Wednesday, September 28, 2016

4 CARA MUDAH UNTUK MEMAHAMI ANAK-ANAK (understanding children)



Kadang-kadang didik anak-anak ni sama juga macam jawab soalan matematik. Kalau anda tak faham soalan, anda tak akan dapat cari jawapan. Macam tulah dengan anak-anak. Kalau tak faham dan tak kenal anak-anak, macam mana nak cari jalan terbaik untuk didik mereka. Setiap anak-anak adalah unik, maka cara mendidik mereka juga unik. Tak boleh guna satu skript yang sama.

Jadi apa caranya untuk ibu bapa nak faham anak-anak ni? Kadang kala pening kepala dengan karenah dan perangai mereka yang pelbagai ni kan? Dah..toksah rungsing-rungsing, jom kita baca tips ringkas ni:

1. Buat pemerhatian
Perhatikan mereka ketika mereka tidur, makan ataupun bermain. Lihat apa yang mereka paling suka buat. Aktiviti kegemaran mereka. Sikap dan tabiat mereka. Bagaimana pula bila ada perubahan? Adakah mereka senang untuk menyesuaikan diri ataupun sebaliknya. Kalau anda punya ramai anak-anak, anda mesti dapat lihat perbezaan karakteristik antara setiap anak-anak ini.

2. Luangkan masa untuk berbual
Sama macam kita dengan kawan-kawan kita juga, nak korek rahsia kenalah rajin berbual-bual. Luangkan masa sebanyak mungkin untuk bercakap-cakap dengan anak-anak. Ini merupakan langkah penting untuk mendapatkan maklumat dan memahami anak-anak. Kalau anak masih kecil, belum berapa pandai bercakap lagi perhatikan facial expression dan body language mereka. Selalu selalulah bertanya perihal mereka. InshaaAllah, nanti mereka akan mudah dan selesa untuk berkongsi perasaan dan masalah dengan anda.

3. Perhatikan persekitaran anak-anak
Kalau ada perangai anak-anak yang mungkin tak berapa elok, cuba perhatikan persekitaran mereka. Ini termasuklah saudara mara, pengasuh, jiran tetangga, kawan-kawan, cikgu, suasana dalam rumah dan tak terkecuali diri sendiri dan juga pasangan anda. Faktor persekitaran sangat mempengaruhi kelakuan anak-anak.

Contoh, kalau anak anda menunjukkan sikap yang agresif terhadap kawan-kawan yang lain (pukul atau gigit kawan-kawan) cari dan selidik sumber-sumber yang mungkin jadi penyebab kepada sikap tersebut. Adakah dia meniru apa yang dia lihat dalam tv? Atau belajar dari kawan-kawan? Atau mungkinkah anak-anak ada melihat ibu bapa bergaduh kebelakangan ini?  Semuanya boleh jadi faktor penyumbang.

4. Perhatikan rakan-rakan sebaya mereka
Perhatikan anak-anak yang usianya sebaya dengan anak kita. Selalunya anak-anak yang sedang melalui 'stage' yang sama ini, perangai dan kelakuannya mesti ada sedikit-sedikit yang serupa (contoh macam terrible two, tantrum). Baca buku-buku dan cari ilmu untuk lebih memahami tentang perkembangan kanak-kanak.

Kalau dah kenal, dah faham anak-anak barulah senang sedikit kerja kita untuk susun strategi bagaimana nak didik mereka. Barulah kita tahu apa yang mereka perlu dan apa yang tidak. Aktiviti apa yang sesuai dan perlu diperbanyakkan. Permainan mana yang dapat bantu perkembangan serta menyiapkan mereka untuk ke peringkat pembesaran yang seterusnya dsb.Pada masa yang sama, kita sebagai ibu bapa juga dapat set expectation dan limit yang munasabah terhadap anak-anak.

Walaupun bukan senang pada zaman sekarang ni nak cari masa untuk anak-anak, kita kena cuba sedaya upaya kita. Tahu, semua orang pun sibuk dengan kerja dan tugas masing-masing. Tapi anak-anak ini adalah tanggungjawab dan amanah Allah buat kita. Kalau tak dapat luangkan banyak masa, tak apa. Tapi pastikan setiap saat anda bersama anak-anak adalah masa yang berkualiti. Fahami anak-anak, dan penuhi setiap keperluan mereka, baik fizikal, mental apatah lagi emosi.

Semoga bermanfaat untuk kita semua, InshaaAllah :)


rujukan: Child Development Institute





==============================================================

 Nak tahu tak di mana nak dapatkan EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!

Monday, September 26, 2016

10 LANGKAH ELAK ANAK DARI KETAGIH PADA GADGETS

pic source: wordstospeak08113.wordpress


Zaman sekarang memang zaman teknologi. Itu memang tak siapa boleh nafi lagi. Semua orang pun kena celik dan bijak IT kalau tak mahu ketinggalan. Anak-anak zaman ini dari lahir lagi sudah terdedah dengan segala macam gadget elektronik..tak kiralah handset, komputer, tablet, video games dan  macam-macam lagilah. Nak tak nak kita memang tak boleh halang anak-anak dari menggunakan teknologi.

Tapi dalam pada itu, kita sebagai ibu bapa tetap kena kawal penggunaan gadgets di kalangan anak-anak. Jangan sampai jadi suatu ketagihan. Tak ada gadget tak boleh hidup. Banyak kesan buruk penggunaan gadget yang berlebihan pada anak-anak kecil. Antaranya yang meliputi kemahiran sosial, emosi, pembelajaran dan juga fizikal. 

Hari ini kita bukan mahu bercerita details pada kesan negatif penggunaan gadgets yang berlebihan, cuma mahu berkongsi tips bagaimana ibu bapa boleh bantu mengawal penggunaan gadgets elektronik dalam kehidupan seharian anak-anak. 

Ini saranan pakar tentang 'screen time' yang sesuai dengan usia anak-anak
- bawah 2 tahun : NONE
- 2-5 tahun : tidak melebihi SATU JAM pada setiap hari
- 5-18 tahun: tidak melebihi DUA JAM pada setiap hari.

Nampak macam sedikit kan? Kalau anak-anak perlukan lebih masa terutama untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah anda boleh berikan kelonggaran. Tetapi kalau sekadar untuk berhibur dan bermain games, itu sudah cukup. Banyak perkara lain yang anak-anak boleh lakukan pada masa yang terluang.

Bagaimana nak tahu kalau anak anda sebenarnya sudah ketagih pada teknologi? Perhatikan kalau anak anda ada ciri-ciri yang berikut:

1. penggunaan gadget yang kerap dan berterusan, menyebabkan social withdrawal
2. selalu meminta untuk menggunakan gadget, memberontak apabila kehendak tidak dipenuhi ataupun apabila gadget diambil daripadanya
3. tidak berminat dengan aktiviti lain, selalu mengajak pulang ke rumah kerana hendak menggunakan gadget, tidak mahu melakukan rutin harian (seperti tidur dan kerja rumah) semata-mata mahu terus bermain dengan gadget
4. terlalu obses dengan sesuatu karakter yang terdapat dalam games atau video, meluangkan terlalu banyak masa dan sumber untuk perkara tersebut


Sekarang kita masuk ke bab yang penting. Bagaimana mengawal penggunaan gadget pada anak-anak dan mengelakkan mereka dari ketagihan. Semuanya memerlukan disiplin, peraturan dan ketegasan dari ibu bapa sendiri. Antara langkah-langkah yang anda boleh buat adalah:

1.Hadkan penggunaan tv, komputer dan segala macam peralatan elektronik yang ada dirumah anda. Pastikan tidak lebih dari 30 minit setiap kali penggunaan dan total tidak melebihi had masa yang disarankan mengikut umur.

2. Buat jadual bila masa yang dibenarkan untuk menggunakan alat elektronik

3. Rancang aktiviti fizikal yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak lakukan. Kadang-kadang anak-anak menggunakan gadgets untuk menghiburkan hati kerana mereka bosan. Hilangkan kebosanan mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

4. Tetapkan 'tech-free time' pada waktu-waktu tertentu seperti waktu makan, waktu buat kerja rumah dan sewaktu hendak tidur.

5. Ibu bapa juga boleh buat 'tech-free zone' iaitu kawasan larangan penggunaan gadget seperti di bilik tidur, meja makan dan juga dalam kereta.

6. Kawal akses anak dengan menggunakan peralatan elektronik bersama-sama. Ambil peluang ini untuk berinteraksi dan berkongsi nilai-nilai penting dalam keluarga.

7. Letakkan password pada komputer dan peralatan elektronik yang lain. Rahsiakan password dari anak-anak.

8 Selalu ingat bahawa anda adalah 'boss'. Jangan terlalu mudah mengalah pada pujuk rayu anak-anak. Kalau anda sudah tetapkan peraturan pastikan semua orang ikut peraturan tersebut.

9. Bagi contoh yang baik buat anak-anak. Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan, larang anak main ipad tapi anda sendiri handset tak lepas dari tangan.

10. Jangan guna alat elektronik sebagai baby sitter. Selalu terjadi bila berada di restoran, di dalam  kereta dan bila ibu bapa sibuk dengan kerja lain. Jangan biasakan anak sejak dari awal lagi.

Mungkin ada lagi langkah-langkah lain yang berkesan. Kalau anda ada idea yang baik boleh kongsi di ruangan komen. Semoga ada ibu bapa yang dapat mengambil manfaat daripadanya. Jom kita semua tekadkan dalam diri kita untuk melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Walaupun mungkin ada diantaranya yang anak-anak tidak suka, demi masa depan mereka kuatkan hati anda. :)




=================================================



Nak tahu tak di mana anda boleh dapat EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!

Sunday, September 25, 2016

7 SKILL YANG ANAK-ANAK DAPAT DENGAN BERMAIN 'LEGO'


Lego merupakan antara permainan yang paling popular di pasaran. Daripada anak-anak kecil hinggalah ke orang dewasa, Lego mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apa yang menariknya, Lego popular bukan hanya kerana ia menyajikan keseronokan, tetapi juga kerana ia mempunyai 'value' dalam pembelajaran anak-anak. Di sini saya share sebahagian daripada kemahiran yang anak-anak perolehi dengan bermain lego.

7 Skill yang anak-anak dapat dengan bermain 'Lego'

1. Membantu pembentukan pemikiran lateral (creative thinking/ berfikir luar kotak) 
2. Mengajar kanak-kanak berfikir dalam tiga dimensi
3. Meningkatkan literasi (melalui instruction)
4. Membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah, pengurusan dan perancangan
5. Meningkatkan kreativiti
6. Melatih komunikasi dan pemikiran kritikal
7. Membantu perkembangan motor 


================================================

Nak tahu tak di mana anda boleh dapat EDUCATIONAL TOYS untuk anak-anak kesayangan anda? Kalau nak tahu klik je SINI!






Friday, September 23, 2016

5 UNSUR PENTING YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN



Sebelum ni Shaznur pernah cerita sedikit kan tentang different style of learning. Lain orang lain cara belajarnya. Ada yang belajar melalui visual, auditori (musical), kinesthetic (movement) dan sebagainya.
Tapi sebenarnya banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran kita. Ini berdasarkan 'Dunn and Dunn Learning Style Model' oleh Dr. Rita dan Dr. Kenneth Dunn.

Antara faktor yang terlibat adalah:

1. Elemen persekitaran 💡🎵
<3 - Bunyi ( Suasana tenang dan sepi, suasana riuh rendah)
<3 - Pencahayaan ( terang, redup)
<3 - Suhu (sejuk, sederhana)
<3 - Seating (formal - kerusi dan meja, informal - bantal, atas katil)

2. Elemen emosi 💞
<3 - Sokongan motivasi ( sesetengah individu memerlukan sokongan emosi yang lebih)
<3 - Persistence (kegigihan)
<3 - tanggungjawab individu (sesetengah orang dapat menggalas tanggungjawab individu dengan        lebih baik)
<3 - Struktur (Ada yang memerlukan pembelajaran yang lebih berstruktur)

3. Elemen sosiologi 🚻🚹
<3 - Individu
<3 - Berkumpulan/Berpasangan
<3 - Authority (perlukan pengawasan/tunjuk ajar dari orang lebih dewasa/ berkuasa)
<3 - Varied

4. Elemen fisiologi 👀🍵
<3 - persepsi (visual, tactile, auditory atau kinesthetic)
<3 - intake ( ada orang yang suka makan/mengunyah sambil belajar)
<3 - masa (pagi, petang, malam)
<3 - mobility (pergerakan, sesetengah orang tidak boleh duduk diam setempat)

5. Elemen psikologi 📝
<3-  - Global atau analytical
(sesetengah orang suka melihat gambaran kasar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebahagian lagi pula lebih suka menyelesaikan satu persatu secara berasingan)
<3 - Impulsive atau reflective
(sesetengah orang terus buat tanpa fikir panjang, sesetengah lagi suka ambil masa untuk merancang)

Faktor-faktor ini juga sebenarnya boleh berubah-ubah mengikut masa dan usia.
Contohnya, kajian mendapati anak-anak kecil kebanyakkannya adalah kinesthetic learner dan menjadi lebih tactual (belajar melalui sentuhan/hands on) sewaktu usia 7 tahun.
Kemudiannya barulah kemahiran visual dan auditori mereka berkembang.
Anak-anak yang lebih kecil juga didapati memerlukan lebih struktur berbanding pelajar yang lebih besar.
Pentingnya memahami perbezaan dan kepelbagaian faktor yang mempengaruhi pembelajaran ini adalah supaya setiap individu dapat mencapai potensi maksimum mereka. Kalau kita tahu waktu dan keadaan yang terbaik dalam melakukan sesuatu, hasilnya juga pastilah lebih baik kan? ^_^
Ingat, setiap individu adalah unik dan 'one size does not fit all'.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

Thursday, September 22, 2016

KENAPA ANAK SAYA MALAS BELAJAR?



"Saya risaulah dengan anak saya yang seorang ni. Belajarnya malas. Buku langsung tak nak baca..Dah puas bersuruh. Dah letih saya membebel.Dia macam tu jugak. Kenapa anak saya tak macam anak orang lain?" - Puan XYZ
Itulah antara keluhan yang biasa kedengaran, betul tak? Ada antara ibu bapa kat sini yang berperasaan sama? Tak apa tak perlu jawab kuat-kuat, saya dah tahu dah.
Tapi betul ke anak kita memang malas? Betul ke anak kita tak macam orang lain? Jawapannya, memanglah anak kita tak akan pernah serupa dengan orang lain. Kerana setiap individu memang dah tercipta berbeza, punya keunikan tersendiri masing-masing. Mungkin yang silapnya kita, kerana mengharapkan anak kita jadi orang lain. Jadi sebelum nak ubah anak kita, mungkin kita perlu ubah dulu mindset kita, pemikiran kita.
Tak ada seorang pun di dunia ni yang tak pandai. Semua pandai-pandai belaka. Cuma kayu ukur kita yang silap. Main pukul rata..mana boleh macam tu kan. Pernah dengar tentang multiple intelligence? Yup, semua orang punya kepandaian berbeza. Ada yang word smart, people smart, music smart, body smart dan macam-macam smart lagilah. Pendek kata everybody is smart!

Oleh kerana kepandaian pun berbeza-beza, cara seseorang itu belajar lagilah berbeza. Malangnya kelemahan sistem pembelajaran kita adalah semua orang pun dimasukkan ke dalam acuan yang sama. Anda rasa hasilnya macam mana? Bahan berbeza, masuk acuan yang sama dan harapkan hasil yang sama...jadi ke tak jadi?
Anak tak minat baca buku, kita paksa dan paksa juga. Anak pun ambillah buku dan baca, tapi satu habuk pun tak masuk. Memanglah baca buku tu penting ( books hold a lot of knowledge) tapi masih ada cara lain untuk belajar kan?
Ada lebih kurang 7 style belajar yang berbeza, cuma tinggal pilih. Kenapa perlu stick dengan satu cara? Sebab semua orang pun buat macam tu? Kenapa perlu ikut orang? Anak kita ke anak orang ni?
Boleh rujuk picture yang saya attach kat sini tentang different styles of learning. Ada visual, verbal, auditory, physical, social, logical dan solitary. LIhat kecenderungan anak anda. Sebagai ibu bapa mesti kita kenal anak kita kan? Kalau belum, belajar-belajarlah untuk fahami mereka.
Pilih cara mana yang anda rasa paling sesuai untuk anak anda. Atau boleh cuba semua dan tengok mana yang paling anak suka. Nak didik anak jadi bijak, parents kena jadi bijak dulu. Jangan paksa bentuk bulat masuk dalam bekas petak. Hancur jadinya nanti.




Harap anda semua faham apa yang saya cuba sampaikan ni. Semoga bermanfaat untuk semua. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya cemerlang dan gemilang dalam cara dan gaya masing-masing. Bukan satu acuan! Sekian, terima kasih.


sumber gambar: connectionsacademy, loving2learn, francinemassue.weebly


=============================================

Berminat nak dapatkan educational toys?
Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 0109152658.
Terdapat lebih daripada 50 permainan untuk anda pilih :)


15 TIPS AJAR ANAK TENTANG DUIT


Salah satu living skills yang perlu diajar kepada anak-anak adalah tentang duit. Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dalam mendidik anak-anak supaya bijak menguruskan kewangan peribadi. Semuanya harus bermula dari usia kecil lagi. Jadi saya nak kongsi dengan ibu bapa semua 15 tips bagaimana kita nak didik anak-anak tentang duit. Jom kita baca:


1.Main games yang mengajar anak tentang duit
- contoh: monopoli/ saidina
- anak dapat belajar mengenai jual beli, risiko dan keuntungan

2. Bawa anak bersama ketika membeli barangan dapur
- sebelum pergi, buat senarai barang yang mahu dibeli dan ikut list tersebut
- jangan melebihi budget yang sudah ditetapkan
- suruh anak perhatikan harga barang dan buat perbandingan
- jangan hanya pilih barang berdasarkan jenama, utamakan nilai (jenama vs.value)

3. Bagi elaun mingguan/bulanan
- bagi peluang anak urus sendiri kewangan mereka
- boleh galakkan anak buat kerja tambahan untuk dapatkan elaun lebih (work for money)

4. Galakkan anak menyimpan
- hadiahkan anak tabung duit yang comel, menarik hati
- sediakan 3 tabung: simpanan, perbelanjaan, sedekah

5. Buka akaun bank
- bawa anak bersama ke bank untuk membuka akaun simpanan
- terangkan kebaikan dan faedah menyimpan di bank

6. Kurangkan menonton tv
- terlalu banyak iklan commercial
- kalau orang dewasa pun mudah terpengaruh, inikan pula anak-anak

7. Terangkan tentang kad kredit 
- ajar mereka tentang interest yang perlu dibayar jika membeli menggunakan kad kredit
- ajar anak tentang pro dan cons kad kredit

8. Jadi contoh yang baik
- apa yang anda buat, anak lihat
- beli hanya yang perlu, buat pilihan yang bijak

9. Ajar anak untuk memberi
- ada yang lebih bernilai dari duit iaitu kasih sayang dan pengorbanan
- melihat kesusahan orang lain dapat didik anak untuk bersyukur dan menghargai apa yang mereka ada

10. Kaji sebelum membeli
- ajar anak untuk membuat research sama ada secara online atau di kedai-kedai yang berlainan sebelum membeli

11. Set goal
-  ajar anak untuk tetapkan matlamat dan cari jalan untuk capai matlamat tersebut
- contoh: berapa jumlah simpanan yang hendak dicapai, berapa perlu disimpan untuk membeli barang yang dihajati

12. Keperluan vs. kehendak
- ajar anak untuk sentiasa fikir sebelum membeli
- elakkan pembelian secara spontan
- bezakan antara keperluan dan kemahuan
- kita tak perlu ada semua benda untuk rasa bahagia

13. Plan events
- libatkan anak dalam perancangan sesuatu majlis. Cth: birthday party
- ajar anak tentang budget dan cost
- jangan buat sesuatu melebihi kemampuan/ hanya untuk menunjuk-nunjuk

14. Beli benda terpakai
- bukan semua benda perlu dibeli baharu, asal sahaja boleh diguna dan masih elok
- jimatkan duit dengan beli benda terpakai, duit yang dijimatkan boleh dimasukkan kedalam tabung simpanan

15. Jual barang lama
- ajak anak kumpulkan barang-barang lama yang boleh dijual semula
- contoh: barang yang boleh dikitar semula, permainan yang sudah tidak digunakan

Inilah antara tips-tips ringkas yang mungkin kita boleh guna pakai dalam mendidik anak-anak kita supaya bijak menguruskan wang. Orang yang pandai menguruskan kewangan mereka InshaaAllah akan lebih berjaya dalam kehidupan. Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk kita semua. ^_^





---------------------------------------------------------------------------------

Berminat nak dapatkan educational toys?
Jom lawat laman facebook Shaznur Stationery & Educational Toys atau whatsapp terus ke 0109152658.
Terdapat lebih daripada 50 permainan untuk anda pilih :)


Monday, September 19, 2016

BAGAIMANA 'OPEN ENDED TOYS' DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN BAHASA DAN MATEMATIK ANAK-ANAK


Apa itu open ended toys? 

Open ended toys adalah permainan yang tidak mempunyai peraturan mahupun aturcara penggunaan. Fokusnya adalah pada apa yang kanak-kanak boleh lakukan pada permainan tersebut, bukannya apa yang permainan itu boleh lakukan. Open ended toys menggalakkan kanak-kanak bermain dengan sendirinya (self-initiated) dan tidak mempunyai had umur yang spesifik. Ia boleh meransang daya kreativiti anak-anak dan boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti, bertahun-tahun lamanya. Pendek kata ia 'membesar' bersama anak-anak. Antara contoh open ended toys adalah seperti blocks, permainan pembinaan, dress-up items, permainan berbentuk imaginatif, serta bahan-bahan untuk seni dan kraft. 

Open ended toys dapat membantu perkembangan otak anak-anak kecil. Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak belajar melalui bermain. Open ended toys sangat menggalakkan anak-anak untuk bereksplorasi dan menggunakan kreativiti mereka. Ia merangsang daya fikir mereka dan mencetuskan idea-idea baru. Open ended toys juga dapat membantu dalam perkembangan bahasa dan matematik anak-anak, serta kemahiran kognitif mereka secara amnya. 


Bagaimana open ended toys membantu dalam perkembangan bahasa kanak-kanak? (language development) 

Open ended toys membuka peluang untuk kanak-kanak memperkukuhkan kemahiran bahasa mereka, tidak kiralah anak-anak kecil yang baru mula belajar bercakap mahupun anak-anak yang lebih besar bagi menambahkan vokabulari mereka. Menguasai bahasa dengan lebih awal dapat membantu anak-anak dalam membaca dan menulis kelak. 

Ibu bapa sangat disarankan untuk bermain open ended toys dengan anak-anak mereka dirumah kerana ia menggalakkan penggunaan bahasa yang meluas. Semasa bermain, kanak-kanak akan merancang, membina dan menyelesaikan masalah. Interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak diwaktu ini membuka ruang untuk perkembangan bahasa mereka. Jika anak-anak sedang membina dengan menggunakan blocks misalnya, ibu bapa boleh bertanyakan soalan berbentuk terbuka yang menggalakkan anak-anak untuk memberi penerangan. 

Contoh open-ended questions yang anda boleh gunakan adalah seperti: 
- Boleh beritahu ibu adik sedang bina apa ni?
- Apa lagi yang adik rasa adik boleh buat dengan.........? 
- Apa yang adik rasa akan berlaku jika adik..............? 
- Kenapa adik pilih untuk buat macam ni? 
- Dari mana adik dapat idea untuk buat macam ni? 

Akan tetapi janganlah pula bertanyakan soalan seperti polis sedang menyiasat pesalah. Sebaliknya ambil peluang ini untuk berbual dengan anak-anak. Memandangkan open ended questions tidak mempunyai salah atau betul dan memerlukan jawapan yang lebih dari sekadar ya ataupun tidak, anak-anak mungkin memerlukan bahasa yang agak kompleks. Apabila kanak- kanak cuba menerangkan apa yang ada dalam fikiran mereka, ini merupakan cara yang sangat baik untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Ibu bapa juga boleh memperkenalkan perkataan-perkataan baru dalam perbualan ini. 

Anak-anak sendiri juga mungkin akan bertanyakan soalan-soalan yang dapat memperluaskan lagi vokabulari mereka. Contohnya mereka mungkin bertanyakan tentang bentuk, warna, ataupun peralatan yang mereka tidak tahu. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar anak-anak mereka perkataan-perkataan yang mungkin tidak akan timbul dalam perbualan harian yang biasa. 


Bagaimana open ended toys dapat membantu perkembangan matematik kanak-kanak? 

Sama seperti perkembangan bahasa, open ended toys juga mempunyai kesan positif dalam pembelajaran matematik anak-anak. Permainan ini membolehkan anak-anak untuk benar-benar memahami konsep matematik. 

Apabila kanak-kanak bermain dengan open ended toy, ia dapat membantu pembentukan spatial sense (kemahiran melihat ruang) dan mereka dapat belajar untuk memahami prinsip geometri. Kanak-kanak juga dapat belajar untuk mengenalpasti pattern, perlu menyelesaikan masalah, dan dapat bereksperimentasi bagaimana sesuatu benda dapat melengkapi satu sama lain. 

Contohnya apabila kanak-kanak mula sedar bahawa mereka memerlukan dua bongkah merah untuk membentuk saiz yang sama seperti bongkah hijau, mereka sebenarnya sedang belajar mengenai prinsip geometri, konsep pecahan, dan juga spatial reasoning, yang mana semuanya adalah komponen penting dalam matematik.Permainan seperti ini juga membuka ruang untuk anak-anak melakukan operasi tambah dan darab, berulang-ulang kali banyaknya. Sekali lagi, penyertaan ibu bapa melalui pertanyaan soalan dan perbincangan semasa mereka bermain dapat menambahkan lagi pemahaman mereka. 

Open ended toys sangat menggalakkan pembentukan pemikiran kreatif, logik dan penyelesaian masalah yang dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran di sekolah kelak. Apabila ibu bapa mahu membeli permainan untuk anak-anak mereka, inilah antara faktor-faktor penting yang patut diambil kira. Tumpukan pada permainan yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif serta perkembangan-perkembangan penting yang lain. Jangan hanya memilih permainan atas dasar hiburan semata-mata, seperti permainan berbentuk elektronik yang banyak terdapat di pasaran sekarang ini. Buatlah pilihan terbaik untuk anak- anak kita semua. 


Contoh open ended toys:









..........................................................................
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di
whatsapp: 010-9152658


SENARAI PERMAINAN UNTUK PERKEMBANGAN LITERACY


Ini adalah antara koleksi permainan dari Shaznur yang dapat membantu mempersiapkan anak-anak untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Belajar boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan kalau kena dengan caranya ^_^


 RM75

RM29

 RM67

 RM44


 RM26

 RM25

 RM50

 RM25

 RM27

 RM18

 RM18

 RM29

RM17

RM95


ARABIC LANGUAGE
 transport
RM17

 Sea animal
RM17

 Number
RM17

Animal
RM17
Vegetable
RM17

Arabic letters
RM17

Untuk pertanyaan lanjut boleh pm Shaznur di facebook atau whatsapp 0109152658. Sila buat tempahan sekarang sebelum kehabisan stok!