Tuesday, November 11, 2014

Aktiviti kanak-kanak: DIY kolam memancing

Salam semua. Kali ni nak kongsi satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan anak-anak. Tak perlu belanja mahal, barang-barang pun mudah nak dapat. Guna je apa yang dah sedia ada dirumah. Yang menariknya aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan malah boleh menjadi satu sesi pembelajaran buat anak-anak. 

Jom kita tengok cara- cara nak buat kolam memancing ikan!


Bahan-bahan yang diperlukan. Ini yang paling basic. Bekas plastik berisi air sebagai kolam, pensel, benang dan magnet berbentuk 'ring' sebagai batang pancing dan apa-apa sahaja yang diperbuat daripada besi sebagai 'ikan'. Macam saya, saya guna klip kertas je.

Dah selesai setup kolam memancing, apa tunggu lagi, jom pancing ikan!

Yang seronoknya, bukan setakat seekor, dua tiga ekor pun boleh tangkap sekaligus hehe..

Tengok macam Hidayah ni..banyaknya 'ikan' Hidayah dapat pancing ^_^

Tiba-tiba teringat pulak ada batu yang hias akuarium tu..apa lagi..masuk sekali! Barulah cantik kolam ikan kita.

Kanak-kanak pasti lebih teruja bila tengok sesuatu yang berwarna-warni macam ini.

Lepas tu teringat pulak benda ni. Tak tahu la apa nama dia, tapi boleh dapat dekat kedai-kedai craft. Potong kecil-kecil. Boleh jadi sotong, ketam,, udang :P

Tadaaaa,,tiga sekali Hidayah pancing. Sebab dekat dalam dia ada besi, jadi dia boleh melekat pada magnet

Aktiviti ni sangat sesuai untuk melatih daya tumpu anak-anak. Bagus untuk eye-hand coordination juga! Selain tu boleh sesuaikan dengan peringkat umur, kita boleh terangkan mengenai konsep daya tarikan magnet kepada anak-anak. Campurkan bahan-bahan yang boleh dan tidak boleh ditarik oleh magnet seperti kayu dan guli dan biarkan anak-anak membuat uji kaji. Untuk anak-anak yang lebih kecil, boleh guna peluang ini untuk ajar anak mengira dan juga mengenal warna.

Ok..last but not least..terimalah gambar yang diambil sendiri oleh Hidayah ni ^_^



6 comments: