Tuesday, September 23, 2014

10 cara mudah meransang minda bayi!




Kali ini saya nak kongsi 10 cara bagaimana nak meransang otak bayi dan inshaaAllah akan menjadikan bayi anda lebih bijak. Cara ini amat simple dan boleh dilakukan sejak bayi berumur satu hari lagi. Jom kita cuba!

1) Make eye contact
Apabila bayi anda membuka mata, walaupun hanya untuk seketika, ambillah peluang itu untuk memandang tepat ke mata mereka. Bayi sebenarnya berkebolehan untuk mengenal wajah seawal yang mungkin. Setiap kali dia merenung muka anda, dia sedang membina memorinya!

2) Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi seawal usia 2 hari mampu untuk meniru reaksi wajah yang simple - ia adalah petunjuk awal kepada kebolehan menyelesaikan masalah!

3) Memandang cermin
Biarkan bayi anda merenung imejnya sendiri pada cermin. Pada mulanya dia mungkin menyangkakan itu adalah orang lain, tetapi dia tetap gembira untuk membuatkan 'kawan'nya itu senyum dan melambaikan tangan.

4) Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar pada jarak 8-12 inci daripada wajah bayi anda. Gambar-gambar tersebut haruslah gambar yang serupa tetapi mempunyai satu perbezaan kecil (contohnya gambar rumah, satu mempunyai pokok ditepinya dan satu lagi tidak). Walaupun bayi anda masih kecil, dia tetap akan melihat dari satu gambar ke satu gambar dan cuba mencari perbezaanya! Ini akan menyiapkan bayi anda untuk belajar mengenal huruf  (letter recognition) dan membaca nanti.

5)Bercakap dengan mereka. 
Mungkin pada mulanya mereka cuma akan merenung anda kehairan. Tapi jangan lupa untuk sesekali berhenti dan beri peluang pada mereka pula untuk bercakap.Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengikuti rentak perbualan dan mula memberikan respons.

6)Bercakap bahasa bayi
Bayi sangat suka apabila anda bercakap bahasa bayi dengan nada yang tinggi kepada mereka!

7)Menyanyi kepada bayi anda
Ada kajian menunjukkan mendengar rentak muzik ada kaitan dengan belajar matematik!

8) Berikan isyarat kepada mereka
Apabila anda mahu melakukan sesuatu, beritahu mereka dulu walaupun anda mungkin merasakan mereka tidak faham.
Contohnya sebelum menutup lampu anda beritahu mereka dulu 'sekarang mama mahu tutup lampu!'. Ini dapat mengajar anak anda tentang kesan dan akibat (cause and effect)

9) Geletek kakinya
Atau geletek sahaja dimana-mana. Ketawa adalah permulaan kepada pembentukan 'sense of humour'. Bermain permainan seperti 'Mana anak mama?' dan kemudian anda mengeleteknya akan mengajar anak anda untuk menjangka apa yang akan terjadi (anticipate event)

10) Buat muka lucu
Kembungkan pipi anda dan apabila anak anda menyentuh hidung anda, buat bunyi 'pooff!!' Biarkan dia menarik telinga anda, dan kemudian keluarkan lidah anda. Buat bunyi aneh apabila dia menyentuh kepala anda! Ulang rutin yang sama 3 hingga 4 kali dan selepas itu tukarkannya untuk membuatkan dia terus meneka.

Ini hanyalah sepuluh cara yang mudah untuk meransang bayi anda. InshaaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan 10 lagi cara lain. Semoga bermanfaat ! :)



2 comments: