungkin dapat dijadikan panduan:


1. Berikan kasih sayang tanpa syarat
Terima anak anda seadanya dan sayangilah dia tanpa mengira apapun kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalulah memeluk dan mencium anak dan beritahu yang anda sayangkan dia. Apabila anak anda perlu dihukum, pastikan dia tahu itu adalah kerana perbuatannya bukan kerana siapa dirinya.

2. Berikan perhatian
Luangkan sedikit masa setiap hari khusus untuk anak-anak. Berinteraksilah dengan mereka tanpa sebarang gangguan lain khususnya alatan elektronik seperti tv dan handphone. Ia membuatkan mereka merasa bahawa diri mereka adalah penting dan  berharga. 

3. Ambil risiko
Galakkan anak-anak untuk meneroka perkara baru seperti mencuba makanan berbeza, mencari kawan baru atau belajar mengayuh basikal. Walaupun kemungkinan untuk gagal tetap ada, tanpa mengambil risiko, peluang untuk berjaya adalah sangat tipis. Jadi biarkan mereka bereksperiment tanpa campur tangan dari anda. Bina self esteem mereka dengan mengimbangkan perasaan anda untuk melindungi mereka dan kepentingan mereka untuk menguasai kemahiran baru.

4. Biarkan kesilapan terjadi
Membuat silap adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ia boleh menjadi pengajaran berharga untuk membina keyakinan anak-anak.  Apabila anak-anak berbuat kesilapan, ajar mereka untuk berfikir apa yang boleh mereka perbaiki supaya kesilapan yang sama tidak terjadi lagi. Dengan cara ini, self-esteem mereka tidak akan tergugat. Mereka juga dapat belajar menerima kesilapan dengan positif.

5. Raikan hal-hal positif
Semua orang suka apabila diberi galakan. Jadi pastikan anda berusaha untuk menyebut perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan pada setiap hari. Ia dapat membuatkan mereka sedar akan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.

6. Jadi pendengar yang baik
Apabila anak-anak cuba memberitahu anda sesuatu , berhenti dan dengarlah apa yang mereka katakan walau anda mungkin tidak mengerti sepenuhnya percakapan mereka. Mereka perlu tahu yang perasaan dan buah fikiran mereka adalah penting dan bermakna buat anda.

7. Jangan membanding-bandingkan
Jangan sekali-kali membandingkan anak anda dengan adik beradik mereka atau sesiapa sekalipun. . Biarkan anak tahu bahawa anda menghargai keunikan diri mereka. Ia akan membuatkan mereka juga menghargai diri sendiri.

8. Hulurkan empati
Jika anak anda berasa kecewa kerana dia tidak dapat melakukan sesuatu seperti rakan yang lain, tunjukkan empati anda. Beritahu anak anda bahawa dia masih mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Anak-anak perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. 

9. Berikan galakan
Setiap anak-anak perlukan dorongan dari orang yang mereka sayangi. Sesuatu yang memberitahu mereka ' Saya percayakan anda, saya melihat usaha anda. Teruskan' . Galakan bermakna anda memperakui setiap usaha mereka, bukannya hanya apabila mereka beroleh kejayaan. 

Dalam pada mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu berusaha untuk meningkatkan self-esteem mereka sendiri. Anak-anak merupakan pemerhati yang baik. Setiap tindakan anda dapat mempengaruhi mereka. Jadi berilah contoh yang terbaik untuk mereka. 

Saya harapkan perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa untuk share ya :)



...................................................................................................................................................................





Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Terdapat lebih daripada 50 permainan menarik untuk anda pilih :)


Friday, September 9, 2016

KONGSI IDEA: 10 CARA BELAJAR GUNA BLOCKS


Assalamualaikum sahabat semua,
Alhamdulillah bertemu lagi kita ya. Terima kasih kerana sudi melawat blog Shaznur. Kali ni Shaznur nak berkongsi dengan sahabat semua cara bagaimana permainan building blocks ni boleh diterapkan dalam sesi belajar bersama anak-anak. Rugi tau kalau tak baca :) :)

Pernah tak kadang-kadang tu kita beli permainan untuk anak kita, tapi tak tahu cara atau tak sedar pun sebenarnya permainan tu boleh jadi bahan penting dalam mengajar anak kita. Mesti ada kan? Ya lah, bukan selalu orang kongsi benda-benda macam ni kan? Lainlah kalau gosip artis hehe...
Tapi tak apalah kali ni biar Shaznur yang kongsi. Untuk posting kali ini kita bercerita pasal building blocks dulu ya, khususnya yang macam Shaznur punya ni. Yang ini adalah versi yang ada huruf.
Building blocks yang Shaznur guna

1) Free play
Walau macam manapun sekali pun, pastilah tak ada yang boleh menidakkan kepentingan free play. Biarkan anak-anak bermain dengan bebas dan meneroka sendiri permainan tersebut tanpa campur tangan mak ayah. Nanti kita boleh lihat sendiri kreativiti anak-anak kita

2)Kenal huruf
Sambil bermain blocks, sahabat-sahabat boleh sebutkan huruf yang terdapat pada blocks dan tunjukkan pada anak-anak. Lakukan secara santai ya, bukan dipaksa-paksa.

3) Susun huruf
Bila anak dah kenal huruf, boleh lah kita main susun huruf ikut turutan pula. Boleh mula dengan susunan A-Z, dan kemudian secara terbalik Z-A. Atau boleh juga bermain isi tempat kosong. Anda boleh susun huruf tersebut tapi tinggalkan beberapa tempat kosong untuk anak anda isi dengan block huruf yang betul.

4) Sorting dan grouping
Untuk grouping, boleh buat mengikut warna ataupun bentuk. Kumpulkan blocks yang sama warna/bentuk dalam satu kelompok. Untuk peringkat seterusnya boleh buat kumpulan mengikut bentuk + warna (contohnya kumpulkan blocks segiempat berwarna merah, segitiga berwarna kuning dan seterusnya)

5) Membina mengikut kategori
Ibu ayah boleh tetapkan kategori mudah seperti kenderaan atau bangunan dan anak-anak perlu membina sesuatu binaan mengikut kategori tersebut.

6) Membina mengikut warna
Yang ini pula anak-anak perlu membina binaan menggunakan blocks satu warna sahaja. Contohnya hanya menggunakan blocks berwarna biru.

7) Membina mengikut bentuk
Sama seperti di atas, cuma perlu tukar warna kepada bentuk. Contoh bina sesuatu dengan menggunakan blocks berbentuk silinder.

8) Bina menara tertinggi
Sahabat-sahabat juga boleh main game bina menara tertinggi dengan anak-anak. Siapa yang boleh bina menara tertinggi tanpa runtuh dia menang. Anda juga boleh jadikan permainan lebih mencabar dengan menggunakan limit masa atau bilangan blocks.

9) Tiru binaan
Suruh anak-anak membina sesuatu mengikut gambar ataupun binaan yang anda sendiri buat. Ini penting untuk observation skill mereka.

10) Kira blocks
Blocks juga boleh digunakan untuk ajar anak-anak asas matematik. Mengira, asas tambah dan tolak dan sebagainya.

Macam mana, banyak kan yang aktiviti yang boleh dibuat dengan hanya menggunakan blocks? Yang penting sahabat semua sedia luangkan masa untuk anak-anak. Sambil main santai-santai pun anak-anak boleh belajar. Selamat bermain ya :)

p/s: Kalau kawan-kawan tak nak ketinggalan posting baru dari Shaznur, boleh follow blog Shaznur ya atau add Shaznur di google+. Link ada di tepi sebelah sini -> (untuk yang guna pc)

.................................................................................................................................................................

Berminat nak dapatkan building blocks seperti dalam artikel ni? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Cepat sementara stock masih ada  :)


Wednesday, September 7, 2016

9 RAHSIA DIDIK ANAK BERKEYAKINAN TINGGI



Mendidik anak-anak memang bukan kerja mudah. Tidak cukup sekadar memberi makan dan pakai, mak ayah juga perlu lengkapkan anak-anak untuk menghadapi cabaran dunia luar. Biar anak jadi insan yang hebat, berwibawa dan baik akhlaknya. Namun pasti ada cabaran apabila mendidik insan-insan kecil ini. Salah satunya tentang keyakinan diri. Nak didik anak-anak supaya membesar dengan keyakinan diri yang cukup pastinya bukan kerja mudah. Tetapi tidak juga ia sesuatu yang mustahil. Malah terdapat banyak tips-tips yang terdapat diluar sana yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Di sini saya kongsi dengan anda 9 rahsia bagaimana nak didik anak supaya mempunyai keyakinan diri. Jom kita baca..


1. Jangan puji anak sebarangan 
Memang anak-anak perlu diberikan galakan, tak kiralah apa pun yang mereka lakukan. Baik ketika mereka belajar merangkak, mengayuh basikal mahupun membaca.Tapi awas, jangan terlalu banyak melontarkan pujian terhadap anak-anak.Sikit-sikit "Bagus!","Sayang memang pandai!","Bijaknya anak mak!" Lama-lama mereka pun jadi kalis terhadap pujian, sampai tak tahu nak bezakan mana pencapaian mereka yang memang patut untuk diraikan. Anak-anak pun tahu ya kalau mak ayah puji berlebih,"Memang lukisan Amin nilah yang tercantik sekali ayah pernah tengok".  Puji anak biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Daripada puji hasil, tukar kepada puji usaha! 

2.Jangan selamatkan anak anda 
Macam kejam sangat bunyinya tu kan. Manalah ada mak ayah yang sanggup tengok anak terluka, sedih, kecewa. Tapi ada perkara-perkara yang anda tak perlu masuk campur. Biarkanlah anak-anak belajar dan alami sendiri. Kawan tak ajak mereka bermain? Anak tak terpilih masuk dalam acara lari dalam guni? Tak perlu menghadap guru besar dan desak mereka pilih anak kita.Anda sebenarnya tak membantu mereka pun. Kata Robert Brooks, penulis bersama buku Raising Resilient Children, kanak- kanak perlu tahu yang tak mengapa kalau mereka gagal, bahawa perasaan sedih, cemas dan marah itu normal.Mereka belajar untuk berjaya dengan menghadapi cabaran, bukannya dengan mengalihkan halangan itu bagi pihak mereka. Pendek kata, jangan balut anak-anak dengan bubble wrap, berikan mereka peluang untuk mengambil risiko. 

3. Biarkan anak-anak membuat keputusan 
Latihlah anak-anak untuk belajar membuat keputusan sendiri sejak dari kecil. Beri peluang untuk mereka membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu yang melibatkan mereka, contohnya baju apa nak pakai hari, sarapan pagi nak makan apa. Tapi pilihan yang bagaimana? Kalau mak ayah beri sepenuh kuasa kepada anak-anak pun tak boleh juga, nanti haru biru jadinya. Berilah dua atau tiga pilihan tertentu yang boleh anak pilih daripadanya. Contohnya jangan tanya terus "Adik nak makan apa pagi ni?" tapi tanyalah "Pagi ni adik nak makan roti bakar atau nasi goreng?" Pada masa yang sama juga, pastikan anak-anak tahu yang sesetengah perkara lain adalah tertakluk di bawah kuasa anda. Contohnya perlu atau tidak mereka ke sekolah hari ini! 

4. Fokus pada gelas separuh penuh 
Kalau anak-anak jenis yang mudah berasa kecewa apabila gagal, bantulah mereka untuk jadi lebih optimistik. Tapi jangan hanya sekadar ucap kata-kata indah " Dik, pandanglah ke sisi positif, jangan lemah." Sebaliknya galakkan anak-anak berfikir mencari penyelesaian bagaimana caranya untuk memperbaiki keadaan dan mencapai impian mereka. Kalau mereka kecewa kerana tidak terpilih memegang watak dalam pementasan drama sekolah, katakan kepada mereka, "Papa tahu Anis rasa sedih, apa kata kita fikir macam mana caranya supaya peluang Anis untuk terpilih lain kali lebih tinggi." 

5. Suburkan minat mereka 
Cuba dedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis aktiviti berbeza. Apabila mereka dah ketemui apa yang mereka suka, galakkan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda, tak kiralah apa pun, sama ada memasak, bermain skateboard ataupun menari selalunya berasa bangga dengan kepakaran mereka dan mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk berjaya dalam bidang-bidang yang lain. Hobi-hobi aneh juga dapat membantu anak-anak yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah, malah anda boleh membantu anak-anak menggunakan minat mereka untuk berhubung dengan kawan-kawan yang lain. Contohnya, jika anak anda minat melukis tetapi kebanyakkan kawan-kawannya minat bersukan, galakkan anak anda untuk melukis sesuatu yang berkaitan dengan sukan dan tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain. 

6. Latih anak menyelesaikan masalah 
Menurut penulis buku Raising a Thinking Child, Dr.Myrna Shure "Kanak-kanak berasa yakin apabila mereka dapat berunding untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan." Kajian beliau mendapati kita sebenarnya boleh mendidik anak kecil untuk menyelesaikan sendiri masalah mereka. Caranya? Zip mulut anda. Sekiranya mereka datang mengadu kepada anda apa yang terjadi, jangan terlalu cepat memberikan mereka penyelesaian. Tanya mereka akan cara terbaik yang mereka rasa patut dibuat. Rangsang minda mereka untuk berfikir dengan bertanyakan soalan yang tepat 

7. Cari jalan untuk membantu orang lain 
"Apabila kanak-kanak berasa bahawa mereka menyumbang kepada perubahan, tak kiralah sama ada membahagi-bahagikan gelas di taman asuhan ataupun membawakan biskut ke rumah orang tua, mereka akan berasa lebih berkeyakinan," kata Dr.Brooks. Memang bagus kalau anak-anak diberikan tugas sendiri dirumah, tetapi lagi baik kalau anda meminta anak kecil untuk membantu dalam sesuatu projek."Umi memang perlukan bantuan kakak!" Mereka dapat melihat sendiri bahawa kerja orang dewasa memerlukan usaha, dan ini dapat membantu mereka agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri di masa depan kelak, kata Dr.Hirsh-Pasek 

8. Beri peluang untuk anak-anak meluangkan masa dengan orang yang lebih dewasa 
Kanak-kanak memang suka berkawan dengan rakan-rakan seusia mereka, tapi jangan lupa yang bergaul dengan orang yang lebih dewasa juga penting untuk mereka. Meluangkan masa disamping orang dewasa dapat meluaskan dunia anak-anak, mengalakkan mereka untuk berinteraksi dengan orang yang lebih besar (selain anda) dan memberikan mereka cara lain untuk berfikir.Kajian mendapati bahawa hubungan rapat anak kecil dengan orang-orang dewasa tertentu (seperti bapa saudara, guru, kawan ibu ayah) menjadikan anak-anak lebih berdaya tahan. 

 9.Berfantasi tentang masa depan 
Jika anak-anak dapat membayangkan diri mereka melakukan sesuatu yang penting pada masa depan, ia dapat membantu menambah keyakinan mereka.Berceritalah dengan anak-anak tentang bagaimana anda, pasangan anda atau orang lain yang mereka kenal memilih karier. Mungkin anak anda bercita-cita ingin menjadi angkasawan ataupun pelakon terkenal, tak mengapa. Jangan perlecehkan impian mereka. Walaupun dia mungkin bertukar fikiran nanti, apa yang penting adalah dia berfikir tentang matlamatnya. 

Itulah 9 tips dalam mendidik anak berkeyakinan tinggi. Diharapkan apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mak dan ayah dalam mendidik anak-anak. Ambillah apa yang sesuai dan tinggalkanlah apa yang dirasakan tak perlu. Semoga anak-anak mak ayah semua membesar menjadi insan yang punya keyakinan tinggi dan tak gentar dengan cabaran. :)

 Sumber rujukan: parents.com


............................................................................................................................................................

Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Terdapat lebih daripada 50 permainan untuk anda pilih :)


Tuesday, September 6, 2016

JUST PLAYING


JUST PLAYING by Anita Wadley
When I am building in the block room, please don't say I'm "just playing". For you see, I'm learning as I play, about balance and shapes. Who knows, I may be an architect someday.
When I'm getting all dressed up, setting the table, caring for the babies, don't get the idea I'm "just playing". For, you see, I'm learning as I play; I may be a mother or a father someday.
When you see me up to my elbows in paint or standing at an easel, or molding and shaping clay, please don't let me hear you say, "He is just playing". For, you see, I'm learning as I play. I'm expressing myself and being creative. I may be an artist or an inventor someday.
When you see me sitting in a chair "reading" to an imaginary audience, please don't laugh and think I'm "just playing". 
For, you see, I'm learning as I play. I may be a teacher someday.

When you see me combing the bushes for bugs, or packing my pockets with choice things I find, don't pass it off as "just play". For you see, I'm learning as I play. I may be a scientist someday.
When you see me engrossed in a puzzle or some "plaything" at my school, please don't feel the time is wasted in "play". 
For, you see, I'm learning as I play. I'm learning to solve problems and concentrate. I may be in business someday.

When you see me cooking or tasting foods, please don't think that because I enjoy it, it is "just play". I'm learning to follow direction and see differences. I may be a cook someday.
When you see me learning to skip, hop, run and move my body, please don't say I'm "just playing". For, you see, I'm learning as I play. I'm learning how my body works. I may be a doctor, nurse or athlete someday.
When you ask me what I've done at school today, and I say, "I just played", please don't misunderstand me. For you see, I'm learning as I play. I'm learning to enjoy and be successful in my work. I'm preparing for tomorrow.
Today, I am a child and my work is play.



.........................................................................................................................................................

Berminat nak dapatkan educational toys? Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 010 9152658. Terdapat lebih daripada 50 permainan untuk anda pilih :)


Monday, September 5, 2016

Miniature doll house - Orang besar pun nak main jugak! ;p

Ada siapa-siapa yang suka berkraftangan kat sini? Kalau ada jom cuba buat diy miniature doll house ni, nak tak? Untuk siapkan dollhouse ni boleh kata semua benda kita kena buat sendiri. Dari rangka rumah sampailah kepada menjahit bantal dan selimut. Agak mengambil masa tapi semua bahan disediakan, kita cuma perlu ikut step by step. Perlu kesabaran yang tinggi juga, sebab kebanyakan item yang kita kena buat kecil cinonet sahaja saiznya. Contohnya buku tu, adalah sebesar ibu jari saya. Kecil tapi comel.

Tapi yang bagusnya buat ni, bila dah siap kita akan rasa kepuasan yang tak terhingga. Rasa bangga pun ada..hehe. Saya memang tak pandai menjahit jadi kalau tengok belakang bantal tu memang tak sanggup nak tengoklah. Tapi takpe,  kita yang buat dia, belasah je sesuka hati kita. Ada juga satu dua item yang saya skip, tak buat. Contohnya selipar tu saya buat sepasang je. Ikut logik saya, buat apa nak ada dua pasang selipar, katil single je hahaa..

Miniature dollhouse kit ni sesuai jugak kalau untuk dijadikan hadiah, untuk kawan-kawan, atau untuk anak-anak yang remaja tu..Menghadap benda ni lebih baik daripada menghadap handphone 24 jam. At least try something differents. Kalau dah siap boleh dijadikan hiasan dalam bilik, mesti comel. 

Oklah, jom layan gambar hasil kerastangan saya ni

Rumah ni saiz dia comel je

Bantal yang senget-senget jahitannya

Kerusi masih ada kesan gam,,oppss

Rak gantung

Almari, meja solek semua buat sendiri tau

Jangan tak percaya, vase tu dari kertas je, comel kan?

Permandangan dari depan


View dari atas

Dari sebelah tepi

Sebelah tepi yang satu lagi

Dekat atap ada plastic clear. Rumah ni sepatutnya ada pintu kaca untuk cover bahagian depan tapi saya tak pasang sebab tak jumpa screw driver :)

Kapal, buku, kotak semua buat sendiri

Bedside table 

Magazine yang kecil cinonet
Comel kan? Saya suka sangat aktiviti macam ni. Siapa kata orang besar tak boleh bermain? Boleh je...lagipun aktiviti macam ni boleh bantu releasekan stress. InshaaAllah lepas ni nak cuba buat yang lain pulak..mungkin ruang tamu ataupun dapur..hehe..Kalau anda nak juga boleh la whatsapp 010-9152658, ada few designs yang anda boleh pilih :)


.......................................................................................................................................................


Tak tahu mana nak dapatkan educational toys terbaik untuk anak-anak? Jom whatsapp 010-9152658 atau lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys. Ada pelbagai pilihan yang tersedia untuk anda ^_^

Saturday, September 3, 2016

TIPS MEMILIH PERMAINAN TERBAIK UNTUK ANAK USIA 1-3 TAHUN

Seperti yang sudah sedia kita maklum, memang fitrah kanak-kanak belajar dengan cara bermain. Bermain membuka ruang untuk anak-anak kita berkembang dan berlatih kemahiran-kemahiran baru yang mereka dapat. Disebabkan itulah pentingnya kita memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak kita. Permainan yang bagus bukan sahaja dapat menghiburkan anak-anak tetapi juga mengoptimumkan proses pembelajaran mereka. Ia seharusnya membuka ruang untuk anak-anak berfikir, melatih kemahiran sedia ada serta dapat memberikan cabaran baru yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak.

Dengan lambakan permainan di pasaran, kadang-kala pening juga kita sebagai ibu bapa nak buat pilihan. Jadi bagaimanakah caranya kita dapat memilih permainan yang terbaik tanpa mengabaikan faktor-faktor keseronokan? Mungkin panduan dibawah sedikit sebanyak dapat membantu.

Panduan memilih permainan untuk anak-anak  (usia 1-3 tahun) 

1)Pilih permainan yang boleh dimainkan dengan pelbagai cara
Kanak-kanak pada usia sebegini kebiasaanya tinggi dengan daya imaginasi. Permainan yang lebih dikenali sebagai 'open ended toy' merupakan pilihan yang tepat untuk mereka. Ia tidak tertakluk kepada satu cara bermain sahaja seterusnya menggalakkan kreativiti anak-anak serta membantu melatih kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

contoh: blok kayu, interlocking block (seperti lego), nesting cups, kinetic sand, playdoh




2)Cari permainan yang boleh 'membesar' bersama anak-anak
Membesar disini bukan bermaksud dari segi saiz tapi pilihlah permainan yang boleh dimainkan walaupun pada tahap perkembangan yang berbeza. Walaupun usia anak meningkat tetapi permainan ini akan tetap relevan dan digemari oleh anak-anak. Contohnya model haiwan; anak yang lebih kecil mungkin seronok bermain dengan meniru bunyi binatang dan sebagainya tetapi apabila besar mereka boleh mengggunakannya untuk melakonkan watak dalam cerita rekaan mereka.

contoh: model binatang, anak patung, figura aksi, rumah anak patung, model kenderaan

cth: model kenderaan dan bangunan


3)Pilih permainan yang menggalakkan kemahiran berfikir dan meneroka
Bermain memberikan peluang untuk anak-anak berlatih kemahiran baru secara berulang-ulang. Permainan yang memerlukan anak-anak untuk berfikir dapat membantu dalam kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikir secara logik. Permainan sebegini juga dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran motor, eye-hand coordination serta spatial relations skill.

contoh: puzzle, shape-sorters, block, bead maze

cth shape sorter

cth puzzle

4)Cari permainan yang dapat meningkatkan daya imaginasi anak-anak
Pada usia tiga tahun, kebiasaannya daya imaginasi anak-anak amat tinggi. Pada usia beginilah mereka selalunya berupaya untuk meniru dan melakonkan pelbagai watak (seperti askar, doktor, polis dsb). Mereka juga selalu berpura-pura menggunakan sesuatu objek sebagai benda yang berbeza (contohnya blok sebagai makanan atau batang aiskrim sebagai pedang). Pilih permainan yang dapat anak-anak gunakan untuk berimaginasi. 

contoh: pakaian 'dress-up'. bloks, model makanan, permainan memasak, anak patung, model kenderaan

cth permainan memasak


5)Berikan peluang kepada anak-anak bermain dengan objek yang sebenar (ataupun permainan yang seakan-akan objek yang sebenar)
Anak-anak pada usia ini mula faham bagaimana objek disekeliling mereka berfungsi (seperti tv, remote control, suis lampu).Mereka juga suka meniru orang dewasa dan bermain dengan barang-barang kepunyaan ibu ayah seperti handphone dan alat bertukang. Permainan sebegini sebenarnya dapat membantu anak-anak dalam kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara logik, spatial relations dan juga kemahiran motor halus (penggunaan otot-otot kecil pada jari dan tangan)

contoh: peralatan memasak, telefon mainan, peralatan muzik, peralatan mencuci (penyapu, mop bersaiz kecil)


6)Jangan lupa permainan yang dapat membantu kemahiran literasi
Pada usia ini anak-anak boleh mula diperkenalkan dengan huruf dan nombor. Oleh kerana anak-anak belajar melalui pengulangan (repetition), pilihlah permainan yang dapat memperkenalkan anak-anak pada kemahiran awal membaca dan menulis.

contoh: buku, easel, crayon, pensil warna, huruf magnetik, puzzle huruf/nombor



7)Pilih permainan yang menggalakkan anak-anak bergerak aktif
Seiring perkembangan usia anak-anak juga akan belajar kemahiran baru yang melibatkan fizikal. Mereka mula belajar melompat, menendang bola, mengayuh basikal dan sebagainya. Pilihlah permainan yang dapat membantu anak-anak berlatih kemahiran baru mereka ini!

contoh: bola pelbagai saiz, basikal roda tiga, set bowling plastik, pull-toy, terowong plastik (tunnel), basketball hoop


8)Cari permainan yang dapat dimainkan pelbagai generasi
Anda juga boleh mula mencari permainan yang dapat dimainkan ibu bapa bersama anak-anak atau antara adik beradik berlainan usia. Apabila anak-anak mula mencecah usia tiga tahun, anda boleh memperkenalkan mereka pada 'board games' yang ringkas. Permainan seperti ini dapat menggalakkan kemahiran mengira, memadan (matching skill), melatih keupayaan memori serta kemahiran mendengar dan belajar mengikut arahan dan peraturan. Ia juga dapat membantu membina hubungan dan mengajar anak-anak untuk menerima kemenangan atau kekalahan secara positif

contoh: fishing game, memory game

Itulah antara tips-tips yang boleh diguna pakai dalam memilih permainan terbaik untuk anak-anak. Tak kiralah apa pun yang anda pilih, yang penting jangan lupa luangkan masa anda untuk bermain bersama mereka. Percayalah tak ada suatu pun permainan di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan diri anda sendiri ^_^

Semoga bermanfaat. 


..........................................................................................................................................................

Jika anda berminat nak dapatkan educational toys, boleh lawat page Shaznur Stationery & Educational Toys ataupun whatsapp 010-9152658. Bermacam pilihan yang menarik tersedia untuk anda.





Thursday, September 1, 2016

Bila mak ayah bergaduh, apa terjadi pada anak-anak?


Allahyarham P.Ramlee ada kata...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah lah kan kalau suami isteri bergaduh, kalau kata tak pernah bergaduh langsung itu bohong. Mungkin dia kahwin dengan tiang lampu. Tapi kalau gaduh yang bercakaran macam harimau itu yang kita tak mahu. Hari-hari kerja dia asyik bergaduh aje..asal nampak muka bergaduh, asal ada salah sikit bergaduh. Baling-baling pinggan, hentak-hentak kaki..Suara tak payah cakaplah, orang kampung sebelah pun boleh dengar.

Masalahnya sekarang bukan setakat pada suami isteri..lebih malang lagi kalau ada anak-anak. Hari-hari tengok mak ayah bergaduh, bermasam muka..pernahkah kita terfikir kesannya pada anak-anak. Mungkin dihadapan anak-anak yang dah besar, yang dah mengerti..ibu bapa fikir dua tiga kali juga bila nak berperang. Tapi bagaimana pula dengan anak yang masih bayi..yang gigi pun belum tumbuh lagi, adakah bermakna kita boleh bercakaran sesuka hati?

Kalau anda jawab ya..anda silap besar. 
Alah..diorang kecil lagi, mana faham lagi..

Tahukah anda ada kajian yang mendapati bayi kurang dari 6 bulan sudah boleh mengesan ketegangan yang berlaku antara mak dan ayah? Ini boleh kita tengok pada perubahan fisiologi pada bayi tersebut -tekanan darah naik, kadar denyutan jantung naik, kadar hormon stress dalam tubuh mereka pun ikut sama naik, sama seperti yang berlaku pada orang dewasa apabila mereka stress. Bayi mungkin tidak faham apa yang mak ayah gaduhkan, tetapi mereka  tahu ada sesuatu yang tidak kena!

Bukan hanya perubahan fisiologi, kesan negatif juga boleh dilihat pada perubahan sikap anak kecil anda. Bayi yang dibesarkan dalam keadaan rumahtangga yang tidak harmoni selalunya kurang berkemampuan  untuk memberi tindak balas yang positif pada ransangan baru, lebih sukar untuk menenangkan diri sendiri dan juga untuk pulih dari tekanan. Pendek kata, anak-anak yang mak ayah mereka kaki gaduh ini mengalami masalah untuk mengawal emosi. Yang lebih mengejutkan, kadang-kadang kaki mereka juga mengalami masalah untuk membesar dengan sempurna kerana hormon stress dapat menganggu proses pembentukan tulang (bone mineralization)! Apabila anak-anak ini mencecah usia 4 tahun, tahap hormon stress mereka boleh mencapai 2 kali ganda berbanding dengan anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga yang aman bahagia.

Dan kalau itulah yang berlaku, sangatlah sedih. Sebab apa? Semua proses ini sebenarnya adalah reversible..seandainya ibu bapa mengambil langkah untuk bertindak matang dan berhenti bercakaran. 

Tetapi sebaliknya yang akan berlaku kalau peperangan antara mak ayah ini berpanjangan. Perang belum tamat katanya. Antara kesan yang boleh kita lihat:
- Anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda long-term stress pada tingkahlaku mereka. 
- Risiko untuk mereka mendapat anxiety disorder dan depression adalah lebih tinggi. 
- Lebih senang dijangkiti penyakit (stress dapat melemahkan sistem pertahanan badan) 
- Mereka lebih antagonis terhadap rakan-rakan sebaya
- Sukar untuk menumpukan perhatian
- Sukar untuk mengawal perasaan
- Boleh mengurangkan IQ. Anak-anak ini biasanya mempunyai IQ 8 points lebih rendah berbanding anak-anak lain dan kebiasaanya mempunyai tahap pencapaian akademik yang juga lebih rendah.

Tak sangka banyak kan kesan negatif? Perbalahan dalam rumahtangga sebenarnya boleh memberi effect yang mendalam terhadap anak-anak, apatah lagi yang melibatkan kepada perceraian. Seringkali anak-anak ini mengalami masalah di sekolah, terlibat dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Malah anak-anak yang ibu bapanya bercerai juga mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami kegagalan dalam rumahtangga mereka kelak...Parut yang ditinggalkan kadang-kadang lebih dalam dari apa yang kita dapat lihat. Adakah ini 'emotional damage' yang kita mahu beri pada zuriat yang kononnya lahir hasil dari pohon cinta kita?

Jadi mak dan ayah, sebelum buka mulut dan angkat senapang untuk berperang, fikir-fikirkanlah...



sumber rujukan: John Medina, Brain Rules For Baby


................................................................................................................................................

Anda suka artikel ini? Jangan lupa klik like pada page Shaznur ya. Terima kasih ^_^

Berminat nak dapatkan educational toys yang berkualiti pada harga yang rendah?
Whatsapp 010-9152658 atau lawat page fb Shaznur Stationery & Educational Toys sekarang.