Nilai sesuatu barang bukan terletak pada harganya, tapi manfaat yang kita perolehi daripadanya. Jadi mahal atau murah tidak sepatutnya menjadi sandaran mutlak bila kita memilih untuk membeli sesuatu. Ada barang yang mahal hanya kerana jenama, tetapi ada juga barang yang memang mahal kerana tinggi nilai yang ada padanya. Dalam membeli permainan untuk anak-anak pula, apa nilai yang patut kita ambil kira? Saya percaya semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, betul tak?
Jadi pada kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang perlu kita lihat ketika memilih permainan untuk anak-anak kesayangan kita.
1) Play value
Bagaimana anak-anak dapat bermain dengan permainan tersebut. Adakah terhad kepada satu cara sahaja? 'Open-ended toys' adalah antara mainan yang tinggi 'play value' nya. Dengan open-ended toys kanak-kanak boleh berimaginasi dan bermain dengan alat permainan tersebut mengikut cara mereka sendiri, bukan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pereka mainan tersebut. Contoh 'open-ended toys' adalah seperti anak patung...anak patung boleh jadi anak, boleh jadi kawan, boleh jadi anak murid,boleh jadi pelanggan, malah boleh juga jadi pesakit! Ia sangat bagus untuk permainan yang melibatkan role-play.
2) Ketahanan
Berapa lama mainan tersebut boleh digunakan sebelum ia rosak? Alat permainan plastik atau elektronik yang murah kadang-kadang tidak dapat bertahan walau untuk sehari pun! Tetapi ada juga alat permainan yang mampu bertahan lama dan boleh diwarisi dari generasi ke generasi seperti permainan yang diperbuat dari kayu. Walaupun kadang-kadang harganya agak mahal, tetapi untuk jangka masa yang panjang, anda sebenarnya telah berjimat kerana tidak perlu membeli permainan baru untuk setiap anak-anak, malah mungkin juga cucu-cucu anda.
3)Growth value
Adakah permainan tersebut boleh digunakan bersama permainan lain atau tidak? Permainan seperti block kayu atau set keretapi boleh ditambah pada masa akan datang apabila kita membeli set yang lain. Jadi yang lama masih lagi relevan untuk dimainkan.
4)Nilai pendidikan
Kanak-kanak belajar melalui bermain. Jadi memilih permainan yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran atau membantu perkembangan anak-anak amatlah penting. Educational atau manipulative toys pastinya satu pelaburan yang baik untuk masa depan anak-anak
5)Keselamatan
Aspek keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan. Pilih permainan yang tidak merbahaya kepada anak-anak dan jangan lupa awasi anak-anak ketika mereka sedang bermain. Kita pastinya tidak mahu ketawa bertukar menjadi tangisan.
6)Ringkas
Yup..permainan yang ringkas. Yang tidak punya pelbagai butang canggih untuk ditekan, bunyi yang bermacam-macam ataupun boleh bergerak seperti manusia! Kenapa? Kerana kita tidak mahu membunuh kreativiti dan daya imaginasi anak-anak! Biarkan otak mereka berfikir dan minda mereka berputar ligat.
Sebenarnya bukan mudah mahu mendapatkan permainan yang mempunyai semua kriteria diatas. Tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Kalau kita boleh beli baju berjenama untuk mereka, kenapa kita tidak boleh memilih permainan yang berkualiti? Tepuk dada, tanya selera :)
p/s: terima kasih sudi membaca perkongsian pada kali ini...jangan lupa jenguk page facebook Shaznur Stationery & Educational Toys ya.. terdapat pelbagai pilihan yang menarik untuk anak-anak!
Hi great reading your posst
ReplyDelete