Friday, September 26, 2014

Peringkat perkembangan bayi: setahun yang pertama (part 2)


Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsi mengenai perkembangan anak-anak pada usia setahun yang pertama. Pada kali ini saya nak sambung sedikit sahaja lagi iaitu perkembangan motor kasar (gross motor), motor halus (fine motor), bahasa/kognitif dan sosial. Kita akan lihat setiap perkembangan ini mengikut usia bayi pada setiap bulan.

Bayi berusia sebulan
motor kasar :bayi boleh mengerakkan kepala ke kiri dan kanan apabila dibaringkan
motor halus: mengenggam dengan kuat (strong grip)
bahasa/kognitif: merenung tangan/jari jemari
sosial: mengikut pergerakan dengan mata (track movement with eyes)

Bayi berusia 2 bulan 
Motor kasar: Dapat mengangkat kepala dan menegakkan leher buat seketika apabila diletak dalam keadaan meniarap
motor halus: membuka dan menutup genggaman tangan
bahasa/kognitif: bermain dengan jari jemari sendiri
sosial: membalas senyuman

Bayi berusia 3 bulan
motor kasar: cuba menggapai dan mengambil sesuatu objek
motor halus:mengenggam objek dalam tangan
bahasa/kognitif: membuat bunyi dengan mulut (coos)
sosial: meniru anda mmenjelir lidah

Bayi berusia 4 bulan
motor kasar: menongkatkan badan dengan tangan apabila meniarap
motor halus: berjaya mengambil objek dengan tangannya
bahasa/kognitif: ketawa dengan kuat
sosial: sangat suka bermain dan mungkin menangis jika permainan dihentikan

Bayi berusia 5 bulan
motor kasar: mula memusingkan badan dari kedudukan baring kepada meniarap atau sebaliknya
motor halus: belajar memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain
bahasa/kognitif: membuat buih air liur
sosial: menghulur tangan supaya diambil ibu/ayah dan menangis apabila mereka hilang dari pandangan

Bayi berusia 6 bulan
motor kasar: dapat memusing badan ke dua-dua arah (baring kepada meniarap/ meniarap kepada baring)
motor halus: menggoncang objek dalam tangan (cthnya rattle)
bahasa/kognitif: membebel dalam bahasa bayi (babbling)
sosial: mengenali wajah orang yang selalu dilihat

Bayi berusia 7 bulan
motor kasar: mula meniarap, merangkak atau mengengsot (scooting)
motor halus: belajar menggunakan jari-jari tangannya
bahasa/kognitif: membebel dalam bunyi yang lebih kompleks
sosial: boleh memberi reaksi kepada emosi yang dipamerkan orang lain

Bayi berusia 8 bulan
motor kasar: boleh duduk tanpa sokongan
motor halus: mula bertepuk tangan
bahasa/kognitif: memberi respons kepada perkataan yang selalu didengar dan berpaling ke arah orang yang memanggil namanya
sosial: bermain permainan yang melibatkan interaksi (contoh: peek a boo)

Bayi berusia 9 bulan
motor  kasar: mula belajar memanjat tangga
motor halus: memegang objek kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)
bahasa/kognitif: belajar tentang kewujudan objek walaupun sewaktu dia tidak dapat melihatnya (objek permanence)
sosial: takut dengan orang yang tidak dikenali (stranger anxiety)

Bayi berusia 10 bulan
motor kasar: cuba belajar berdiri
motor halus: menyusun dan mengasingkan mainan ( stack and sort)
bahasa/kognitif: melambai dan mengangkat tangan untuk diangkat
sosial: mula memahami tentang sebab dan akibat (cause and effect)

Bayi berusia 11 bulan
motor kasar: melangkah sambil berpaut pada perabot
motor halus: membelek helaian buku yang dibaca
bahasa/kognitif: menyebut mama atau dada
sosial: bermain sewaktu makan untuk menguji reaksi anda (contohnya sengaja menjatuhkan sudu) dan mula memilih makanan 

Bayi berusia 12 bulan
motor kasar: boleh berdiri sendiri dan mula belajar berjalan tanpa sokongan
motor halus: membantu apabila dipakaikan pakaian (contohnya mengeluarkan tangan dari lengan baju)
bahasa/kognitif: dapat menyebut 2-3 patah perkataan 
sosial: meniru aksi orang dewasa (contohnya bercakap di telefon)


Seperti juga yang saya sebutkan sebelum ini, ini hanyalah garis panduan umum. Ingat, setiap bayi adalah berbeza!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa untuk 'share'. Sebarkan ilmu :)

terlepas bahagian yang pertama? klik sini: Peringkat perkembangan bayi: Setahun yang pertama

berminat nak dapatkan alat tulis dan educational toys untuk anak-anak? Klik sini: Shaznur Stationery & Educational toys






Tuesday, September 23, 2014

10 cara mudah meransang minda bayi!




Kali ini saya nak kongsi 10 cara bagaimana nak meransang otak bayi dan inshaaAllah akan menjadikan bayi anda lebih bijak. Cara ini amat simple dan boleh dilakukan sejak bayi berumur satu hari lagi. Jom kita cuba!

1) Make eye contact
Apabila bayi anda membuka mata, walaupun hanya untuk seketika, ambillah peluang itu untuk memandang tepat ke mata mereka. Bayi sebenarnya berkebolehan untuk mengenal wajah seawal yang mungkin. Setiap kali dia merenung muka anda, dia sedang membina memorinya!

2) Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi seawal usia 2 hari mampu untuk meniru reaksi wajah yang simple - ia adalah petunjuk awal kepada kebolehan menyelesaikan masalah!

3) Memandang cermin
Biarkan bayi anda merenung imejnya sendiri pada cermin. Pada mulanya dia mungkin menyangkakan itu adalah orang lain, tetapi dia tetap gembira untuk membuatkan 'kawan'nya itu senyum dan melambaikan tangan.

4) Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar pada jarak 8-12 inci daripada wajah bayi anda. Gambar-gambar tersebut haruslah gambar yang serupa tetapi mempunyai satu perbezaan kecil (contohnya gambar rumah, satu mempunyai pokok ditepinya dan satu lagi tidak). Walaupun bayi anda masih kecil, dia tetap akan melihat dari satu gambar ke satu gambar dan cuba mencari perbezaanya! Ini akan menyiapkan bayi anda untuk belajar mengenal huruf  (letter recognition) dan membaca nanti.

5)Bercakap dengan mereka. 
Mungkin pada mulanya mereka cuma akan merenung anda kehairan. Tapi jangan lupa untuk sesekali berhenti dan beri peluang pada mereka pula untuk bercakap.Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengikuti rentak perbualan dan mula memberikan respons.

6)Bercakap bahasa bayi
Bayi sangat suka apabila anda bercakap bahasa bayi dengan nada yang tinggi kepada mereka!

7)Menyanyi kepada bayi anda
Ada kajian menunjukkan mendengar rentak muzik ada kaitan dengan belajar matematik!

8) Berikan isyarat kepada mereka
Apabila anda mahu melakukan sesuatu, beritahu mereka dulu walaupun anda mungkin merasakan mereka tidak faham.
Contohnya sebelum menutup lampu anda beritahu mereka dulu 'sekarang mama mahu tutup lampu!'. Ini dapat mengajar anak anda tentang kesan dan akibat (cause and effect)

9) Geletek kakinya
Atau geletek sahaja dimana-mana. Ketawa adalah permulaan kepada pembentukan 'sense of humour'. Bermain permainan seperti 'Mana anak mama?' dan kemudian anda mengeleteknya akan mengajar anak anda untuk menjangka apa yang akan terjadi (anticipate event)

10) Buat muka lucu
Kembungkan pipi anda dan apabila anak anda menyentuh hidung anda, buat bunyi 'pooff!!' Biarkan dia menarik telinga anda, dan kemudian keluarkan lidah anda. Buat bunyi aneh apabila dia menyentuh kepala anda! Ulang rutin yang sama 3 hingga 4 kali dan selepas itu tukarkannya untuk membuatkan dia terus meneka.

Ini hanyalah sepuluh cara yang mudah untuk meransang bayi anda. InshaaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan 10 lagi cara lain. Semoga bermanfaat ! :)



Cara-cara membina 'menara abc' - tutorial by 3 years old!


Mula-mula susun block abc satu demi satu

Susun elok-elok ya! Pastikan ia stabil



Berikan sepenuh tumupuan (muncungkan mulut jika perlu)

Jangan berhenti. Susun setinggi yang anda mampu

Jangan panik kalau menara anda seperti nak tumbang!

Stabilkan ia semula..

Tambah blok lagi dan lagi

Be careful..

Tak perlu pening-pening kepala...benda simple je..

Haa! Kan dah berjaya. Yess!!!

Dah bosan bina menara, kita boleh buat robot

Buat keretapi pun boleh!

 Semua dah pandai kan? Jom buat laju-laju! Semoga berjaya :)



Monday, September 22, 2014

Peringkat perkembangan bayi : Setahun yang pertama!


Orang kata, tak kenal maka tak cinta! Jadi pada kali ini saya nak bawa anda semua mengenali bayi anda sendiri! Jom kita belajar peringkat perkembangan bayi dari lahir sehinggalah dia menyambut ulang tahun hari lahirnya yang pertama. Tapi sebelum itu saya nak ingatkan yang semua bayi adalah berbeza-beza tahap perkembangannya. Ada yang cepat dalam satu aspek, tetapi agak ketinggalan dalam aspek yang lain. Jangan cepat melatah dan terus mengatakan 'there's something wrong with my baby!!!' Ingat, yang penting bukan bila masanya, tapi perkembangannya. Selagi anak anda menunjukkan perkembangan yang positif, InshaaAllah he should be okay. Walau bagaimanapun, kalau anda rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak anda, bawalah dia berjumpa dengan pakar. Lebih cepat kita mengesan masalah, lebih cepatlah pula kita dapat mencari jalan penyelesaiannya!

Okey, mari kita lihat apa yang anda boleh expect bayi anda lakukan pada peringkat umurnya.

Perkembangan bayi: dari lahir sehingga tiga bulan

Pada peringkat perkembangan yang pertama ini, bayi anda sedang belajar bagaimana untuk hidup di luar rahim ibu. Pendek kata, dia baru belajar mengenal dunia! Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula:

1) Senyummm!!! Pada mulanya bayi mungkin hanya akan tersenyum pada diri sendiri tapi dalam masa tiga bulan dia akan mula belajar senyum kepada anda dan berusaha membuatkan anda senyum kembali kepadanya. Senyuman bayi adalah yang paling manis :)

2) mengangkat kepala dan dada apabila diletakkan dalam keadaan meniarap. It's a tummy time!

3) mengikut arah pergerakan objek dengan matanya. Mata ya, bukan kepala! Anda juga akan dapati juling pada mata bayi anda berkurangan! (cross-eyed pada newborn baby adalah normal, kedua belah mata mereka belum dapat berkoordinasi dengan baik)

4) membuka dan menutup genggaman tangan. Bayi juga mula belajar membawa tangan ke mulutnya.(jangan biasakan bayi menghisap tangan atau jari, nanti jadi habit!)

5)mengenggam objek dalam tangannya. Cuba letakkan jari anda dalam tangan bayi, mereka akan mengenggam dengan kuat seolah-olah tidak mahu melepaskan!

6) cuba menggapai objek yang tergantung, walau selalunya mereka tidak berjaya. Tak apa, usaha tangga kejayaan, dik!


Perkembangan bayi: 4 hingga 6 bulan

Pada usia ini, bayi mula mahir menggunakan tangan mereka. Mereka juga mula discover sesuatu yang baru. suara mereka! Dari usia 4 hingga 6 bulan bayi anda mungkin akan mula:

1) belajar berpusing dari meniarap kepada baring dan baring kepada meniarap. Kebiasaanya mereka bermula dari baring kepada meniarap dahulu.

2) mengeluarkan bunyi-bunyi comel dari mulut mereka. Kadang-kadang kedengaran seperti mereka betul-betul bercakap!

3) ketawa!

4) mencapai dan mengambil objek. Awas dengan rambut anda!

5) duduk dengan sokongan dan dapat mengawal kepala dengan baik. Kepala mereka tidak lagi teroleng ke kiri dan ke kanan!


Perkembangan bayi: 7 hingga 9 bulan.

Setelah belajar berpusing, bayi akan mula memikirkan bagaimana hendak bergerak kehadapan dan kebelakang! Mereka akan menjadi lebih 'mobile'...ingat, sentiasa awasi anak anda, malang tidak berbau! Pada peringkat ini mereka akan mula:

1) belajar untuk meniarap (army crawling), mengengsot (scooting) atau merangkak (crawling). Semua bayi adalah berbeza, ada yang langsung tidak merangkak, dari mengengsot terus belajar berjalan. Jangan terkejut  ya!

2) Duduk sendiri tanpa sokongan

3) Memberi tindak balas pada perkataan yang biasa mereka dengar seperti nama mereka. Bayi anda juga mungkin mula menyebut 'mama' atau 'dada'

4) Menepuk tangan dan bermain permainan 'peek a boo'

5) Belajar utk berdiri!


Perkembangan bayi: 10 hingga 12 bulan

Ini adalah peringkat yang terakhir dalam tahun pertama usia bayi. Mereka kini bukan lagi 'newborn' but not yet a 'toodler'! Pada tahap ini mereka mula belajar untuk:

1) menyuap makanan sendiri. Bayi anda juga sudah mula memegang objek kecil dengan menggunakan  ibu jari dan jari telunjuk (pincer grasp)

2) melangkah sambil berpaut pada perabot seperti sofa atau meja kopi.

3) menunjuk dengan jari pada objek yang mereka mahu

4) Menyebut satu atau dua patah perkataan. Kebiasaanya pada usia setahun kebanyakan bayi boleh menyebut tiga patah perkataan atau mungkin juga lebih! Mereka juga memanggil ibu bapa dengan panggilan 'mama' dan 'dada'

5) Mula belajar untuk meniru aksi anda dan boleh menggunakan sesetengah objek dengan betul. Contohnya mereka meletakkan telefon di telinga dan berpura-pura sedang bercakap dengan seseorang.

6) Melangkah buat kali pertama! Biasanya pada usia sekitar satu tahun.Tapi ingat, semua anak adalah berbeza! Don't be too alarm kalau anak anda belum menunjukkan tanda hendak berjalan.

Artikel ini hanyalah sekadar garis panduan kasar untuk ibu bapa. Dalam menilai perkembangan anak-anak banyak aspek yang perlu diambil kira. Setiap kanak-kanak adalah unik dan hanya kerana mereka lambat untuk merangkak atau bercakap tidak semestinya ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka. Mungkin mereka memerlukan lebih masa untuk belajar sesuatu yang baru. Apapun ibu bapa boleh membantu dengan melakukan aktivit-aktiviti yang dapat meransang perkembangan anak-anak. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih risau akan perkembangan anak anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pandang pakar. Kadang-kadang gerak hati ibu bapa ada juga benarnya. Hanya anda yang lebih mengetahui perihal anak anda. Better safe than sorry!


p/s: untuk artikel akan datang saya akan kongsikan pula perkembangan anak-anak pada setiap bulan untuk gross motor, fine motor, bahasa dan kemahiran sosial. Jangan ketinggalan!




disclaimer: artikel ini hanyalah sebagai garis panduan umum buat ibu bapa. Untuk maklumat lanjut dan info yang lebih tepat sila rujuk pada pakar kanak-kanak.


artikel ini ditulis dan diterjemah oleh Shaznur An. Penulis berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Sains Malaysia.




Saturday, September 20, 2014

10 aktiviti yang boleh dilakukan dengan blok ABC!




Saya percaya ibu bapa cukup familiar dengan mainan blok ABC ni kan. Mungkin juga pernah main masa kecil-kecil dulu? Atau pun mungkin juga pernah terlihat di mana-mana. Blok ABC ni merupakan salah satu permainan yang telah berpuluh tahun dicipta tapi sehingga sekarang masih juga menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Soalannya, kenapa? Kalau kita lihat, blok ABC ni cukup simple. Cuma kiub-kiub kayu dengan tulisan ABC, 123 dan imej-imej ringkas hitam putih. Bagi kita orang dewasa, entah dimana menariknya permainan ini. Apa yang anak kita boleh buat dengannya? Entah-entah baru lima minit  bermain anak dah pun bosan.

Ha...jangan mudah buat kesimpulan awal ya. Kadang-kadang yang simple itu lebih baik. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab melalui permainan yang simple inilah kita boleh meningkatkan daya berfikir dengan kreatif. Bukan anak-anak sahaja ya, ibu bapa pun harus kreatif dalam mendidik anak-anak. 

Contohnya, kali ini saya mahu kongsikan apa aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dengan anak-anak menggunakan blok ABC ini. Yang saya senaraikan ini cuma beberapa, mungkin banyak lagi yang tidak saya senaraikan. Baiklah...jom kita tengok..

1) menyusun blok/ membina menara
Perhatikan berapa tinggi menara yang anak anda boleh bina. Ianya merupakan salah satu cara bagaimana kita boleh menilai tahap perkembangan visual motor anak-anak dan 'problem solving skill' mereka.

Kebiasaannya anak-anak mampu membina
-  menara 2 blok pada usia 15-21 bulan
-  menara 4 blok pada usia 17-24 bulan
-  menara 6 blok pada usia 1 tahun setengah hingga 2 tahun setengah
-  menara 8 blok pada usia 2-3 tahun
- menara 9 blok selepas usia 3 tahun
  (kanak-kanak 3 tahun juga biasanya boleh bina jambatan simple dgn menggunakan 3 blok)

2) kenal pasti imej
Suruh anak-anak perhatikan setiap sisi blok dan kenal pasti setiap imej yang tertera. Ibu bapa boleh bercerita mengenai objek-objek tersebut dan juga kenalkan anak dengan warna-warna yang ada pada blok

3) replicate structure
bina struktur yang mudah dan suruh anak anda bina semula struktur yang serupa. Pastikan anak anda tidak melihat bagaimana anda membina struktur tersebut. Lakukan dibelakang anak dan apabila sudah siap baru panggil mereka dan suruh mereka bina sama seperti yang anda buat. Aktiviti ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun keatas. 

4) huruf permulaan
Tunjuk satu imej yang tertera pada blok. Tanya anak anda perkataan tersebut bermula dengan huruf apa. Contohnya A untuk ayam.

5) Eja nama
Gunakan blok-blok huruf untuk mengeja nama mereka! Oppss...bukan hanya nama, suruh anak-anak mengeja apa sahaja perkataan sekalipun. Mereka pasti seronok membina perkataan dari blok ABC.

6) susun huruf (A-Z) dan nombor (0-9) mengikut turutan.
Untuk menjadikan lebih menarik, nyanyikan lagu ABC sambil menyusun!

7) suai padan huruf (letter recognition)
Tulis satu perkataan pada kertas. Suruh anak anda cari blok-blok huruf yang membina perkataan tersebut. Contohnya anda tulis perkataan IBU, suruh anak anda cari blok-blok huruf yang membina perkataan ibu dan letakkan diatas kertas yang anda tulis.

8) sorting
suruh anak-anak anda mengumpulkan blok mengikut kumpulan warna yang sama. Anak-anak akan belajar mengenal warna asas dan juga bagaimana mengasingkan sesuatu mengikut kumpulan tertentu.

9) terap huruf di atas play doh.
Oleh kerana dua daripada sisi pada blok ini mempunyai permukaan timbul, anda boleh menggunakannya untuk mencetak huruf pada play doh. Bina apa sahaja perkataan yang anda mahu!

10) mengira
anda boleh gunakan blok yang ada untuk mengajar mereka mengira. Asingkan blok mengikut jumlah 1 hingga 10 dan suruh anak anda kira berapa blok yang ada dalam setiap kumpulan tersebut.


Ha...bagaimana sekarang? Sudah dapat sedikit sebanyak idea bagaimana mempelbagaikan aktiviti hanya dengan menggunakan blok ABC ni? Anda sendiri mungkin ada pelbagai lagi idea menarik yang boleh dilakukan. Jangan lupa, lakukan aktiviti ini bersama anak-anak. Guide mereka dan pastikan mereka faham apa yang perlu mereka lakukan. Sambil itu, gunakan juga peluang ini untuk bercerita dan merapatkan hubungan dengan anak-anak kita.

Inshaa Allah, lain kali saya akan ceritakan pula apa kebaikan permainan blok ABC kepada anak-anak anda. Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa share kalau artikel ini membawa manfaat kepada anda! Hak belajar, hak semua :)



p/s: nak dapatkan wooden block ABC 48 pieces dengan harga paling murah?? PM kepada page FB saya atau hantarkan mesej anda pada 018 9013256. Inshaa Allah saya sedia membantu.




Wednesday, September 17, 2014

KENAPA IBU BAPA HARUS PILIH EDUCATIONAL TOYS?

Kenapa anda harus memilih educational toys berbanding toys lain yg berlambak di pasaran? Kenapa? Kenapa? Educational toys dahlah mahal, nampak pun macam boring je...kayu2 je...Haipppp, buang jauh-jauh dulu mentaliti macam tu kalau anda nak anak anda bijak dan cerdik macam kanak-kanak omputih dan jepun sana.

Di negara maju, educational toys sangat popular. Macam2 jenis ada. Sayangnya dekat Malaysia ni, kesedaran masih kurang. Ibu bapa lebih suka beli anak patung Doremon dan Barbie (saya tak kata salah, saya pun suka doremon ) Kalau ada pun biasanya kaum Cina atau pun ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Sebab tu anak2 mereka biasanya bijak. Mereka sudah meransang minda anak-anak mereka sejak kecil lagi. 

Habis tu, kita macam mana? Takkan kita nak anak kita ketinggalan? Kalau kita boleh beli baju Kiko dan Ipad untuk anak kita, kenapa tidak educational toys? Kenapa kedekut kalau nak masa depan anak cemerlang? 

Sebenarnya educational toys tidaklah semahal yang kita sangka, malah kalau bijak cari anda boleh dapat dgn harga yang berpatutan. Dahlah tu, tahan lasak pulak tu (dibuat dari kayu ok, bukan plastik murahan) InsyaAllah pandai jaga boleh guna hingga anak nombor lapan belas. Nak yang murah jugak??? Jangan risau, insyaAllah saya boleh bantu. Saya tak untung banyak pun tak apa, yang penting apa? HAK BELAJAR HAK SEMUA!!! Jom jadikan anak-anak kita manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah :)

Sunday, September 14, 2014

Wooden Block

WOODEN ABC BLOCK
ONLY RM25 RM18!!

WOODEN NUMBERING BLOCK
ONLY RM36 RM26!!!

price does not include shipping cost
send your email at shaznur.ent@gmail.com or PM me on FB!!

Wooden Clock

RABBIT CALCULATION CLOCK
ONLY RM8!!!

WOODEN CLOCK
ONLY RM8!!!

price does not include shipping cost
email shaznur.ent@gmail or PM me on fb!

Assorted Wooden Puzzle

WOODEN ABC PUZZLE
ONLY RM15!!

WOODEN ABC PUZZLE WITH KNOB
ONLY RM15!!

WOODEN 123 PUZZLE
ONLY RM15!!


-price does not include shipping cost

-email shaznur.ent@gmail.com or leave me a message on FB! Hurry up while stock available!

Wednesday, September 10, 2014