Saturday, September 20, 2014

10 aktiviti yang boleh dilakukan dengan blok ABC!




Saya percaya ibu bapa cukup familiar dengan mainan blok ABC ni kan. Mungkin juga pernah main masa kecil-kecil dulu? Atau pun mungkin juga pernah terlihat di mana-mana. Blok ABC ni merupakan salah satu permainan yang telah berpuluh tahun dicipta tapi sehingga sekarang masih juga menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Soalannya, kenapa? Kalau kita lihat, blok ABC ni cukup simple. Cuma kiub-kiub kayu dengan tulisan ABC, 123 dan imej-imej ringkas hitam putih. Bagi kita orang dewasa, entah dimana menariknya permainan ini. Apa yang anak kita boleh buat dengannya? Entah-entah baru lima minit  bermain anak dah pun bosan.

Ha...jangan mudah buat kesimpulan awal ya. Kadang-kadang yang simple itu lebih baik. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab melalui permainan yang simple inilah kita boleh meningkatkan daya berfikir dengan kreatif. Bukan anak-anak sahaja ya, ibu bapa pun harus kreatif dalam mendidik anak-anak. 

Contohnya, kali ini saya mahu kongsikan apa aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dengan anak-anak menggunakan blok ABC ini. Yang saya senaraikan ini cuma beberapa, mungkin banyak lagi yang tidak saya senaraikan. Baiklah...jom kita tengok..

1) menyusun blok/ membina menara
Perhatikan berapa tinggi menara yang anak anda boleh bina. Ianya merupakan salah satu cara bagaimana kita boleh menilai tahap perkembangan visual motor anak-anak dan 'problem solving skill' mereka.

Kebiasaannya anak-anak mampu membina
-  menara 2 blok pada usia 15-21 bulan
-  menara 4 blok pada usia 17-24 bulan
-  menara 6 blok pada usia 1 tahun setengah hingga 2 tahun setengah
-  menara 8 blok pada usia 2-3 tahun
- menara 9 blok selepas usia 3 tahun
  (kanak-kanak 3 tahun juga biasanya boleh bina jambatan simple dgn menggunakan 3 blok)

2) kenal pasti imej
Suruh anak-anak perhatikan setiap sisi blok dan kenal pasti setiap imej yang tertera. Ibu bapa boleh bercerita mengenai objek-objek tersebut dan juga kenalkan anak dengan warna-warna yang ada pada blok

3) replicate structure
bina struktur yang mudah dan suruh anak anda bina semula struktur yang serupa. Pastikan anak anda tidak melihat bagaimana anda membina struktur tersebut. Lakukan dibelakang anak dan apabila sudah siap baru panggil mereka dan suruh mereka bina sama seperti yang anda buat. Aktiviti ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun keatas. 

4) huruf permulaan
Tunjuk satu imej yang tertera pada blok. Tanya anak anda perkataan tersebut bermula dengan huruf apa. Contohnya A untuk ayam.

5) Eja nama
Gunakan blok-blok huruf untuk mengeja nama mereka! Oppss...bukan hanya nama, suruh anak-anak mengeja apa sahaja perkataan sekalipun. Mereka pasti seronok membina perkataan dari blok ABC.

6) susun huruf (A-Z) dan nombor (0-9) mengikut turutan.
Untuk menjadikan lebih menarik, nyanyikan lagu ABC sambil menyusun!

7) suai padan huruf (letter recognition)
Tulis satu perkataan pada kertas. Suruh anak anda cari blok-blok huruf yang membina perkataan tersebut. Contohnya anda tulis perkataan IBU, suruh anak anda cari blok-blok huruf yang membina perkataan ibu dan letakkan diatas kertas yang anda tulis.

8) sorting
suruh anak-anak anda mengumpulkan blok mengikut kumpulan warna yang sama. Anak-anak akan belajar mengenal warna asas dan juga bagaimana mengasingkan sesuatu mengikut kumpulan tertentu.

9) terap huruf di atas play doh.
Oleh kerana dua daripada sisi pada blok ini mempunyai permukaan timbul, anda boleh menggunakannya untuk mencetak huruf pada play doh. Bina apa sahaja perkataan yang anda mahu!

10) mengira
anda boleh gunakan blok yang ada untuk mengajar mereka mengira. Asingkan blok mengikut jumlah 1 hingga 10 dan suruh anak anda kira berapa blok yang ada dalam setiap kumpulan tersebut.


Ha...bagaimana sekarang? Sudah dapat sedikit sebanyak idea bagaimana mempelbagaikan aktiviti hanya dengan menggunakan blok ABC ni? Anda sendiri mungkin ada pelbagai lagi idea menarik yang boleh dilakukan. Jangan lupa, lakukan aktiviti ini bersama anak-anak. Guide mereka dan pastikan mereka faham apa yang perlu mereka lakukan. Sambil itu, gunakan juga peluang ini untuk bercerita dan merapatkan hubungan dengan anak-anak kita.

Inshaa Allah, lain kali saya akan ceritakan pula apa kebaikan permainan blok ABC kepada anak-anak anda. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa share kalau artikel ini membawa manfaat kepada anda! Hak belajar, hak semua :)



p/s: nak dapatkan wooden block ABC 48 pieces dengan harga paling murah?? PM kepada page FB saya atau hantarkan mesej anda pada 018 9013256. Inshaa Allah saya sedia membantu.




5 comments:

  1. Menarik... nice idea..

    Feel free singgah2 my blog
    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    ReplyDelete
  2. Best info ni sis.. sebagai ibu muda ia sangat bagus buat saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...jgn lupa buat aktiviti ni dgn anak ya :)

      Delete
  3. nice sharing. x sabar nk ajar dkt medina jgk =)

    ReplyDelete