Salam semua. Apa khabar semua ibu bapa yang cemerlang lagi gemilang? ^_^
Harap-harap tak ada yang sakit-sakit kepala memikirkan bulan empat yang bakal menjelang tiba..Faham-faham sajalah kan. GST bakal dilaksanakan. Kebanyakan barang pun bakal naik harga (ada yang dah naik pun..ehh tapi SHAZNUR tak naik harga tau, maintain je harga lama. Don't worry hehe)
Walaubagaimana pun kita fahamlah kan kalau-kalau ibu bapa lebih berjimat cermat sekarang ni. Kenalah utamakan yang lebih perlu kan, yang tak berapa penting sangat mungkin boleh tolak tepi dulu. Tapi jangan sampai ketepikan pendidikan anak-anak ya. Itu termasuk perkara-perkara penting tau.
Takpe kalau terpaksa kurangkan bajet alat permainan anak-anak. Tak bermakna keseronokan anak-anak diabaikan. Cuma ibu bapa kena lebih kreatif lagi. Cuba tengok sekeliling, mesti ada banyak barangan rumah atau permainan lama anak-anak yang boleh diguna pakai. Cuma perlu UPGRADE sikit je ...tak percaya, jom tengok contoh yang saya nak kongsi kali ni..
PUZZLE MATCH!!!
Apa yang kita perlukan hanyalah JIGSAW PUZZLE (berapa pieces pun tak kisah, asalkan sesuai dengan peringkat usia anak-anak) dan juga MARKER/PEN.
Rasanya mesti ada kan jigsaw puzzle ni kat rumah. Kalau nak beli baru kat kedai pun harganya taklah mahal.
Dah ada dua bahan ni, bolehlah kita buat PUZZLE MATCH kita. Tema ikut suka. Bergantung pada kemahiran yang mahu diajar pada anak-anak. Tahap kesukaran pun boleh diubah-ubah.
Kalau tak nampak lagi, meh tengok contoh yang saya dah buat ni..
yang ni malay-english matching puzzle
small letter - big letter
number word
present tense - past tense
Ok..itu antara contoh-contoh yang kita boleh buat. Kalau nak buat versi arab, mandarin, japanese pun boleh ..verbs, grammar, nouns, semua pun boleh. Tak ada masalah.
Macam mana? Mudah sangat kan. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat anak-anak belajar, masih menggunakan konsep play and learn. Yang penting jimat kos, anak seronok, mak ayah pun seronok. Selamat mencuba ^_^
p/s: Terima kasih sudi membaca artikel ni. Kalau suka boleh share...moga-moga ramai yang mendapat manfaatnya. Dan jangan lupa support & LIKE our fb page (shaznur stationery & educational toys) juga ya. ^_^
No comments:
Post a Comment