Monday, March 9, 2015

8 CHARACTERISTIC OF PLAY YANG IBU BAPA PERLU TAHU



Salam semua. Kali ni jom kita belajar tentang characteristic of play. Nampak tak betapa seriusnya aktiviti bermain ni..walaupun nama dia bermain, tapi dia bukan main-main ya. Nanti dalam play session dengan anak-anak, mungkin boleh tengok balik ada atau tidak ciri-ciri ni. Kalau tak ada mungkin apa yang selama ni kita consider as 'play' is not really a play  

Characteristic of play

1) AKTIF
Apabila bermain, kanak-kanak bukan sahaja aktif menggunakan anggota badan mereka tetapi juga minda. Mereka berinteraksi dengan persekitaran, dengan objek dan material, dan juga dengan orang lain

2) MENCABAR DAN BERISIKO
Bermain membantu kanak-kanak untuk meneroka perkara-perkara baru. Dengan mewujudkan 'pretend element' kita dapat menggalakkan anak-anak untuk mengambil risiko tetapi pada masa yang sama masih mengutamakan keselamatan mereka

3) KOMUNIKATIF
Kanak-kanak berkongsi pengetahuan mereka melalui bermain. Komunikasi semasa bermain boleh berlaku dalam bentuk verbal, non-verbal, simple ataupun kompleks.

4) MENYERONOKKAN
Ini wajib ada, kalau tak seronok bukanlah bermain namanya tu. 

5) KETERLIBATAN/INVOLVED
Kanak-kanak akan tenggelam dalam dunia mereka dan fokus sewaktu bermain. Mereka memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang sedang mereka lakukan.

6) BERMAKNA/MEANINGFUL
Apabila kanak-kanak bermain, ia sebenarnya tentang apa yang mereka pernah lihat atau dengar dan apa yang mereka tahu. Bermain membantu mereka untuk membina dan menambahkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran melalui cara yang masuk akal kepada mereka.

7) SOSIAL DAN INTERAKTIF
Kanak-kanak gemar bermain dengan rakan sebaya atau orang lain. Walaubagaimanapun. kadang-kadang mereka juga suka dan perlu untuk bermain bersendirian

8) SIMBOLIK
Sewaktu bermain, kanak-kanak gemar berimaginasi dan 'berlakon'. Dengan cara ini mereka dapat mencuba idea, perasaan dan juga peranan yang berbeza. Mereka melakonkan kembali apa yang telah berlaku dan cuba membayangkan apa bakal terjadi.

9) THERAPEUTIC
Bermain membantu kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan work through their emotions and experiences

10) VOLUNTARY/ SUKARELA
Tak ada paksaan dalam bermain. Kanak-kanak memilih untuk bermain dan ia adalah spontan. Mereka membentuk permainan mereka as they go; mengubah karakter, acara, objek dan juga lokasi.


Macam mana, ada tak ciri-ciri ni dalam play session anak-anak? Kita boleh menyediakan peralatan/permainan dan environment yang kita rasakan sesuai dan baik untuk anak-anak tetapi kita tak boleh sekali-kali 'memaksa' mereka untuk bermain. Maybe next time kita boleh bercerita mengenai invitation to play pulak. Baiklah, selamat bermain semua ^_^ 



p/s: terima kasih sudi membaca artikel ni. Jangan lupa support dan like our page ya (shaznur stationery & educational toys



No comments:

Post a Comment