Saturday, September 3, 2016

TIPS MEMILIH PERMAINAN TERBAIK UNTUK ANAK USIA 1-3 TAHUN

Seperti yang sudah sedia kita maklum, memang fitrah kanak-kanak belajar dengan cara bermain. Bermain membuka ruang untuk anak-anak kita berkembang dan berlatih kemahiran-kemahiran baru yang mereka dapat. Disebabkan itulah pentingnya kita memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak kita. Permainan yang bagus bukan sahaja dapat menghiburkan anak-anak tetapi juga mengoptimumkan proses pembelajaran mereka. Ia seharusnya membuka ruang untuk anak-anak berfikir, melatih kemahiran sedia ada serta dapat memberikan cabaran baru yang sesuai mengikut tahap usia anak-anak.

Dengan lambakan permainan di pasaran, kadang-kala pening juga kita sebagai ibu bapa nak buat pilihan. Jadi bagaimanakah caranya kita dapat memilih permainan yang terbaik tanpa mengabaikan faktor-faktor keseronokan? Mungkin panduan dibawah sedikit sebanyak dapat membantu.

Panduan memilih permainan untuk anak-anak  (usia 1-3 tahun) 

1)Pilih permainan yang boleh dimainkan dengan pelbagai cara
Kanak-kanak pada usia sebegini kebiasaanya tinggi dengan daya imaginasi. Permainan yang lebih dikenali sebagai 'open ended toy' merupakan pilihan yang tepat untuk mereka. Ia tidak tertakluk kepada satu cara bermain sahaja seterusnya menggalakkan kreativiti anak-anak serta membantu melatih kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

contoh: blok kayu, interlocking block (seperti lego), nesting cups, kinetic sand, playdoh




2)Cari permainan yang boleh 'membesar' bersama anak-anak
Membesar disini bukan bermaksud dari segi saiz tapi pilihlah permainan yang boleh dimainkan walaupun pada tahap perkembangan yang berbeza. Walaupun usia anak meningkat tetapi permainan ini akan tetap relevan dan digemari oleh anak-anak. Contohnya model haiwan; anak yang lebih kecil mungkin seronok bermain dengan meniru bunyi binatang dan sebagainya tetapi apabila besar mereka boleh mengggunakannya untuk melakonkan watak dalam cerita rekaan mereka.

contoh: model binatang, anak patung, figura aksi, rumah anak patung, model kenderaan

cth: model kenderaan dan bangunan


3)Pilih permainan yang menggalakkan kemahiran berfikir dan meneroka
Bermain memberikan peluang untuk anak-anak berlatih kemahiran baru secara berulang-ulang. Permainan yang memerlukan anak-anak untuk berfikir dapat membantu dalam kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikir secara logik. Permainan sebegini juga dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran motor, eye-hand coordination serta spatial relations skill.

contoh: puzzle, shape-sorters, block, bead maze

cth shape sorter

cth puzzle

4)Cari permainan yang dapat meningkatkan daya imaginasi anak-anak
Pada usia tiga tahun, kebiasaannya daya imaginasi anak-anak amat tinggi. Pada usia beginilah mereka selalunya berupaya untuk meniru dan melakonkan pelbagai watak (seperti askar, doktor, polis dsb). Mereka juga selalu berpura-pura menggunakan sesuatu objek sebagai benda yang berbeza (contohnya blok sebagai makanan atau batang aiskrim sebagai pedang). Pilih permainan yang dapat anak-anak gunakan untuk berimaginasi. 

contoh: pakaian 'dress-up'. bloks, model makanan, permainan memasak, anak patung, model kenderaan

cth permainan memasak


5)Berikan peluang kepada anak-anak bermain dengan objek yang sebenar (ataupun permainan yang seakan-akan objek yang sebenar)
Anak-anak pada usia ini mula faham bagaimana objek disekeliling mereka berfungsi (seperti tv, remote control, suis lampu).Mereka juga suka meniru orang dewasa dan bermain dengan barang-barang kepunyaan ibu ayah seperti handphone dan alat bertukang. Permainan sebegini sebenarnya dapat membantu anak-anak dalam kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara logik, spatial relations dan juga kemahiran motor halus (penggunaan otot-otot kecil pada jari dan tangan)

contoh: peralatan memasak, telefon mainan, peralatan muzik, peralatan mencuci (penyapu, mop bersaiz kecil)


6)Jangan lupa permainan yang dapat membantu kemahiran literasi
Pada usia ini anak-anak boleh mula diperkenalkan dengan huruf dan nombor. Oleh kerana anak-anak belajar melalui pengulangan (repetition), pilihlah permainan yang dapat memperkenalkan anak-anak pada kemahiran awal membaca dan menulis.

contoh: buku, easel, crayon, pensil warna, huruf magnetik, puzzle huruf/nombor



7)Pilih permainan yang menggalakkan anak-anak bergerak aktif
Seiring perkembangan usia anak-anak juga akan belajar kemahiran baru yang melibatkan fizikal. Mereka mula belajar melompat, menendang bola, mengayuh basikal dan sebagainya. Pilihlah permainan yang dapat membantu anak-anak berlatih kemahiran baru mereka ini!

contoh: bola pelbagai saiz, basikal roda tiga, set bowling plastik, pull-toy, terowong plastik (tunnel), basketball hoop


8)Cari permainan yang dapat dimainkan pelbagai generasi
Anda juga boleh mula mencari permainan yang dapat dimainkan ibu bapa bersama anak-anak atau antara adik beradik berlainan usia. Apabila anak-anak mula mencecah usia tiga tahun, anda boleh memperkenalkan mereka pada 'board games' yang ringkas. Permainan seperti ini dapat menggalakkan kemahiran mengira, memadan (matching skill), melatih keupayaan memori serta kemahiran mendengar dan belajar mengikut arahan dan peraturan. Ia juga dapat membantu membina hubungan dan mengajar anak-anak untuk menerima kemenangan atau kekalahan secara positif

contoh: fishing game, memory game

Itulah antara tips-tips yang boleh diguna pakai dalam memilih permainan terbaik untuk anak-anak. Tak kiralah apa pun yang anda pilih, yang penting jangan lupa luangkan masa anda untuk bermain bersama mereka. Percayalah tak ada suatu pun permainan di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan diri anda sendiri ^_^

Semoga bermanfaat. 


..........................................................................................................................................................

Jika anda berminat nak dapatkan educational toys, boleh lawat page Shaznur Stationery & Educational Toys ataupun whatsapp 010-9152658. Bermacam pilihan yang menarik tersedia untuk anda.





Thursday, September 1, 2016

Bila mak ayah bergaduh, apa terjadi pada anak-anak?


Allahyarham P.Ramlee ada kata...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah lah kan kalau suami isteri bergaduh, kalau kata tak pernah bergaduh langsung itu bohong. Mungkin dia kahwin dengan tiang lampu. Tapi kalau gaduh yang bercakaran macam harimau itu yang kita tak mahu. Hari-hari kerja dia asyik bergaduh aje..asal nampak muka bergaduh, asal ada salah sikit bergaduh. Baling-baling pinggan, hentak-hentak kaki..Suara tak payah cakaplah, orang kampung sebelah pun boleh dengar.

Masalahnya sekarang bukan setakat pada suami isteri..lebih malang lagi kalau ada anak-anak. Hari-hari tengok mak ayah bergaduh, bermasam muka..pernahkah kita terfikir kesannya pada anak-anak. Mungkin dihadapan anak-anak yang dah besar, yang dah mengerti..ibu bapa fikir dua tiga kali juga bila nak berperang. Tapi bagaimana pula dengan anak yang masih bayi..yang gigi pun belum tumbuh lagi, adakah bermakna kita boleh bercakaran sesuka hati?

Kalau anda jawab ya..anda silap besar. 
Alah..diorang kecil lagi, mana faham lagi..

Tahukah anda ada kajian yang mendapati bayi kurang dari 6 bulan sudah boleh mengesan ketegangan yang berlaku antara mak dan ayah? Ini boleh kita tengok pada perubahan fisiologi pada bayi tersebut -tekanan darah naik, kadar denyutan jantung naik, kadar hormon stress dalam tubuh mereka pun ikut sama naik, sama seperti yang berlaku pada orang dewasa apabila mereka stress. Bayi mungkin tidak faham apa yang mak ayah gaduhkan, tetapi mereka  tahu ada sesuatu yang tidak kena!

Bukan hanya perubahan fisiologi, kesan negatif juga boleh dilihat pada perubahan sikap anak kecil anda. Bayi yang dibesarkan dalam keadaan rumahtangga yang tidak harmoni selalunya kurang berkemampuan  untuk memberi tindak balas yang positif pada ransangan baru, lebih sukar untuk menenangkan diri sendiri dan juga untuk pulih dari tekanan. Pendek kata, anak-anak yang mak ayah mereka kaki gaduh ini mengalami masalah untuk mengawal emosi. Yang lebih mengejutkan, kadang-kadang kaki mereka juga mengalami masalah untuk membesar dengan sempurna kerana hormon stress dapat menganggu proses pembentukan tulang (bone mineralization)! Apabila anak-anak ini mencecah usia 4 tahun, tahap hormon stress mereka boleh mencapai 2 kali ganda berbanding dengan anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga yang aman bahagia.

Dan kalau itulah yang berlaku, sangatlah sedih. Sebab apa? Semua proses ini sebenarnya adalah reversible..seandainya ibu bapa mengambil langkah untuk bertindak matang dan berhenti bercakaran. 

Tetapi sebaliknya yang akan berlaku kalau peperangan antara mak ayah ini berpanjangan. Perang belum tamat katanya. Antara kesan yang boleh kita lihat:
- Anak-anak akan menunjukkan tanda-tanda long-term stress pada tingkahlaku mereka. 
- Risiko untuk mereka mendapat anxiety disorder dan depression adalah lebih tinggi. 
- Lebih senang dijangkiti penyakit (stress dapat melemahkan sistem pertahanan badan) 
- Mereka lebih antagonis terhadap rakan-rakan sebaya
- Sukar untuk menumpukan perhatian
- Sukar untuk mengawal perasaan
- Boleh mengurangkan IQ. Anak-anak ini biasanya mempunyai IQ 8 points lebih rendah berbanding anak-anak lain dan kebiasaanya mempunyai tahap pencapaian akademik yang juga lebih rendah.

Tak sangka banyak kan kesan negatif? Perbalahan dalam rumahtangga sebenarnya boleh memberi effect yang mendalam terhadap anak-anak, apatah lagi yang melibatkan kepada perceraian. Seringkali anak-anak ini mengalami masalah di sekolah, terlibat dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Malah anak-anak yang ibu bapanya bercerai juga mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami kegagalan dalam rumahtangga mereka kelak...Parut yang ditinggalkan kadang-kadang lebih dalam dari apa yang kita dapat lihat. Adakah ini 'emotional damage' yang kita mahu beri pada zuriat yang kononnya lahir hasil dari pohon cinta kita?

Jadi mak dan ayah, sebelum buka mulut dan angkat senapang untuk berperang, fikir-fikirkanlah...



sumber rujukan: John Medina, Brain Rules For Baby


................................................................................................................................................

Anda suka artikel ini? Jangan lupa klik like pada page Shaznur ya. Terima kasih ^_^

Berminat nak dapatkan educational toys yang berkualiti pada harga yang rendah?
Whatsapp 010-9152658 atau lawat page fb Shaznur Stationery & Educational Toys sekarang.

Wednesday, August 31, 2016

4 RAHSIA HASILKAN ANAK BIJAK DARI DALAM KANDUNGAN


Siapa nak anak yang bijak dan pandai, sila angkat tangan!!! Seorang, dua, tiga..empatbelas...dua ratus lima puluh sembilan..empat ribu enam belas...ok..ok...rasanya semua orang dalam dunia ni nak anak-anak mereka bijak dan pandai, tak ada seorang pun yang terkecuali kan? Anda pasti nak anak anda menjadi yang nombor satu dalam semua bidang..paling kurang pun ranking sepuluh ke atas. SPM straight A's, masuk Universiti Harvard, dapat ijazah doktor falsafah. Fuhhh...tinggi harapan ibu dan ayah. Tapi tak ada yang salah pun nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak hairanlah kalau ada ibu bapa yang sejak anak dalam kandungan lagi dah train bayi mereka untuk menjadi genius. Maka macam-macam produk dan caralah yang mereka gunakan untuk memastikan anak-anak mereka lahir-lahir dah pandai membaca (ok..slightly exaggerate). 

Pernah lihat atau terbaca pasal muzik mozart..ala..yang pasang cd lagu mozart tiap hari bagi baby dalam kandungan dengar tu. Haaa..yang tulah. Itu antara method yang paling popular untuk menghasilkan anak-anak genius. Tetapi tahukah anda kebanyakan daripada method-method anak genius ini hanyalah mitos semata-mata, tidak ada (atau mungkin belum ada) kajian saintifik yang dapat membuktikan kebenarannya. Tapi jangan susah hati dulu, masih ada caranya bagaimana anda dapat membantu anak genius anda sejak dari kandungan lagi. Dan jangan terperanjat, cara ini sebenarnya sangat simple dan mudah, hampir semua orang dapat melakukannya. Tak perlu keluar belanja yang besar pun. Lebih penting lagi semua method ini disokong oleh bukti-bukti kajian saintifik. Semua yang bakal saya senaraikan ini anda boleh baca lebih lanjut dalam buku tulisan Dr John Medina, Brain Rules For Baby. 

Sebelum tu, pesanan khidmat masyarakat khas buat ibu-ibu mengandung dan wanita yang sedang merancang kehamilan, jangan lupa ambil vitamin b-complex folik asid. Ia sebenarnya adalah langkah pertama yang anda boleh buat untuk membantu perkembangan otak bayi genius anda. Kenapa ia penting? Folik asid membantu pembentukan neural tube. Apa benda alah pula neural tube? Dari neural tubelah nanti akan terbentuknya saraf tunjang dan juga otak bayi genius anda. Apa akan jadi kalau neural tube tidak dapat membentuk dengan sempurna? Yup, ia boleh membawa kepada keabnormalan pada saraf tunjang bayi anda, atau lebih dikenali sebagai spina bifida. Ataupun bayi boleh lahir tanpa otak yang sempurna, dikenali sebagai anencephaly. Sebab itulah pentingnya folik asik, ibu-ibu yang mengambil folik asid semasa proses conception (errmm..proses nak buat baby) dan juga beberapa minggu awal kehamilan adalah 76% kurang berkemungkinan untuk menghasilkan janin dengan neural tube defect berbanding dengan mereka yang tidak mengambil folik asid. Jadi, makanlah folik asid walau apa pun rasa dan bentuknya, demi kesejahteraan bayi genius anda. 


Baiklah, kembali kepada topik kita..bagaimana anda dapat membantu perkembangan otak bayi genius anda sejak dalam kandungan lagi..Sebenarnya ada empat cara mudah, cara yang sudahpun terbukti melalui kajian-kajian yang dijalankan. Anda dah bersedia? Sebelum tu, tolak ketepi dulu cd mozart anda tu (atau anda yang sedang berkira-kira nak pergi beli, mungkin tak payah dulu kot) Cara yang pertama... 

1. Pastikan anda tidak terlebih (atau terkurang) berat badan semasa mengandung 
Ya..anda sedang mengandung..anda makan untuk dua orang, tapi awas jangan terlebih makan ya.IQ bayi berkait rapat dengan volume otak bayi. Volume otak bayi pula berkait rapat dengan berat bayi semasa lahir. Ini bermakna lebih besar bayi, lebih bijak lah dia..sehinggalah pada satu tahap tertentu! Peningkatan ini mula perlahan apabila berat bayi mencecah 6.5 pounds, lebih kurang 2.9kg(hanya 1 IQ point berbeza bagi bayi berat 6.5 pound dan 7.5 pound). Apa yang anda makan menyumbang kepada berat bayi. Jadi ibu-ibu kenalah pastikan anda makan sekadar secukupnya dan peningkatan berat badan anda semasa mengandung adalah pada kadar yang normal. Jangan sampai overweight ataupun underweight ya. 



2.Perhatikan apa yang anda makan 
Semasa mengandung ni jugalah ibu-ibu mula mengidam nak makan yang macam-macam..daging untalah..telur raksasa lah...yang mengidam nak makan sabun dan aluminium foil pun ada..ishk ishk ishk..(mengidam yang jenis ni dipanggil PICA ya..mengidam nak makan benda yang bukan makanan). Bukanlah tak boleh layan lansung keinginan ibu mengandung ni (takut bayi keluar nanti air liur meleleh hehe) tapi pastikan ibu-ibu mendapat nutrient yang cukup ya. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang.Ingat, apa yang anda makan akan pergi kepada bayi anda. Kalau sampah yang anda makan, maka sampahlah juga yang bayi anda dapat (metafora je..ada ke yang makan sampah?ishk). Untuk pembesaran yang sihat, bayi anda memerlukan 45 jenis nutrients yang berbeza. Dan 38 daripadanya penting dalam pembentukan sistem saraf bayi genius anda! Jadi kalau nak bayi bijak, baja kenalah cukup. Jangan lupa juga folik asid dan omega-3!Makanlah banyak ikan..ingat kisah che det? 



3.Elakkan stress terlampau 
Kalau ibu stress adakah anak dalam perut boleh ikut rasa? Jawapannya ya dan ya. Maternal stress boleh mempengaruhi prenatal development. Ibu-ibu yang mengalami kemurungan yang teruk ataupun berpanjangan semasa mengandung kesannya boleh dilihat pada kelakuan bayi mereka kelak!
- ia boleh menyebabkan bayi anda menjadi lebih irritable dan lebih sukar untuk ditenangkan 
- boleh merendahkan IQ bayi.Pengurangan sebanyak 8 points biasa dilihat dalam pengukuran sesetengah mental dan motor inventories pada tahun pertama usia bayi. 
- boleh mempengaruhi perkembangan motor, daya tumpu dan kemampuan bayi untuk fokus. Perbezaan masih dapat dilihat walau pada usia 6 tahun 
- merosakkan sistem stress-response bayi 
- mengurangkan saiz otak bayi 

Stress tak baca? Janganlah stress sangat. Sebenarnya stress sikit-sikit itu takpe (mana ada hidup tak ada stress), ia baik untuk bayi anda. Stress kebiasaanya menyebabkan manusia bergerak, dan ini sebenarnya membantu memperkayakan persekitaran bayi. Rahim wanita memang sudah diciptakan sedia istimewa, ia cukup kuat untuk melindungi bayi, melainkan pada ancaman yang kuat dan berpanjangan (high level stress). Jadi bapa-bapa yang penyayang, bantulah isteri-isteri anda yang sedang hamil dengan kasih sayang dan sokongan padu agar dapat mengurangkan stress mereka. 



4. Bersenam 
Jangan ingat orang mengandung tak perlu bersenam ya. Bersenam dapat membantu anda bila nak melahirkan nanti. Umumnya semua tahu proses melahirkan adalah proses yang sangat sukar dan menyakitkan. Nak 'push' bayi keluar tu bukannya senang. Tapi ada kajian yang mengatakan wanita yang tak 'in shape'/ tak 'fit' mengambil masa 2 kali lebih lama untuk pergi ke fasa meneran berbanding ibu-ibu yang sihat dan kuat. Malah mereka juga biasanya merasai kurang kesakitan berbanding ibu-ibu yang malas bersenam ni. Bagaimana perkara ini dapat membantu bayi genius anda? Lebih pendek masa yang diperlukan untuk meneran bayi keluar, lebih kuranglah kemungkinan untuk bayi mendapat brain damage akibat kekurangan oksigen semasa lahir. Selain itu ibu yang sihat juga berkemungkinan untuk melahirkan anak yang lebih bijak berbanding ibu yang obese.Senaman (terutamanya aerobic exercise) mempunyai kesan langsung kepada perkembangan otak bayi.Sesetengah jenis senaman juga dapat bertindak sebagai pelindung daripada kesan negatif stress.

Tapi awas ya, jangan melakukan senaman yang melampau batas. Senaman yang anda lakukan dapat mempengaruhi kadar denyutan jantung dan juga pernafasan bayi dalam kandungan anda.Kata kuncinya adalah bersederhana dalam melakukan apa-apa aktiviti. Bincanglah dan dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang merawat anda sepanjang kehamilan, mereka pasti dapat memberikan panduan terbaik untuk anda. 



Inilah dia empat perkara yang anda boleh lakukan sepanjang kehamilan untuk membantu perkembangan otak bayi anda. Mudah kan tapi tak ramai yang ambil berat tentang perkara ini. Selalu fikir yang payah-payah, yang rumit-rumit sedangkan perkara asas terabai. Tak perlu dah buang duit dengan benda-benda yang belum terbukti kesahihannya. Memanglah tak salah mencuba (lebih-lebih lagi kalau anda mampu,ada duit juta-juta), semua orang nak yang terbaik untuk bayi mereka. Cuma pastikan anda dah cover bab-bab yang basic ni ya. Kalau ibu bapa bijak dalam membuat keputusan dan tindakan, barulah dapat lahirkan bayi yang bijak dan genius macam Enstein jugak kan. Kemanalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Untuk bacaan lanjut bolehlah baca buku John Medina, Brain Rules For Baby ya. Kalau malas tunggulah artikel seterusnya dari saya (itupun kalau saya tak ikut malas sama) 

Sekian, terima kasih. Kalau sudi silalah like page Shaznur Stationery & Educational Toys ya. Nantikan update-update terbaru dari saya. 

Yang benar, 
bukan Dr John Medina

..........................................................................................................................................................

Nak tahu kat mana nak dapat educational toys yang murah untuk anak-anak? Shaznur Stationery & Educational Toys ada macam-macam jenis dan pilihan untuk simanja anda. Lawat fb page kami sekarang atau whatsapp 0109152658 untuk sebarang pertanyaan


Saturday, May 23, 2015

7 kelebihan bermain card games untuk anak-anak (dan juga seisi keluarga)



Salam semua..hari ni nak cerita pasal card games. Ala..macam uno, old maid, snap tu. Seingat saya masa kecil-kecil saya selalu main old maid dengan kakak-kakak saya. Mungkin ada yang punya pengalaman sama, atau mungkin sekarang suka main card games dengan anak-anak? Ha..kalau nak tahu permainan kad ni bukan hiburan semata-mata ya. Bukan sekadar mengisi masa lapang. Sebenarnya kad games mempunyai banyak kebaikan dari segi sosial mahupun developmental anak-anak, lebih-lebih lagi kalau dimainkan seisi keluarga.

1) Bermain kad games membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Apabila tangan kecil mereka memegang kad, ia sebenarnya satu latihan untuk mereka. Malah bermain kad juga dapat membantu dari segi eye hand coordination

2) Card games selalunya melibatkan lebih dari seorang pemain. Ini memberi peluang untuk anak-anak meningkatkan interaksi sosial mereka. Kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli keluarga lain dalam intimate setting.

3) Ibu bapa boleh memilih kad games yang berlainan untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran mereka. Uno contohnya membantu anak-anak belajar mengenai nombor dan warna. Terdapat pelbagai lagi pilihan kad games di pasaran yang baik untuk memori, kemahiran berfikir, perkembangan bahasa, konsep matematik dan juga pattern recognition.

4) Card games juga membantu anak-anak untuk belajar menyusun strategi, dan juga kemahiran lain seperti statistic dan probality dalam usaha untuk memenangi permainan tersebut.

5) Bermain kad games bersama-sama ahli keluarga atau pun kawan-kawan juga boleh mengajar anak-anak untuk bersabar, belajar mengikut peraturan dan mendengar arahan, mengambil giliran, menerima kekalahan dengan positif, dan good sportmanship.

6) Anak-anak juga dapat belajar untuk fokus dan lebih peka terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka.

7) Last but no least, bermain kad games bersama-sama anak-anak merupakan salah satu peluang untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan. Ia merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak.Anak-anak pasti gembira apabila ibu bapa dapat meluangkan masa bermain dengan mereka.


Card games sebenarnya merupakan antara pilihan yang baik untuk aktiviti keluarga. Ia tidak memerlukan tenaga yang banyak (ibu bapa mungkin letih setelah seharian bekerja di pejabat untuk melakukan aktiviti fizikal yang lain). Tidak perlukan tempat yang khusus (dalam rumah, luar rumah, taman, tepi pantai, sambil berkelah..dimana-mana pun boleh main card games). Harganya pun tersangatlah murah dan tidak membebankan ibu bapa (di kedai RM2 pun boleh dapat hehe)

Jadi kalau masih terfikir-fikir aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu, why not just grab a pack of card. And enjoyyy ^_^




p/s: Mencari educational toys yang terbaik untuk anak-anak? Jom like page shaznur stationery & educational toys ^_^



Friday, May 15, 2015

Tips menghilangkan rasa bosan - by one year old ;p


Hrrmm..I'm bored..Let's find something to do

How about this bottle? Can I play with this?

Of course I can. Lets just open this..

Iyaahh..I'm so strongg

Opps.. I drop the bottle hehe..

There you are again, don't try to run away Mr bottle!

Maybe you should wear your cap back on

or maybe I'll just shake you..Shake..shake..shake to death (LOL just kidding :P)

Now I'm happy again ^_^

Ok tak tau sejak bila Taufik pandai bercakap bahasa Inggeris ni .. Maybe patut replace dengan loghat kelantan hehe.. Apapun kadang-kadang seronok tengok anak-anak kecil meneroka alam sekeliling mereka. How they are trying to figure out things..Bagi kita mungkin ia cuma botol kosong, tapi pada pandangan anak kecil ia mungkin sesuatu yang asing, sesuatu yang baru, sesuatu yang menakjubkan. If we take that bottle away from them that means we also take away the learning opportunity (but of course we should always be careful in case of possible danger such as chooking hazard etc)

Lets say yes to play, play and lotsss of play! ^_^



p/s: bermain dengan botol (dan penutupnya) sebenarnya merupakan satu latihan yang bagus untuk kemahiran motor halus dan eye hand coordination

p/s lagi: nak beli some fun educational toys so that your kids did not end up playing with empty bottle all day long? Jom jenguk-jenguk fb shaznur stationery & educational toys..tq ^_^









Wednesday, April 15, 2015

Bermain - bukan hanya untuk anak kecil!




Apabila disebut perkataan bermain, barangkali yang sering terlintas di fikiran kita adalah imej anak-anak kecil, usia 3,4 tahun sedang seronok bersama permainan mereka. Jarang barangkali kita membayangkan anak-anak yang lebih besar, yang sudah di peringkat sekolah sedang bermain. Mungkin apabila disebut sahaja perkataan anak-anak sekolah yang terbayang adalah imej mereka sedang menghadap buku, belajar dengan tekun di dalam kelas. 

Ini tidak salah, tetapi saya harap kita tidak melupakan hakikat bahawa mereka masih lagi anak-anak yang juga perlu punya waktu untuk bermain. Malah mereka masih lagi mendapat manfaat melalui konsep 'bermain sambil belajar'. Free, unstructured playtime sebenarnya dapat mengimbangkan pembelajaran formal disekolah dan juga membantu anak-anak untuk melepaskan tekanan daripada rutin dan peraturan sekolah. 

Apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya sedang sibuk menyelesaikan masalah, berfikir, bereksperimentasi, mereka, membina dan juga belajar. Pendek kata, bermain penting untuk perkembangan kognitif anak-anak.


Antara bentuk permainan yang sesuai bagi kanak-kanak peringkat sekolah khususnya yang dapat meransang minda mereka adalah seperti:
- bermain puzzle
- bermain board games seperti monopoli, scrabbles
- belajar 'magic tricks'
- menyelesaikan teka silangkata dan word finders
- bermain 'building and construction games' (terdapat banyak construction games dan blocks yang sesuai dengan usia anak-anak sekolah)
- bermain card games
- melakukan aktiviti art dan craft
- beading and lacing
- bermain musical instruments


Aktiviti yang melibatkan fizikal juga baik untuk perkembangan mereka. Galakkan anak-anak untuk bermain diluar rumah dan meneroka alam sekitar. Bermain bola, berbasikal, bermain badminton antara aktiviti-aktiviti ringkas yang boleh dilakukan. Malah bermain bersama rakan-rakan dapat membantu perkembangan sosial dan melatih interaksi dan pergaulan mereka.

Selain itu, jangan lupa hadkan 'screentime' anak-anak. Ini termasuklah waktu menonton televisyen, bermain komputer, electronic games, handphone dan juga tablet. Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga sepatutnya menghadkan screentime mereka.. Luangkan masa bermain bersama anak-anak, bukan sahaja ketika anak-anak masih kecil malah anak-anak yang semakin membesar juga mungkin rindu untuk bermain dan bergurau senda dengan ibu bapa mereka. Wujudkan quality family time dan libatkan semua ahli keluarga. Kestabilan dan keharmonian dalam keluarga juga mempunyai pengaruh besar dalam proses pembelajaran dan perkembangan anak-anak. ^_^




p/s: Jom lawat page fb kami. Terima kasih ^_^ Shaznur Stationery & educational toys



Sunday, April 5, 2015

KENAPA ANAK-ANAK PERLUKAN MASA BERMAIN BERSENDIRIAN



Salam semua. Kali ni jom kita bercerita mengenai 'Independent play' pulak. Apa itu independent play dan apa manfaatnya terhadap anak-anak. Walaupun sebelum ni kita kerap ditekankan dengan kepentingan bermain bersama anak-anak, tahukah kita bahawa anak-anak juga perlukan waktu untuk bermain bersendirian. Malah sesi bermain secara solo ini sebenarnya turut mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jom kita tengok kenapa kanak-kanak adakalanya perlu dibiarkan bermain sendiri.

1) mengajar anak-anak berdikari
Bermain bersendirian memberi peluang untuk anak-anak  berdikari. Mereka perlu belajar untuk tidak bergantung pada orang lain untuk menghiburkan dan melayani mereka pada setiap masa.

2) membantu meluaskan imaginasi
Bermain bersendirian membuka ruang untuk anak-anak melebarkan sayap imaginasi mereka. Tiada orang lain yang akan menyekat atau mengkritik idea mereka dan mereka juga tidak perlu malu-malu untuk meluahkan kreativiti mereka!

3) membentuk kebebasan sosial (social independence)
Bermain bersendirian juga menjadikan anak-anak lebih yakin dengan diri sendiri dan mereka tidak perlukan orang lain untuk sentiasa menemani mereka. Bermain bersendirian tidak menjadikan anak-anak pemalu, sebaliknya ia membantu mereka untuk berasa selesa tidak kira dalam situasi apa sekalipun.

4) memberi ruang untuk ketenangan
Aktiviti diluar dan interaksi bersama kawan-kawan boleh meransang anak-anak. Bermain bersendirian boleh membawa mereka kembali ke dalam mood tenang.

5) mengajar anak-anak bagaimana menenangkan diri sendiri (soothe themselves)
Bermain bersendirian dapat mengajar anak-anak bagaimana untuk menenangkan diri dan mengawal emosi. Mereka belajar untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Anak-anak akan belajar untuk lebih memahami perasaan mereka sendiri dan mengawalnya dengan lebih baik.

6) menyediakan mereka untuk ke sekolah
Bagi anak-anak kecil, anda mungkin teman bermain mereka yang paling rapat. Walaubagaimana pun anda perlu memberi ruang untuk mereka bermain bersendirian. Lama kelamaan, mereka akan memahami bahawa anda tidak akan selalu ada disisi mereka. Apabila anda meninggalkan mereka pada hari pertama persekolahan, mereka tidak akan berasa terabai. Malah mereka sudahpun mempunyai keupayaan untuk mengawal emosi dan menenangkan diri mereka sendiri.

7) membuka banyak peluang untuk belajar (learning opportunities)
Bermain bersendirian memberi peluang untuk anak-anak meneroka mengikut rentak dan keselesaan mereka sendiri. Mereka belajar untuk fokus, bergantung pada diri sendiri, menyelesaikan masalah dan juga belajar dari kesilapan sendiri.

8) memberi ruang untuk ANDA bersendirian
Semua orang berhak mempunyai masa untuk diri sendiri, begitu juga anda. Mengajar anak-anak bermain bersendirian memberikan anda masa yang anda perlukan. Malah apabila anak-anak melihat anda seronok melakukan aktiviti yang anda sukai bersendirian, mereka akan belajar bahawa kita tidak memerlukan perhatian orang setiap masa untuk merasa gembira.

Apapun semasa sesi independent play ini jangan lupa pastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjaga ya. Wujudkan persekitaran yang selamat dan selesa untuk mereka bermain. Happy playing ^_^



p/s: terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis. Jangan lupa support dan like page shaznur ya (shaznur stationery & educational toys)